tag:blogger.com,1999:blog-46815931445688809502024-03-20T05:02:48.334-07:00Ehem-EhemMat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.comBlogger23125tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-69844278664469364372010-07-12T17:06:00.000-07:002010-07-12T17:08:47.960-07:00Altantuya, Razak Baginda, Scorpene. APCO .... terbaru FeldaKesilapan Suara Keadilan (SK) sehingga membawa kepada penggantungan permit penerbitannya disebabkan meletakkan tajuk 'Felda Bankrap' bukannya Felda akan bankrap atau Felda dijangka bankrap.

Felda Bankrap mempunyai maksud yang amat berbeza dengan tajuk Felda akan Bangkrap atau Felda dijangka bankrap.Walaupun berdasarkan analisa kewangan dan aset yang merosot sejak Felda ditubuhkan yang sememangnya boleh menjurus kepada bankrapnya badan berkanun yang diasaskan sejak 1976 tersebut. Namun dalam beberapa keadaan tertentu felda masih belum boleh di istihar sebagai bankrap meskipun realitinya Felda berada dalam keadaan amat nazak dan bankrap.

Persoalan mengapa isu felda bankrab begitu sensitif kepada ementerian Dalam Negeri (KDN) sedangkan sebelum ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Idris Yala pernah membuat kenyataan negara akan mengalami muflis pada 2019 disebabkan keadaan kewangan negara yang amat kronik.Tetapi menteri tersebut tidak dikenakan apa-apa tindakan malah masih kekal dalam kabinet kerajaan Najib dan Rosmah.

Berdasarkan hukum ancaman keselamatan dalam negara pun mengistiharkan negara akan muflis lebih menakutkan rakyat malah boleh menimbulkan keresahan dan ketakutan lebih 26 juta rakyat. Sedangkan mengistiharkan Felda bankrap dengan mengumumkan aset felda yang menjunam dari lebih RM6 billion kepada lebih RM1 billion hanya melibatkan tidak sampai dua juta warga felda.

Kalau nak di ikutkan difinasi antara bankrap dan muflis juga berbeza. Muflis menunjukkan keadaan yang tidak lagi boleh di selamatkan berbanding bangkrap.

Jawapan kepada persoalan ini amat mudah.Felda merupakan satu-satunya tali hayat Najib yang ditumpang dari kejayaan bapa beliau, Tun Razak.Sebelum ini Najib tidak mempunyai apa-apa kejayaan yang boleh dibanggakan atau memberi imej kebaikan kepada beliau. Wawasan 1Malaysia yang diilhamkan dari I Israel pun lintang pukang. Manakala pengalaman silam seperti kes pembunuhan warga monggolia Altantuya Shariibuu, kontrak kepada rakan beliau Razak Baginda berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene dengan transaksi lebih setengah billion ringgit serta isu menggunakan khidmat syarikat milik bekas perisik-perisik Israel untuk membentuk imej beliau kepada negar luar terus menghantui survival politik Najib.

Manakala para pengampu dan pelobi Najib seharusnya menyedari apakah kelemahan dan kekuatan yang seharusnya dibekalkan kepada Najib.Dalam saat Umno/BN sedang berada dalam keadaan amat kritikal ekoran hilang keyakinan rakyat maka Felda lah yang merupakan satu-satu agensi kerajaan yang di kuasai oleh orang melayu menjadi benteng kepada kerajaan Najib dan Rosmah.
Maka barang siapa yang mengganggu gugat atau 'menyentuh' Felda setentunya akan di kenakan hukuman berat.

Jawapan kedua kepada persoalan ini adalah cubaan kerajaan Najib dan Rosmah untuk mengalih tumpuan media khususnya media alternatif dari memberikan tumpuan berhubung kapal selam kedua KD Tun Razak yang telah selamat dilancarkan pada penghujung Jun lalu.

Sebagai seorang yang pernah bertugas sebagai Editor Berita di SK dan Ketua Pengarang di KABAR saya yakin isu kapal selam kedua yang dibeli dari Perancis yang membabitkan syarikat Razak Baginda yang menjurus kepada pembunuhan Altantuya setentunya akan menghiasi muka depan akhbar berkenaan.

Saya yakin pengantungan SK tidak lama dan mungkin untuk satu atau dua siri terbitan sahaja. Tetapi seorang rakan memberitahu bahawa Najib menang besar berhubung pembelian Kapal selam. Ini disebabkan rakan karib beliau berjaya mendapat kontrak tersebut disaat Najib menjadi Menteri Pertahanan malah kejayaan tersebut lebih besar apabila salah sebuah dari kapal selam tersebut di berikan atas nama bapa beliau iaitu KD Tun Razak.Maka lengkaplah kejayaan Najib terhadap isu pembelian Scorpene.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-72113481590887249842010-02-10T00:34:00.000-08:002010-02-10T00:35:49.342-08:00Umno juara rakyat tutup kegagalan retorik 1MalaysiaSeorang teman lama yang kini menjadi pegawai kanan di sebuah kementerian di Putrajaya mengeluh disebabkan banyak peruntukan dibawah Jabatannya ditarik balik. Penarikan tersebut menurut beliau untuk membolehkan kerajaan menjalankan pelbagai program bagi 'menyelamatkan' Umno /BN yang semakin terancam.

Menurut teman lama saya itu kebanyakan kakitangan atasan yang sering menghadiri mesyuarat diperingkat tinggi menyedari negara berada dalam keadaan ekonomi yang amat tenat.

"Negara dah papa tapi pemimpin masih nak bergaya," kata beliau sewaktu kami bersua di sebuah restoran mamak di Presint 9.

"Tapi bank negara bagi lapuran ekonomi dah meningkat," balas saya cuba provok.

"Itu semua nak sedapkan hati orang kampong saja, kalau orang bandar dan orang yang tahu kedudukan ekonomi macam kami di agensi kerajaan ni tahu lah lintang pukang kementerian kewangan duduk sorong dan tarik peruntukan.

"Ada beberapa jabatan dan kementerian yang dah diluluskan peruntukan tapi di tarik balik, yang tak lulus jangan cakap lah," jelas beliau yang kesal dengan beberapa program untuk kumpulan sasaran kementeriann tempat beliau bekerja terpaksa dibatalkan.

"You bayangkan Rye ( panggilan beliau menyebut nama saya), program-program kemahiran dan peningkatan skil untuk rakyat adalah peluang yang amat penting untuk membantu rakyat berdikari dan memulakan usaha ekonomi mereka.

"Tak kiralah mereka yang telah diberi kemahiran tu nak kerja kilang ke atau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. tapi sekarang dah tak ada," jelas beliau dengan penuh simpati.

"You tak buat rayuan atau buat permohonan susulan atau jelaskan hal sebenar pada kementerian kewangan ke," tanya saya.

"Rye, you ingat dengan kementerian kewangan tu macam bank ke, Ini semua bawah kuasa Najib dan kalau ketua jabatan you atau menteri yang dibawah kementerian you tak baik dengan Najib atau orang-orang Najib jangan haraplah,"katanya dalam nada hampa.

"Habis KSU (Ketua Setiausaha) kementerian you tu tak baik dengan Najib ke," soal saya.

"KSU-KSU ni kebanyakkanya pengampu-pengampu, sebab lantikan mereka semua memerlukan persetujuan Najib. Siapa berani nak bangkang atau nak buat rayuan tak ketahuan hala nanti ditukar atau dilucutkan perkhidmatan," jelasnya
" Ini andaian you saja kot," pancing saya.

"I dah jumpa KSU masa kami main Golf kat Klab Golf Tropicana minggu lalu, lepas tu masa minum-minum kat cafe house I tanya dia hal program di beberapa jabatan bawah kementerian yang terpaksa dibatal di saat akhir.

"You nak tahu apa jawapannya,"tanya beliau pada saya
" Ha, apa katanya," soal saya.
"Najib dah putuskan semua peruntukkan perlu dikurangkan atau dibatalkan kerana banyak wang akan digunakan untuk kempen pilihanraya.

"Kempen pilihanraya!!. Pilihanraya di negeri mana?,""soal saya terkejut.
"PRU 13," balasnya
"Eh, kan lama lagi, pilihanraya baru habis tak sampai dua tahun lepas, takkan nak buat pilihanraya baru pula," soal saya.

"Ye, Kempen'umno Juara Rakyat'(UJR) yang sedang dijaja seluruh negara tu adalah kempen pilihanraya dan kami agensi-agensi kerajaan disuruh turut serta dalam kempen tu bagi mengabui mata rakyat dan pembangkang.

"Dalam kempen UJR, wang dari peruntukan kerajaan kepada jabatan-jabatan yang ditarik balik tulah yang digunakan. Kerajaan mana ada duit lagi.

"Macam tu juga dengan pelbagai program kementerian dan jabatan kerajaan akan disertakan program bersama umno termasuk program-program di sekolah-sekolah menengah dan sekolah rendah," jelas kawan lama saya yang kini menjawat jawatan setiausaha sebuah kementerian di Putrajaya.

Menurut kawan saya lagi berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh KSU di kementerian tempat dia bekerja memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Najib Razak juga amat marah dengan kegagalan semua kementerian mempromosi kempen 1Malaysia.

"Najib tak puas hati dengan kempen 1Malaysia kerana dianggap pelbagai isu perpaduan kaum yang timbul sekarang disebabkan oleh sebotaj dari pihak dalam kerajaan yang tidak suka dengan beliau selain keberkesanan tekanan pembangkang.

"Macam mana kita nak buat program, peruntukan tak diberi, nak suruh keluar duit poket, jangan haraplah," ujarnya.

Katanya, UJR adalah usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat pada Umno khususnya orang-orang melayu selain usaha untuk melarikan pandangan umum berhubung kegagalan kempen 1Malaysia ciptaan Najib.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-35377277956491066492010-01-10T02:05:00.000-08:002010-01-10T02:09:11.878-08:00Isu kalimah Allah: Najib berjaya jadi Hero?
Lucu juga bila melihat juak-juak Umno melatah mengadakan demontrasi demi demontrasi ekoran isu Allah yang cuba digunakan oleh Hareld Catholik dalam penerbitan mereka.Sebelum ini apabila pembangkang mengadakan demontrasi akan dianggap dengan pelbagai lebel seperti pengkhianat, pembelot, pengacau keamanan dan 'bukan Budaya kita'.

Entah apa pula mimpi Perdana Menteri, Najib Razak tiba-tiba pula mengeluarkan kenyataan bahawa orang ramai berhak mengadakan perhimpunan berhubung isu kalimah Allah ini. Malah lebih ajaib lagi apabila Ulama-ulama Umno masih terkunci mulut mereka untuk mengeluarkan sebarang fatwa berhubung masalah kalimah tersebut.

Isu ini timbul ekoran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada permohonan Gereja Katholik terhadap penggunaan perkataan 'Allah'dalam penerbitan versi bahasa melayunya tidak sah.

Menurut Hakim Lau Bee Lan, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan tuhan dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Persoalan besar yang bermain di fikiran kita ialah mengapa Najib menyokong tindakan rakyat yang terdiri dari penyokong dan NGO Umno mengadakan demontrasi pada 8 Januari lalu bagi membantah penggunaan kalimah tersebut. Begitu juga dengan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein yang menyokong demontrasi ini.

Tidakkah diketahui atau disedari bahawa isu agama adalah isu yang sangat sensitif yang kalau silap langkah boleh mencetuskan kekacauan kaum dan agama.Tambahan pula pada malam sebelum di adakan demontrasi tersebut tiga buah kereja di lembah Klang telah dilontar bom api.

Persoalannya mengapa Najib seolah-olah begitu bersungguh-sungguh mahu rakyat berdemontrasi sedangkan sebelum ini pemimpin-pemimpin ini begitu lantang mengecam tindakan demontrasi yang dilakukan oleh pembangkang.

Sedangkan sebelum ini Najib sendiri berpendirian bahawa isu berhubung kalimah yang begitu sensitif kepada umat islam tersebut akan diselesaikan oleh kuasa raja-raja melayu selain rayuan yang telah dilakukan KDN terhadap keputusan mahkamah Tinggi itu.

Jawapannya tidak lain adalah disebabkan Najib dan Umno semakin terdesak apabila rakyat pelbagai kaum di negara ini begitu hambar terhadap kempen dan promosi diri beliau dimata rakyat melalui kempen 1 Malaysia gagal.

Najib yang memang terkenal dengan gelaran pemimpin 'play save' sememangnya menggemari isu kalimah Allah ini di sebabkan ia tidak melibatkan keputusan kerajaan dibawah pimpinan beliau. Tetapi isu ini membabitkan keputusan Majlis Raja-Raja Melayu. Najib akan lepas tangan berhubung isu ini dan meletakkan segalanya di atas bahu Raja-Raja Melayu yang merupakan pemegang simbol islam di Malaysia.

Justeru tindakan Najib 'menghalalkan' demontrasi juga bertujuan melihat sokongan orang melayu terhadap Umno. Sebelum ini pelbagai isu perkauman seperti isu kaum pendatang, kepala lembu, Kampong Buah Pala dan pelbagai lagi gagal menghidupkan sokongan dan simpati orang melayu pada Umno.

Najib dan KDN setentunya mendapat jawapan apabila demontrasi tajaan Umno di Masjid Kampong Bharu Kuala Lumpur pada 8 Jauari lalu hanya di sertai oleh 50 orang, di Masjid Negara hanya sekitar 200 orang dan begitu juga di Shah Alam.

Di atas kertas juga Najib dan KDN mungkin dapat membuat rujukan dihari yang sama dimana Pakatan Rakyat yang mengadakan demontrasi mengutuk kerajaan Mesir berhubung bantuan kemanusiaan yang dihadiri lautan manusia.

Sikap talam dua muka Najib dan BN dalam menangai isu-isu rakyat sedang menunggu hukuman rakyat. Sikap pemimpin-pemimpin Umno serta Isu-Isu perkauman yang cuba dimainkan secara bertali arus merupakam sekala jelas yang membuktikan negara sedang menghampiri keruntuhan perpaduan kaum yang semakin kronik.

Tempoh lebih 52 tahun yang diamanahkan rakyat kepada Umno/BN untuk menwujudkan kemakmoran negara dan keharmonian antara kaum ternyata gagal dan kini kegagalan itu sedang menghampiri detik-detik terakhir BN disaat retorik Najib melaungkan kempen 1 Malaysia.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-21648917607018484442010-01-10T01:59:00.000-08:002010-01-10T02:01:36.519-08:00Era PR menungkah arusTahun baru 2010 akan menjadi landasan baru kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya ke arah merealisasikan gabungan PKR,DAP dan PAS menjadi lebih mantap, bersatu dan berjaya membawa permasalah rakyat serta menyelesaikannya dengan berteraskan acuan PR.

Ini amat penting selepas persefahaman yang dicapai pada 19 Disember tahun lalu dapat diterjemahkan kepada rakyat.Dalam masa yang sama BN akan cuba sedaya upaya menghalang segala kesepakatan bersama PR ini melalui pelbagai helah dan fitnah.

Ini adalah budaya BN yang tidak mungkin akan hilang dalam persepsi rakyat.Malah usaha untuk membentuk uniti PR yang sah juga mungkin akan menemui jalan buntu disebabkan kuasa untuk meluluskan gabungan PR terletak ditangan Pendaftar Syarikat (ROC) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ini tidak mustahil memandangkan PSM (Parti Sosialis Malaysia) terpaksa menunggu hampir 10 tahun untuk mendapat kelulusan dari ROC.

Walaupun PR mampu untuk memberi tekanan di Parlimen tetapi perlu di ingat bahawa BN akan menggunakan pelbagai alasan untuk menghalang kesepakatan PR.Membenarkan PR terbentuk bererti merelakan BN berada di lembah kehancuran yang lebih parah. Hidup dan mati BN terletak kepada kekuatan PR.

BN menyedari kekuatan pembangkang era pasca kini bukan lagi didomonasi oleh sebuah parti tetapi gabungan sepadu pembangkang yang selama ini tidak pernah di impikan akan berjaya dilaksanakan.

Usaha untuk melemahkan PR kelihatan bertali arus dilakukan BN sehingga sanggup menyamar menjadi ahli PAS berdemontrasi bagi memburuk-burukkan kesepakatan PR sebagaimana berlaku di Selangor.

Diperingkat pusat pula beberapa kes mahkamah dan mahkamah rayuan juga masih ditangguh seolah-olah membayangkan betapa para hakim di negara ini begitu dhaif untuk membuat keputusan. Sedangkan para hakim ini sentiasa bergelumang dengan hal ehwal perundangan.Andai sekala KPI diberikan maka gerd para hakim di negara ini harus diberikan paling corot.

Kes Nizar-Zambry,Sivakumar- Ganesan, keputusan Dun Kota Seputih adalah antara kes yang akan memberikan aib yang besar pada BN. Penangguhan demi penangguhan yang dilakukan ini setentunya mempunyai 'helah' yang hanya di ketahui oleh pemimpin tertinggi BN.

Sekiranya Perak jatuh kembali PR dan Nizar menang atau Sivakumar adalah Speaker yang sah setentunya akan memberikan aib yang cukup besar bukan sahaja kepada Najib yang menjadi perancang rampasan kuasa di Perak malah memberikan imej buruk pada BN secara menyeluruh.

Begitu juga dengan pilihanraya kecil Dun Kota Seputih. Mood rakyat serta kewujudan kesepakatan PR yang berjaya meyakinkan rakyat berhubung sebuah gabungan mantap mampu menumbangkan BN di Kota Seputih. Inilah antara punca mengapa BN terlalu truma dengan pilihanraya kecil selepas wujud kesepakatan sebenar PR.

PR pula harus menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai fokas utama memandangkan dua pilihanraya negeri dijangka akan diadakan pada tahun 2010 ini.BN sendiri mengakui bahawa dua negeri di Malaysia Timur ini merupakan benteng terakhir mereka.

Menurut seorang pemerhati politik, Usaha menguasai 35 peratus kerusi di dua negeri tersebut mampu mengubah lanskap politik negara dengan meletakkan BN sebagai pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

Walaupun BN akan mencurahkan segala pembangunan di kepulauan Borneo tersebut menjelang pilihanraya negeri nanti namun kesepakatan PR dan prestasi PR di semenanjung akan memberi kesan yang besar pengundi disana.

Ini disebabkan dalam pilihanraya kecil kali ini PR akan menggunakan satu misi dan satu manifesto selain satu lambang yang membuktikan kesepakatan sebenar PR.Inilah yang ditakuti BN.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-45189309678454890082009-12-14T00:13:00.000-08:002009-12-14T00:15:24.090-08:00Dulu demontrasi dianggap bukan budaya kita,pengkhianat, pengacau keamanan negara. Bila Umno pula berdemontrasi ....
Dulu, Ketika era Dr Mahathir, penganjur dan orang yang mengadakan demontrasi akan dianggap dengan pelbagai lebel.Penjenayah, pengkhianat, penghasut, penderhaka, pengacau keamanan negara dan pelbagai lagi yang di rangkumkan sebagai 'bukan budaya kita,'

Itu dulu, ketika Umno/BN masih kuat. Ketika seluruh negara tunduk dibawah lambang dacing walaupun hanya Kelantan masih gah dengan simbol bulan purnama. Dulu rakyat tidak perlu nak tahu siapa nama tokoh yang bertanding kerana jenama dacing mampu meraih kemenangan bergaya walaupun sebenarnya calon tersebut se ekor tupai atau kura-kura.

Dulu juga, semasa era Reformasi rakyat turun dijalanan menuntut supaya hak dan kepentingan yang melibatkan keadilan kepada semua rakyat hampir dijadikan budaya mingguan dan bulanan. Antaranya demontrasi supaya sistem kehakiman negara di pulihkan, demontrasi menentang kenaikan harga barang, minyak, tol, ISA, isu PPSMI,pilihanraya bersih, menentang kezaliman zionis dan sebagainya.

Kini, orang Umno/BN pula cuba meniru langkah pemuda-pemuda Pakatan Rakyat (PR) untuk berdemontrasi dijalanan. Apakah lebel atau jenama yang harus diberikan kepada mereka?.

Apa pun, selepas berakhir Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 pada Mac tahun lalu, setelah enam negeri jatuh ketangan PR, Umno/BN menjadi hilang pedoman. Pemimpin-pemimpin mereka bercakaran menyalahkan satu sama lain. Najib yang menjadi pengarah pilihanraya BN terselamat dan mangsanya adalah Abdullah Ahmad Badawi yang akhirnya tersingkir dari menerajui kerajaan.

Begitu juga dengan parti-parti komponen BN yang lain seperti Gerakan, MCA, MIC, PPP dan beberapa parti di Sabah dan Sarawak bergesel dan mahu meninggalkan BN. Semua ini menambah dos kronik masalah yang ditanggong BN.

Dilema ini terus berlarutan menghantui pemimpinj-pemimpin BN. Sedang negeri-negeri PR pula cuba membawa suatu demensi pentadbiran baru yang berbentuk kebajikan kepada rakyat.

Ketika Pentadbiran Khalid Ibrahim di Selangor mengumumkan pemberian air percuma kepada rakyatnya pemimpin BN memperlekeh usaha tersebut. Sebaliknya mendakwa negeri Jugra tersebut akan muflis ekoran kebajikan yang dibuat ke atas rakyatnya. Namun selepas itu beberapa negeri yang dikuasai Umno/BN terpaksa mengikut langkah Selangor dengan memberi air percuma kepada rakyatnya dalam kuantiti tertentu.

Di Kedah pula, Menteri Besar, Ustaz Azizan Razak menurunkan cukai tanah di negeri Jelapang tanah itu sebanyak 70 % walaupun terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM13 juta setahun. Di Pulau Pinang pula, pentadbiran Lim Guan Eng berjaya menghapuskan kemiskinan tegar setelah setahun menguasai Pulau Mutiara itu.

Ini semua adalah tekanan yang sedang di alami oleh BN. Rakyat sudah mampu menilai berdasarkan setahun jagung PR memerintah berbanding lebih 50 tahun BN mengaut hasil mahsyul negara untuk kepentingan kroni dan anak beranak pemimpin-pemimpin mereka.

Kini, ramai pemimpin-pemimpin Umno/BN di peringkat cawangan dan Bahagian memperoleh projek-projek yang di ali baba. Kekayaan datang tanpa bekerja keras. Tawkeh dari segenap penjuru datang minta jadi sub kontrak.Lepas satu projek tamat , satu dua lagi menunggu. Ramai yang berbini lebih dari satu. tak salah asal mampu dan halal.

Tapi sekarang negeri dah tergadai kepada PR. Kekayaan sekelip mata tanpa usaha keras tidak lagi boleh di mimpi. Kuasa hilang, projek lenyap dan lebih susah hati, wang tak lagi masyuuuuk.

Kalau dulu demontrasi dilebel sebagai 'bukan budaya kita' tapi sekarang 'dah mula jadi budaya kita'.Kerana projek dah tak masuk, duit dah makin kering, kuasa dah makin hilang maka 'fatwa' pun dah boleh bertukar 360 darjah. Itulah yang Umno sedang lakukan sekarang.

Kenyataan Lim Guan Eng bahawa negeri-negeri PR mengiktiraf domontrasi secara aman memberi impak yang besar kepada ketelusan hak kebebasan bersuara dalam memperjuangkan hak asasi manusia yang diamalkan oleh PR.

Namun apa yang berbeza adalah demontrasi Umno bukan untuk menuntut kepenting umum rakyat tetapi untuk mendapatkan kuasa, kedudukan dan kekayaan yang kini sudah tidak lagi dimiliki.

Inilah puncanya mengapa setelah lebih 50 tahun menerajui negara, orang melayu masih lemah dalam segala bidang. Ekonomi mundur, pendidikan tercorot, daya saing lemah.Itulah orang melayu.

Teruskanlah berdemontrasi dan cubailah merasai detik-detik pahit merangkok di penjara, ditahan dibawah ISA,di sembur air kimia dan pelbagai penderitaan yang telah dirasai oleh pejuang-pejuang PR selama ini.

Semoga pengalaman itu memberi kesedaran kepada umno.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-23355497482107395652009-12-08T18:08:00.000-08:002009-12-08T18:23:21.644-08:00Dilema penentu MB Perak yang sah
Persoalannya mengapa terlalu lama para hakim yang sering di ucapkan sebagai 'Yang Arif' didalam mahkamah itu tidak dapat membuat keputusan sedangkan mereka adalah golongan profesional yang tugasnya merujuk kepada undang-undang yang telah termaktub.

Disuatu pihak mungkin kita akui bahawa adalah lebih baik keputusan yang akan didimaklumkan kepada umum itu diputus serta dibincang secara mendalam. Justeru sedikit masa diperlukan untuk membuat keputusan yang muktamat.Apatah lagi keputusan bagi menentukan samaada Ir Nizar Jamaluddin dari PR dan Zambry Kadir dari BN akan melibatkan jatuh bangun sebuah kerajaan.

Apabila mengistiharkan Zambry sebagai 'pemenangnya' maka keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada 11 Mei 2009 lalu yang memutuskan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah terbatal. Dengan keputusan ini juga maka akan sempurnalah agenda rampasan kuasa yang dilakukan oleh Najib yang kini telah menjadi Perdana Menteri.Malah rakyat sendiri akan membuat persepsi bahawa keputusan hakim yang terpaksa tunduk kepada kuasa eksekutif yang diterajui Najib.

Sementara apabila mengistiharkan kemenangan Nizar Jamaluddin pula, dimanakah pula wajah Zambry Kadir yang sekarang ini yang hampir saban hari di canang sebagai Menteri Besar Perek di TV dan akhbar itu akan di sembunyikan. Setentunya imej gila kuasa dan gila talak akan membayangi bukan sahaja kepada Zambry malah dominasi kerajaan BN yang di terajui Najib.

Lebih menakutkan lagi, Nizar yang masih tetap dengan pendiriannya untuk membubarkan DUN Perak bagi menyerahkan kepada kuasa rakyat untuk menentukan kerajaan setelah di istihar menang dalam kes tersebut.Sedangkan berdasarkan kajian oleh Merdeka Center mendapati lebih 63 peratus mahukan pilihanraya atau dalam bahasa lainnya mereka menyokongf Nizar dan PR.

Sebagaimana biasanya juga BN tidak bergantung kepada satu sumber bagi mendapat kepastian berhubung sokongan rakyat Perak. Unit Tindakan Khas (UTK) setentunya telah diberi tugas mendapatkan maklumat secara lebih terperinci berhubung sokongan tersebut.

Reaksi Zambry dan Najib yang amat dingin berhubung menyelesaikan kemelut Perak melalui pilihanraya adalah jawapan kepada maklumat yang telah diberikan oleh UTK kepada kerajaan.

Apa pun keputusan yang akan dibuat berhubung siapa Menteri Besar Perak yang sah sebenarnya sudah tidak berapa penting lagi kerana kuasa penentu bagi menentukan sesebuah kerajaan itu terletak ditangan rakyat. Begitu juga kuasa penentu kepada sesebuah Dun itu terletak di tangan Speaker bukan mahkamah.

Hakikatnya, jawapan yang akan diputuskan oleh lima hakim yang mendengar kes rayuan antara Zambry-Nizar adalah amat berat dan rumit. Ia seberat dan serumit doktrin perlanggaran kuasa yang telah menghancurkan dan meruntuhkan institusi pengadilan dan kehakiman negara. Inilah jawapan kepada maruah sesebuah negara apabila di kuasai oleh penguasa yang tidak beretika.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-14360062371831247152009-09-03T01:28:00.000-07:002009-09-03T01:45:06.357-07:00Umno terpaksa jadi samseng ala mafia untuk berkuasa (2 Sept 09. Ipoh.: Bagaimana samseng pemuda Umno (Berbaju Kuning) boleh berada di belakang polis sedangkan kawasan tersebut tidak dibenarkan kepada orang awam termasuk wartawan dan juru gambar.

Selepas terkulai dalam tujuh Pilihanraya Kecil (PRK), Umno yang menjadi tunjang dalam kerajaan BN semakin tertekan serta dihimpit kebimbangan melampau.

Parti-parti komponen BN yang mewakili kumpulan-kumpulan etnik lain seperti kaum Cina, India dan masyarakat bumiputra di Sabah dan Sarawak seperti MCA, Gerakan, PPP, sUPP serta beberapa lagi juga bergolak akibat hilangnya keyakinan dan kepercayaan kepada Umno.

Sogokan pembangunan serta projek mee segera yang diamalkan sejak sekian lama untuk merasuah rakyat juga tidak lagi memberi kesan yang boleh menjamin kemenangan calon BN.

Setelah itu istana pula cuba di perkuda oleh pemimpin-pemimpin Umno untuk menarik simpati rakyat.Hanya sebuah negeri sahaja yang yang Sultannya lebih suka melihat Umno berkuasa. Itu pun disebabkan ada ahli keluarga dari sultan tersebut terlibat dalam beberapa projek mega dalam pentadbiran BN.

Sedangkan kebanyakan raja-raja serta sultan di negeri-negeri lain masih mahu memelihara kesucian institusi istana dengan menyerah kuasa politik kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan sebarang isu berbangkit.

Persempadanan semula kawasan pilihanraya

Dulu, formula persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya boleh dijadikan jalan keluar untuk mematah kemaraan pembangkang menguasai kerusi parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi kaedah itu tidak lagi boleh diguna pakai ketika ini.

Asas persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi membolehkan kemenangan calon BN dibuat berdasarkan penempatan orang bukan melayu atau pun kem-kem tentera yang dianggap memberi sokongan solid kepada BN.

Namun selepas pilihanraya ke-12 tahun lalu formula tersebut menjadi basi sebaliknya menjadi senjata yang akan menikam BN dari belakang.

Malah congak untuk menentukan sedikit harapan pada calon BN bergantung kepada ketiadaan pengundi bukan melayu di kawasan yang di pertandingkan itu.

Begitu juga di kawasan yang majoriti besarnya adalah kawasan pengundi Melayu seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Penanti dan Permatang pasir di mana PRK diadakan memberikan petunjuk bahawa sebahagian besar orang telah menolak Umno/BN.

Kesimpulannya Umno/BN tidak lagi mempunyai jalan keluar. Tindakan mencium keris oleh pemimpin-pemimpin Umno yang kononnya melambangkan ketuanan melayu sebaliknya menakutkan parti-parti komponennya.

Mencium keris dianggap oleh bukan melayu sebagai tindakan untuk menumpahkan darah atau orang melayu yang mengamuk. Ini menakutkan mereka.

Menyedari hakikat ini, pelbagai usaha cuba dilakukan Umno untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti yang telah menerajui negara lebih 52 tahun itu.Namun rakyat masih lagi tidak memberi sedikit sinar untuk dijadikan penawar.

Era samseng Pemuda Umno

Dalam saikologi, apabila usaha diplomasi tidak memberi kesan maka kaedah kekerasan perlu dibuat. Inilah yang sedang dilaksanakan oleh Umno/BN terhadap rakyat dan parti lawan mereka.

Pemuda-pemuda Umno yang dulunya dibayar untuk menggantung poster-poster kini dibayar pula untuk menimbulkan kekecohan serta bertindak samseng ala mafia untuk menakutkan pengundi-pengundi.

Di Permatang Pasir, penuntut-penuntut sekolah di bayar untuk berkonvoi motosikal sambil diberikan baju kuning yang kononnya melambangkan usaha memartabatkan istana yang menjadi simbol ketuanan melayu.

Walaupun berkonvoi dengan motosikal sememangnya menjadi tradisi pemuda Umno sejak dahulu apabila ada PRK atau pilihanraya Umum tetapi kemafiaannya berbeza.

Di Permatang Pasir berpuluh samseng yang di upah ini bukan sekadar membonceng motosikal dengan mengeluarkan bunyi bising pada motosikal secara sengaja malah turut membawa bendera Umno/BN sedangkan tidakan tersebut di larang ketika berkempen.

Insiden yang sama juga terjadi pada 3 Mac 2009 lalu ketika Pakatan Rakyat (PR) mahu mengadakan sidang Dun tetapi di halang polis. Beberapa samseng juga di upah untuk mengujudkan ketegangan serta cabar mencabar.

Ini dituruti lagi pada 2 September lalu juga ketika Adun PR mahu memasuki dewan tetapi di halang polis kerana dituduh sebagai berkumpul tanpa permit. Sedangkan di belakang pasukan polis berkumpul hampir 30 samseng Umno yang berbaju kuning yang sengaja mahu mencetuskan suasana kekacauan dan kestabilan.

Selain itu bukan Umno sahaja telah bertindak menjadi samseng malah agensi-agensi kerajaan seperti Polis, SPRM, SPR dan kebanyakan agensi-agensi kerajaan juga di paksa bertindak menjadi samseng.

Institusi polis tercemar

Polis bertindak membelakangi undang-undang serta melaksanakan undang-undang secara pilih kasih ( Double standart). Ia menggambarkan seolah-olah apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah salah dan bertentangan dengan pelbagai akta tetapi tidak sekiranya dilakukan oleh pihak Umno/BN.

Di Permatang Pasir tiada tangkapan dan pendakwaan dilakukan pada samseng-samseng berbaju kuning sebaliknya polis menyalahkan pemuda-pemuda PR yang menghalang samseng-samseng Pemuda umno yang membawa bendera ketika membonceng motosikal. Walhal membawa sebarang bendera pada mana-mana kenderaan dilarang semasa kempen.

Begitu juga semasa tragedi pada 3 Mac Ddi Ipoh yang mana ketegangan di cetuskan oleh samseng-samseng yang di upah oleh Umno memulakan cabar mencabar kepada penyokong PR yang dilakukan di hadapan Polis. Polis tidak mengambil sebarang tindakan menangkap samseng-samseng upahan tersebut di sebabkan dari usaha Umno.

Insiden yang sama berlaku pada tragedi sidang DUN Perak pada 2 September 2009 dimana pemuda-pemuda Umno berbaju kuning diberi keselesaan untuk berada di belakang polis walaupun mereka berkumpul tanpa mendapat permit polis. Mereka di arah bersurai setelah dicabar oleh pemimpin PR yang menyaksikan samseng-samseng berbaju kuning tersebut di beri layanan istimewa.

Setelah merasa tidak sedar dengan tindakan memberi layanan istimewa kepada samseng itu dipertikai oleh penyokong PR barulah pemuda-pemuda Umno itu di arah bersurai.

Samseng ala SPR dan agensi kerajaan

Dalam konteks pilihanraya pula SPR juga telah menjadi 'samseng' dengan menjadikan badan itu bukan sebagai badan yang mesra pengundi.Tarikh penamaan calon dan membuang undi di tentukan bukan berdasarkan kepada keselesaan pengundi membuang undi tetapi dilihat kepada keselesaan SPR dan BN bagi mengurangkan peratus pengundi membuang undi.

Membuang undi hari bekerja, pilihanraya serentak dan beberapa larangan-larangan semasa kempen dan hari membuang undi direka cipta yang melambangkan SPR berada dalam kecelaruan yang kronik.

Hakikatnya sebagai badan yang berada di bawah telunjuk BN, SPR sendiri menyedari rakyat menolak BN. Sekiranya SPR bertindak ke arah lebih mesra pengundi maka keputusan kemenangan berganda akan diperoleh pembangkang. Maka imen pembangkang akan lebih terserlah dan imej BN pula semakin tercemar.

Budaya 'samseng'pelbagai agensi lain seperti SPRM yang hanya menjalankan siasatan serta merta pada pihak PR dan tidak dilakukan sedemikian terhadap laporan ke atas pihak Umno/BN merupakan langkah terpaksa dan terdesak.

Agensi-agensi kerajaan pula telah di arahkan hanya akan meluluskan permohonan yang terpaksa melalui tandatangan JKKK juga membuktikan 'samseng'nya organisasi yang diamanahkan untuk membela nasib rakyat ini telah dinodai oleh pemimpin-pemimpin yang menerajui parti yang menjadi semakin samseng.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-18482260755124917502009-05-12T21:52:00.000-07:002009-05-12T22:19:15.593-07:00Mat Kemian dan Istana PerakKetika saya dan seorang wartawan dari Pulau Pinang mengunjungi Kediaman Rasmi Menteri Besar di Ipoh pada pertengahan February lalu, Nizar memberitahu bahawa krisis Perak didalangi oleh seorang individu yang menguasai salah sebuah agensi berita di negara ini.

Nizar juga memaklumkan individu ini di kenali oleh pihak istana sebagai 'Mat Kemian'. Lalu Nizar juga memanggil individu ini sebagai 'Mat Kemian' dalam perbualan kami. Menurut Nizar lagi beliau juga telah memaklumkan kepada Raja Muda berhubung pelbagai konspirasi yang didalangi oleh Mat Kemian untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakayat. Tapi menurut Nizar, Raja Muda hanya tersenyum sahaja mendengar hujah beliau tersebut.

Mat Kemian ini kononnya kata Nizar telah lama menjalin hubungan dengan pihak istana Perak. Mat Kemian ni juga kononnya pernah jadi Think Tank BN dalam hal-hal propoganda media dan urusan-urusan politik.

Saya tidak terkejut apabila ketika ucapan Raja Muda di Dun Perak baru-baru ini, Bernama terlebih dahulu mengeluarkan titak ucapan baginda di medianya.

Mat Kemian ni memang ada banyak projek yang diperolehi dari kerajaan BN termasuk di Perak jadi tak mengejudkanlah sekiranya begaimana usaha berpatah arang berkerat rotan yang dilakukan beliau untuk menjayakan rampasan kuasa atau membenarkan pihak istana untuk mengadakan pilikanraya di Perak.

Menurut Nizar juga, Walaupun Mat Kemian hanya seorang penguasa media namun pengaruhnya kuat dalam istana kinta dan beliau juga boleh dianggap sebagai seorang penasihat kepada keputusan istana.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-68726348634075362662009-05-11T17:03:00.000-07:002009-05-11T20:59:23.167-07:00Rahsia bisikan Raja Nazrin ditelinga Nizar

Ketika Kekecohan selama lima jam semasa Sidang Dun Perak berlangsung pada 7 Mei lalu ada banyak khabar disebalik tirai yang tidak disedari atau diketahui umum. Sebagaimana maklum bahawa persidangan tersebut hanya mempunyai satu matlamat iaitu untuk menyingkirkan Speaker S Sivakumar dan menggantikannya dengan S Ganesan iaitu Speaker baru pilihan BN.

Ketika rampasan kuasa yang dilakukan Najib yang dipilih menggantikan Tajul Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Perhubungan BN Perak pada Februari lalu, Najib mungkin terlupa bahawa orang yang paling berkuasa dalam Dun adalah Speakernya bukan Menteri Besarnya.

Tindakan menyingkirkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar hakikatnya bukanlah kejayaan hakiki untuk menguasai kerajaan Perak kerana Speaker adalah orang yang paling berkuasa dalam sidang Dun dimana segala keputusan yang membabitkan perjalanan Dun serta
pentadbiran akan dipengerusikan oleh Speaker atau yang di Pertua Dewan.

Najib yang selama ini lahir dalam keluarga 'the golden bowl' mungkin tidak mengambil endah hal ini atau mungkin terlalu gairah untuk dianggap sebagai hero selepas mengetahui beliau akan menggantikan Abdullah menjelang Mac lalu.

Insiden 7 Mei akhirnya akan tercatat sebagai satu sejarah negara selepas persidangan bawah pokok yang berlangsung 3 Mac lalu. Sidang Dun Perak yang berlangsung pada 7 Mei itu telah dapat disaksikan bukan sahaja oleh rakyat di negara ini malah di seluruh dunia melalui internet.

Tindakan Polis menceroboh masuk kedalam Dun serta mengheret Speaker Sivakumar keluar dewan merupakan suatu tindakan salah guna polis yang mencampuri doktrin pengasingan kuasa yang telah di guna pakai oleh negara ini sejak sekian lama.

Insiden 7 Mei akhirnya tercatat sebagai sebuah malapetaka kepada sistem perundangan di negara ini.

Menurut Adun Teja, Chang Lih Kang, kekecohan yang berlaku selama lima jam itu sememangnya tidak lagi dapat dikawal apabila arahan Sivakumar tidak dipatuhi oleh Adun-Adun BN. Malah Adun-Adun BN tersebut melantik Speaker pilihan mereka, S Ganesan.

Keadaan menjadi lebih gawat apabila dalam sidang Dun tersebut terdapat dua Speaker, dua Menteri Besar dan dua barisan exco kerajaan negeri. Masing-masing tidak mahu mengalah
dan saling 'halal mengharam' posisi masing-masing.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, berdasarkan kepada aturcara perjalanan Dun tersebut tidak ada majlis pembukaan yang akan diadakan kerana pada kebiasaannya perasmian sidang Dun akan dibuat hanya sekali dalam setahun tetapi
tidak bersalahan sekiranya 'didatangi' oleh Raja atau sultan untuk menyampaikan titah ucapan.

Menurut Shamsul, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah 'terpaksa' dijemput bagi meredakan keadaan yang berlaku di Dun selepas Ganesan berjaya dilantik sebagai Speaker oleh Adun-Adun BN dan Sivakumar pula dikurung oleh pihak polis disebuah bilik yang dikunci rapat.

Ternyata ketibaan Nazrin berjaya meredakan keadaan. Ketika Nazrin berangkat masuk kelihatan Nizar mengiringi baginda bersama beberapa bentara Dun. Selang beberapa ketika kelihatan pula Nazrin membisikan sesuatu ke telinga Nizar dan Nizar kelihatan mengangguk-ngangguk.

Ketika menyampaikan ceramah di Penanti pada 10 Mei lalu, Ketua Umum Keadilan, Anwar Ibrahim mendedahkan butiran apa yang di bisikan Nazrin ketelinga Nizar. Kata Anwar, Nazrin hanya menyuruh Nizar duduk ditempatnya dalam Dun tersebut. Dan Nizar mematuhinya.

Ketika saya mengunjungi Kediaman Menteri Besar Perak untuk mengadakan temubual ekselusif dengan Nizar sejurus selepas rampasan kuasa di Perak pada pertengahan Februari lalu, saya juga bertanyakan Nizar berhubung dua pertemuan beliau dengan Sultan Perak sebelum ini berhubung saranan membubarkan Dun.

Menurut Nizar dalam pertemuan itu Sultan Azlan Shah juga ada berbisik kepadanya. Saya bertanya apa yang dibisikan kepada beliau. Nizar berkata baginda menyuruhnya banyak bersabar.

Namun apa yang berlaku, selepas dua hari Nizar menerima bisikan itu ialah Sultan bersetuju untuk melantik Zambery Kadir sebagai menteri Besar yang baru dan BN berjaya merampas Perak dari Pakatan Rakyat selepas sebelas bulan mentadbir negeri yang pernah menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia itu.
Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-41325286783536713292009-05-11T04:26:00.000-07:002009-05-11T04:33:32.074-07:00Nizar akan mengadap sultan untuk bubar Dun

Dalam sidang akhbar sejurus selepas keputusan mahkamah tinggi, Nizar mengumumkan bahawa ini adalah hari paling bertuah bagi rakyat Perak kerana undang-undang dan perlembagaan Negeri Perak telah di kembalikan kepada rakyat.

Hakim Abdul Aziz disifatkan beliau sebagai hakim yang berani dalam membuat keputusan untuk menegakkan keadilan. Nizar juga memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah memberi petunjuk dan hidayah Nya.

Keputusan ini adalah tanda-tanda positif untuk memulihkan kembali pemerintahan Raja Berpelembagaan, demokrasi berparlimen yang boleh dimanafaat oleh setiap rakyat Perak.

"Keputusan ini juga menjadi petunjuk samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat serta kehakiman awam lebih afdal untuk menentukan kesejahteraan negeri dan rakyat Perak," kata Nizar dalam kenyataan akhbar beliau.

" Selepas ini saya akan membawa keputusan Mahkamah Tinggi ini untuk mengadap Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mendapat restu Sultan seperti berikut:-

1) Kesemua pertuduhan yang dibuat oleh Dr Zambry Abdul Kadir dan Exco beliau harus diteliti kembali dan tidak dikira sah sehingga kecuali sidang Dun pada 7 Mei lalu.

2) Mohon Zambry dan enam Exconya segera mengosongkan jawatan seperti yang diarahkan mahkamah.

3) Mengantung jawatan penasihat undang-undang Kerajaan Negeri Perak Ahmad Kamal Md Shahid dengan berkuatkuasa segera.

4) Mengadakan mesyuarat Exco Perak dengan segera.

5) Membuat permohonan bahawa Dun di bubarkan seperti yang dicadangkan semasa sidang Dun bawah pokok pada 3 Mac lalu.

Menurut Nizar ketika dihubungi sejurus selepas kenyataan media itu, beliau berkata pihaknya akan segera mengutus watikah bagi memohon perkenan bagi membolehkan beliau mengadap Sultan Perak secepat mungkin.
Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-73969052589140019412009-05-11T04:19:00.001-07:002009-05-11T04:19:57.376-07:00Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-28567267994412042382009-05-11T04:12:00.000-07:002009-05-11T04:14:56.173-07:00Mahkamah putus Nizar MB Perak yang sahMahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei mengumumkan Mohamad Nizar Jamaluddin diistiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah serta menyingkirkan Zambery Abdul Kadir yang dilantik oleh BN sebelum ini.

Hakim mahkamah Tinggi, Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan keputusan tersebut berdasarkan ketiadaan keputusan Undi tidak percaya terhadap Nizar yang diputuskan oleh persidangan Dun Perak sebelum ini.

Selain itu dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata hujah pihak Zambery yang menyatakan Sultan Perak mengarahkan Nizar meletak jawatan adalah tidak dibenarkan kerana sekiranya istana mahu keputusan tersebut maka Sultan sepatutnya mengambil sidang Dun untuk mengemukakan usul tersebut.

Abdul Aziz juga telah memutuskan Menteri Besar BN, Zambery Abdul Kadir serta enam exco yang dilantiknya segera mengosongkan pejabat Menteri Besar secepat mungkin di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Sebelum itu permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Dalam penghakiman tersebut juga, Abdul Aziz mengarahkan Penasihat Undang-undang Negeri, Ahmad Kamal Md Shahid digantung tugas kerana gagal menjalankan tanggungjawab dalam pentadbiran negeri Perak.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Permohonan Nizar
1. Memohon Mahkamah mengistiharkan Beliau adalah Menteri Besar Yang sah

2. Memohon perintah menghalang Zambery serta exconya menjalankan tugas sebagai menteri besar

3. Pohon mahkamah membuat tafsiran Perkara 16(6) perlembagaan Perak samaada jawatan Mwenteri Besar boleh di kosongkan apabila Menteri Besar telah menasihati Sultan tentang pembubaran Dun, tidak ada pembubaran Dun, Undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dalam Dun dan Menteri Besar tidak meletak jawatan.

Pada 23 April lalu mahkamah Tinggi membawa kes ini untuk di sebut di Mahkamah Persekutuan bagi tujuan penafsiran perkara 63 Perlembagaan negeri.

Manakala pada 28 April pula Mahkamah Persekutuan telah merujuk kembali kes saman Nizar ke atas Zambery kembali ke Mahkamah Tinggi Kuala LumpurMat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-658758465659066342008-11-25T01:52:00.000-08:002008-11-25T02:28:35.739-08:00Apa salahnya YB Zul Nordin

Pertengahan Noverber lalu ketika membuat liputan media di Parlimen, saya tertarik dengan suAtu sudut terpencil di kamar Makan Ahli-Ahli Parlimen, lalu saya mengarahkan lensa kamera saya ke arah itu lalu terakamlah salah satu dari beberapa rakaman yang sempat saya rakamkan. Inilah yang saya rakamkan.

Anwar dan Zul kelihatan mesra dan setentunya membincangkan sesuatu yang penting memandangkan hanya mereka berdua sahaja di pepenjuru tersebut.

Sebagai seorang yang berbaik sangka tanpa memihak kepada mana-mana pihak atau dipengaruhi oleh apa-apa sentimen saya tidak nampak apa-apa masalah yang tidak mampu di lunaskan dalam apa persoalan sekalipun.

Zul tidak salah dalam mempertahankan pendiriannya berhubung Islam sebagaimana kita mempertahankan keadilan untuk semua rakyat tanpa sempadan ras dan agama.

Adalah salah andai menghukum sebagaimana Umno menghukum mereka yang berpandangan konservatif sebagai golongan pembelot. Parti akan menjadi lebih matang dan telus sekiranya terdapat pemimpin-pemimpin yang bukan hanya semata-mata menjadi 'pengangguk' sebagaimana dalam Umno/BN.

Kaedah penyelesaian bukan semuanya berasaskan hukuman dan denda, itulah yang diajar Islam dan Baginda Rasullullah. Baginda menggunakan pendekatan HIKMAH atau disebut sebagai kebijaksanaan dalam menyelesaikan semua masalah yang membabitkan umat Islam maupun dengan bukan Islam.

Saya kira pendekatan inilah yang sedang digunakan Anwar untuk menyelesaikan remeh temeh masalah dalaman parti. Persoalannya mengapa kita masih terjajah dengan pengaruh Umno/BN yang terpaksa meneruskan survival politik pemimpin mereka dengan hasad dengki, rasuah, pijak memijak, jatuh menjatuh dan sebagainya yang semuanya menjurus kepada perpecahan demi perpecahan.

Biarlah pemimpin-pemimpin tertinggi parti menyelesaikan secara bijaksana berhubung isu YB Zul Nordin dengan menggunakan pendekatan mesyaurah dan perbincangan pelbagai hala.

Biarlah pengalaman Umno/BN kita jadikan tauladan. PKR dan PR sedang berada dilandasan paling baik dalam suasana politik semasa. Pelbagai kaum telah dapat diyakini dan disatukan membentuk satu ikatan yang mampu menumbangkan Umno/BN yang sememangnya patut di tolak seluruh rakyat.

Berdasarkan fenomena ini langkah kita adalah ke hadapan dengan menjadikan apa yang dibelakang sebagai satu pengalaman yang mematang dan menjadikan kita lebih bertamadun dalam melihat setiap permasalahan remeh yang kita depani.

Andai kita ingin mengatakan berhubung masalah dalaman parti, maka jawapannya mana-mana parti pun ada masalahnya walaupun riak dipermukaannya tidak kelihatan. Namun bukan itu yang ingin kita nyatakan tetapi jalan penyelesaian yang menjurus kepada kebaikan yang bukan perpecahan yang menjadi ukuran kehebatan kita.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-91270774582347574892008-10-28T03:14:00.000-07:002008-10-28T03:28:57.046-07:00Sejarah penciptaan manusia
Malaikat ditugaskan mengambil tanah di dunia

Telah diriwayatkan bahawa ketika Allah swt ingin menjadikan penghuni di atas muka bumi, maka bertasbihlah segala para malaikat sambil meminta agar mereka dijadikan sebagai penghuni. Para malaikat memberikan alasan bahawa mereka adalah dari gulungan yang sentiasa patuh dan taat pada perintah Allah dan sudah tentu tidak akan melakukan sebarang kerosakan di atas muka bumi.

“Ingatlah waktu Tuhan berkata kepada malaikat bahawa sesungguhnya Aku akan melantik seorang khalifah di muka bumi. Malaikat menjawab, kenapa Engkau angkat orang yang buat binasa di bumi itu dan menumpahkan darah?. Padahal kamilah yang tetap selalu mensucikan dan memuji Mu. Firman Allah swt” Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” ( Al- Baqarah : 30)

Lalu Allah memerintah kan malikat Jibril as turun ke dunia meminta izin untuk mengambil tanah di tujuh tempat di atas dunia bagi dijadikan penghuni dunia.

Apabila Jibril sampai di muka dunia didapati dunia ini berada dalam keadaan gelap berkabus serta sejuk lalu ia memberi salam. Selepas salam tersebut dijawab oleh dunia maka berkatalah Jibril mengenai perintah Allah dan maksud kedatangannya ke dunia.

Lalu bertanya dunia kepada Jibril “apakah tugas lain yang ditugaskan oleh Allah kepada mu wahai Jibril”. Jibril menjawab “ Aku adalah ketua bagi segala para malaikat dan tugasku menyampai wahyu”.

( Penjelasan Jibril tersebut adalah di sebabkan sebelum umat manusia tercipta Jibril dan para malaikat telah menjalankan tugas masing-masing kepada kaum jin yang lebih dahulu hidup yang tempoh masanya tidak diketahui – Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kisah ini di jelaskan Allah dalam surah Al-Hijr ayat 27 yang bermaksud “ Dan Kami telah ciptakan jin sebelumnya dari api yang sangat panas” )

Dunia bertanya “ apakah yang dilakukan oleh kaum yang sebelum kamu mendatangi mereka dengan wahyu dari Allah”. Jibril menjawab “ kaum tersebut menlakukan kerosakan dan kebinasaan yang amat besar”.

“ Apalah pula hal mereka setelah kamu mendatangi mereka dengan wahyu” Tanya dunia lagi.

“Ada sebahagian dari mereka beriman dan sebahagian lagi tetap melakukan kekufuran” Jawab Jibril.

“Gulungan mana yang lebih besar” Tanya dunia lagi

“gulungan yang melakukan kerosakan (kufur)” jawab Jibril lagi.

Lalu dunia pun menangis sambil berkata kepada Jibril “ Wahai ketua pada segala para Malikat aku bersaksi kepada mu agar Allah mengampunkan segala dosa ku kerana aku tidak sanggup dan amat takut untuk menanggung beban kekufurann ini”

Lalu kembalilah Jibril mengadap Allah setelah gagal mendapat keizinan dari dunia. Kemudiannya Allah mengutuskan Malaikat Mikail as bagi memujuk dunia untuk di izinkan mengambil tanah di tujuh tempat di dunia.

Setelah memberi salam dan menyatakan hasrat mengambil tanah, dunia pun bertanya “ Apakah tugas kamu sebelum ini wahai Mikail”

Mikail menjawab “ tugasku memberikan nikmat dan rezeki kepada makhluk yang diperintahkan Allah kepada ku”.

“ Sejak bilakah nikmat rezeki mu yang kau berikan pada makluk itu “ Tanya dunia

“ sejak mula tercipta sehinggalah ia mati” jawab Mikail.

Lalu dunia bertanya lagi “ dengan nikmat rezeki itu apalah hal makhluk itu”

“Ada dikalangan mereka yang bersyukur dan ada yang tamak haloba serta bermusuhan sesama sendiri” Jawab Mikail

“ Gulungan manakah yang lebih “

“ Gulungan yang tidak bersyukur ( tamak haloba)” Jawab Mikail. Mendengar jawapan tersebut menangislah dunia sambil berkata” Wahai Mikail utusan Allah pada dunia, aku bersaksi kepada mu agar Allah mengampunkan segala dosa ku kerana aku tidak sanggup dan aku takut menjadi kaum yang tidak tahu bersyukur”

Kemudiannya Allah mengutuskan Malaikat Israfil mendatangi dunia. Lalu dunia bertanya apakah peranan Israfil sebelum ini lalu dijawab nya bahawa sebelum ini tugasnya meniup sangkakala.

Bertanya dunia lagi “ apakah yang kamu saksikan keadaan kaum sebelum kamu meniup sangkakala”

“ada yang beriman dan ada yang biadap serta sombong” Jawab Israfil

“ Berapakah bilangan mereka “ sambung dunia

“ bilangan yang beriman terlalu sedikit dan kaum yang biadap dan sombong teramat ramai” Jawab Israfil. Maka menangislah dunia dengan sebenar-benar tangisan kerana takut pada nasib yang akan menimpanya sekiranya di izinkan Israfil mengambil tanah untuk dijadikan penghuni di atasnya.

Lalu berkatalah dunia “ Wahai Israfil utusan Allah untuk menemui dunia, aku bersaksi agar Allah mengampunkan segala dosa ku kerana aku amat takut dan tidak sanggup bertanggungjawab ke atas kaum yang biadap dan sombong”.

Kemudian Allah perintahkan Malaikat Izrail as untuk menemui dunia. Selepas membalas salam dunia bertanya kepada Izrail “ Apakah tugas mu”

Izrail menjawab “ tugasku sebelum ini adalah sebagai pengambil nyawa”
“apa yang kau saksikan ketika mengambil nyawa kaum itu” Tanya dunia lagi.
“ Ada antara mereka amat takut dan ada yang redha” jawab Izrail
“Mengapa hal itu terjadi” Tanya dunia minta kepastian
Izrail menjawab “ yang takut kerana mereka melakukan banyak perkara maksiat dan keburukan dan yang redha kerana mereka dari kaum yang takut pada tuhan mereka serta melakukan kebaikan dan takut melakukan keburukan”
“berapakah bilangan yang melakukan kebaikan dengan keburukan” Tanya dunia
“Satu berbanding sepuluh ribu” jawab Izrail

Lalu menangislah dunia dengan tangisan yang teramat sangat. Kemudian dunia berkata “ dengan kebesaran dan kemuliaan amanah Allah yang dipertangungjawabkan pada mu urusan mencabut nyawa, kembalilah kamu mengadap tuhan mu dan pohonlah juga keampunan untuk ku wahai Izrail”

Lalu Izrail berkata “ Apakah yang menyebabkan kamu tidak mengizinkan aku menjalankan perintah Allah ini”
Jawab dunia “ Aku takut untuk mempertanggungjawab apa yang akan dilakukan oleh penghuni yang akan mendiami aku kerana mereka banyak melakukan kekufuran, tidak bersyukur, biadap dan sombong,banyak melakukan maksiat dan tidak redha dengan ketentuan tuhan mereka”
Sambung dunia lagi “Aku takut dan malu pada kamu dan Allah kerana telah memperlihatkan sifat-sifat ku dari segala penjelasan kamu.”

“Berapakah bilangan kamu dari gulungan Malaikat” Tanya dunia lagi
Izrail menjawab “ lebih banyak dari bintang di langit dan lebih banyak dari butiran pasir di bumi”

Murunglah wajah dunia mendengar penjelasan Izrail kerana memikirkan sekiranya dia masih tidak membenarkan Izrail mengambil tanah maka Allah akan mengantar malaikat-malaikat lain untuk meminta izin dari nya. Maka akan lebih banyak lagi sifat-sifat keburukannya akan diketahui. Justeru lantaran takut, malu dan bimbanglah dunia dengan keadaan tersebut.

“izinkan aku mempersembahkan hal mu pada Allah swt” kata Izrail

Selang beberapa ketika muncullah semula Izrail. ” Allah swt telah memberi tawaran yang menyenangkan mu, wahai dunia”
“Apakah itu wahai Izrail” kata dunia

Kata Izrail, Allah telah menetapkan perjanjian dengan dunia dengan beberapa hal antaranya;

1. Setiap butiran tanah yang di ambil dari dunia akan dipulangkan semula. Lantaran itu setiap kaum yang mati akan dikebumikan dengan kemuliaan.
2. Dunia tidak bertanggungjawab ke atas setiap perbuatan yang dilakukan oleh penghuni yang menetap di atasnya.
3. Sebagai balasan dunia juga diberi peluang untuk melihat keadilan Allah menghukum kaum yang kufur, tamak haloba ( tidak bersyukur), pelaku maksiat dan kerosakan melalui siksaan kubur.
4. kehidupan di dunia hanya tempat ujian dan sementara.

Mendengar penjelasan tersebut maka dunia pun mengizinkan Izrail untuk mengambil tanah di tujuh tempat di dunia. Maka terbentuklah tujuh lautan yang terdapat di atas dunia ini.

Firman Allah ‘ Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta ditambah kepada tujuh lautan lagi sesudah keringnya nescaya tidak akan habis ditulis kalimah Allah” ( Luqman :7)

bersambung ......Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-34655925219027686802008-10-25T05:04:00.000-07:002008-10-25T05:06:00.524-07:00Skandal Najib yang tidak terjawabBakal Perdana Menteri ke-6, Najib Razak perlu membersihkan dirinya dari segala skandal yang melibatkan pelbagai kes sebelum menerajui kepimpinan negara secara sah. Ini penting kerana Perdana Menteri atau pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara itu merupakan cermin yang memberi imej terhadap negara dan rakyatnya. Sekiranya pemimpin tertinggi negara tersebut bersih dari pelbagai kes dan skandal ia akan memberikan imej yang baik pada negara serta rakyat.

Ini akan memberi pelbagai kebaikan kepada negara seperti keyakinan pelabur untuk melabur, menggalakan kedatangan pelancong, memudahkan hubungan perdagangan, memesatkan industri pendidikan dan pelbagai kebaikan yang akan memberi manfaat kepada negara.

Sebaliknay sekiranya negara ini diterajui oleh pemimpin yang penuh dengan skandal, rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain kes yang membabitkan nilai moral maka pelbagai masalah akan dialami oleh negara tersebut yang akhirnya akan mengakibatkan rakyat akan menderita.Apa yang lebih menakutkan apabila negara ini akan di lebel sebagai negara korupsi sebagaimana berlaku di beberapa negara di Afrika disebabkan pemimpin mereka yang dipenohi dengan pelbagai salah laku dan skandal.

Masih terdapat pelbagai persoalan yang melibatkan skandal yang tidak diberi respon oleh Najib. Najib seharusnya memberikan jawapan secara berfakta kerana isu-isu yang dikaitkan terhadap beliau di kemukankan oleh Ahli-Ahli Parlimen ketika dewan rakyat bersidang. Ini membuktikan bahawa kes dan skandal yang dikaitkan terhadap beliau bukanlah suatu rekaan atau sekadar kabar angin tetapi kenyataa-kenyatan berfakta yang dimemerlukan jawapan khusus dari Najib.

Pada 26 September lalu kerajaan mengumumkan akan menggantikan helikopter Nuri kepada Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis sebanyak 12 buah dengan harga tawaran RM2.317 billion atau RM193 juta sebuah.Laman Defense Industry Daily melaporkan keputusan kerajaan Brazil turut membeli helokopter tempur yang sama dengan harga RM83 juta sebuah.Berdasarkan harga tersebut didapati setiap unit yang dibeli kerajaan terdapat perbezaan sebanyak RM193.08 juta atau 233 peratus lebih tinggi dari tander yang di perolehi kerajaan Brazil.

Najib yang ketika itu masih menjawat jawatan Menteri Pertahanan dilaporkan meluluskan tender pembelian Eurocopter tersebut secara tergesa-gesa.

Najib juga tidak memberi apa-apa komen berhubung dakwaan menerima komisyen sebanyak RM 530 juta hasil dari pembelian dua kapal selam Scorpene dan Agosta buatan Perancis. Pembelian kapal selam yang diurus oleh syarikat milik Abdul Razak Baginda yang sedang menghadapi tuduhan pembunuhan ke atas model Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Julai lalu, Penyiasat persendirian Razak Baginda, Balasubramaniam Perumal melalui akuan bersumpahnya bahawa beliau telah dimaklumkan oleh Razak yang Altantuya menuntut komisyen USD500 ribu. tuntutan itu ekoran perjanjian pembelian kapal selam jenis Scoppene dan Agosta dari Perancis bernilai RM4.6 billion oleh kerajaan melalui syarikat Primaker Sdn Bhd dan Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki Razak Baginda.

Bala juga pernah diberitahu Razak bahawa Najib telah memberitahu beliau (Razak) yang Najib pernah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya dan Altantuya juga tidak kisah jika di liwat.

Bala juga turut mendedahkan Najib telah menghubungi Ketua Polis Negara , Musa Hassan pada hari Razak di tahan pada pertengahan November 2006 melalui sms. Melalui sms itu Najib memaklumkan pada Razak "saya akan jumpa IGP 11 pagi hari ini.... isu ini akan di selesaikan ... bertenang"

Akuan bersumpah Bala yang dibuat ketika sidang media oleh Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim di Petaling Jaya pada 3 Julai lalu juga ada menyatakan bahawa Razak, Najib dan Altantuya telah bersama-sama menghadiri makan malam di Paris.

Kenyataan ini di kuatkan lagi dengan kenyataan sepupu Altantuya, Burmaa yang memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau ada melihat gambar Altantuya sedang makan malam di Paris bersama Najib dan Razak. Burmaa juga memaklumkan dua nama mereka ( Najib dan Razak) mudah di ingatinya kerana hubungan nama mereka saling berkait.

Laman web Malaysia today milik Raja Petra Kamarudin pula mendedahkan kes Najib dalam artikul beliau "Salah guna kuasa Timbalan Perdana Menteri. Pendedahan tersebut ada menyebut kewujudan beberapa pertukaran sms antara Najib dan peguam Muhammad Shafee Abdullah dalam tempoh hampir sebulan bermula 8 November hingga 2 Disember 2006.

Penahanan Raja Petra di bawah ISA besar kemungkinan di sebabkan oleh tindakan kerajaan dan Najib yang cuba menyembunyi pelbagai maklumat Najib dari di ketahui umum.

Tindakan Najib tidak memberi sebarang ulasan berfakta bagi menangkis segala skandal yang dihadapkan kepada beliau menjadikan isu ini semakin ingin diketahui oleh seluruh rakyat.

Repot polis dan BPR telah dibuat ke atas skandal-skandal Najib telah dibuat oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) bagi memberikan bukti bahawa negara ini perlu bebas dari ditabdir oleh penjenayah.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-763072114621428162008-10-16T03:30:00.000-07:002008-10-16T03:38:05.603-07:00Pendendam yang kembali berkuasaPada 12.35 tengah hari, 19 Mei 2008 ,Bekas PM, Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno di hadapan 1000 ahli Umno di Kedah. Pengumuman ini dibuat Mahathir ekoran kekalahan teruk BN dalam PRU ke-12, 8 mac lalu. Susulan kekalahan itu Mahathir mendesak PM, Abdullah Badawi meletak jawatan.

Setelah Abdullah tidak melayan tuntutan melepaskan jawatan sebagai PM /Presiden Umno/ Pengerusi BN, Mahathir kecewa. Dari kekecewaan itu timbullah kebebalan sehingga sanggup membakar kelambu dek kerana marahkan seekor nyamuk.

Kebimbangan Mahathir terhadap Abdullah bukan di sebabkan Abdullah lemah tetapi beliau merasakan pembangkang juga mahukan supaya Abdullah terus berkuasa. Ini di sebabkan dengan kelemahan Abdullah , pembangkang akan memanfaatkan kelemahan tersebut untuk menguasai negara dalam PRU akan datang.

Sebagai seorang perancang yang pernah memerintah negara selama 22 tahun, Mahathir dapat melihat pola yang berlaku dalam PRU lalu amat merbahaya kepada survival politik Umno dan dirinya sendiri. Kecemerlangan prestasi PKR yang di tunjangi musuh politik paling di takuti beliau Anwar Ibrahim meraih kemenangan besar dalam sejarah politik Malaysia di congak sebagai suatu aliran yang harus disekat menggunakan apa cara sekali pun.

Kelibat dari karisma Anwar dirasakan beliau secara terang lagi bersuluh. Dari kemenangan satu kerusi di Permatang Pauh oleh Wan Azizah pada PRU 2004 dan melonjak kepada kemenangan 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN ditafsir beliau sebagai kemenangan melampau.

Di atas tekanan inilah Mahathir terus menyalahkan Abdullah walaupun Najib adalah pengarah pilihanraya Pusat pada PRU lalu. Abdullah di asak Mahathir dari pelbagai sudut dengan pelbagai jenama yang mengaibkan sehingga memaksa Abdullah bertindak balas.

Kesan dari tindakbalas Abdullah yang selama ini berdiam diri akhirnya memaksa Mahathir bertindak berada di luar gelanggang.

Mahathir yang terkenal dengan sikap pendendam itu bertindak keluar dari Umno di sebabkan beberapa faktor.

1. Setelah lebih 4 tahun meninggalkan kerajaan, Mahathir merasakan pengaruhnya semakin longgar. Pandangannya tidak lagi di dengari. Namun sebagai usaha untuk menguji populariti beliau, tindakan keluar dari Umno sebagai menguji sejauh mana sokongan orang Umno terhadap beliau. Apa yang di dapatinya hanya seorang yang sanggup ‘sehidup semati’ dengan beliau iaitu Sanusi Junid.

2. Mahathir menyedari masalah dalaman Umno amat kronik dan memerlukan ‘revolusi’ yang besar bagi memulihkannya dan tidak ada tokoh yang mampu menyelesaikannya selain beliau. Justeru satu hari nanti Umno akan datang melutut menagih bantuan beliau. Maka di saat inilah beliau akan ‘dihidupkan’ kembali bersama pengaruh dan kuasa.

3. Isu Video Linggam dan tindakan Abdullah cuba menguasai institusi kehakiman dengan memberi ‘ganjaran’ kepada bekas-bekas hakim yang pernah di aniaya Mahathir dulu dianggap beliau sebagai usaha Abdullah menguasai institusi kehakiman. Ini merbahaya bagi perkiraan Mahathir kerana sekiranya di biarkan akan membolehkan beliau di heret ke Mahkamah.

Ketika di tanya wartawan sejurus selepas keluar dari Umno Mahathir berkata selagi Abdullah menjadi PM dan Presiden Umno beliau tidak akan kembali kepada Umno.

Kini semua perangkap yang sengaja di pasang Mahathir sedang menyusuri masuk kekandulnya satu persatu.

Ketika Abdullah masih ‘liat’ untuk menyerahkan kuasa pada Najib, Muhyiddin diberi tugas untuk memujuk Mahathir supaya kembali kepangkuan Umno serta menyelamatkan Umno yang menghadapi krisis kepimpinan yang serius.

Dikalangan orang media, pemerhati politik, bloggers dan sebahagian besar rakyat memang sudah menyedari bahawa Najib, Muhyiddin, Ku Li adalah awak-awak yang berproksikan Mahathir. Manakala team Abdullah pula adalah Mohamad Taib dan beberapa tokoh lama yang tak berani mengangkat muka seperti Khalid Nordin, Shahril Samad dan Rais Yatim

“ You fikir takkan lah masa Muhyiddin datang jumpa Mahathir dulu, Mahathir tak bagi apa-apa syarat atau apa-apa arahan yang perlu di ikuti oleh Muhyiddin. Itu bukan Mahathir kalau dia tak buat macam tu” kata seorang bekas Timbalan Menteri ( BTM) di masa Mahathir dulu ketika di hubungi.

BTM yang bergelar Dato itu berkata kelicikan anggota proksi Mahathir inilah yang telah berjaya menjatuhkan Abdullah sehingga memaksa Abdullah untuk tidak bertanding jawatan Presiden pada Mac tahun depan.

“I bimbang Mahathir yang memang seorang yang kuat berdendam ini akan menjadikan Umno kembali berpecah dan berpuak-puak sebagaimana berlaku di era beliau perintah Negara dulu” katanya

Kemunculah Mukhriz Mahathir (MP Jerlun) memenohi kouta jawatan Ketua Pemuda seminggu selepas berlangsungnya mesyuarat Bahagian merupakan antara rentatan pra-syarat yang sedang dipenohi oleh kumpulan yang datang memujuk Mahathir dahulu.

Menantu Abdullah, Khairi Jamaluddin yang masih terkial-kial mencari sokongan untuk jawatan yang sama jelas membayangkan bahawa sumpahan seorang pendendam sedang meragut mangsa demi mangsanya.
Kenyataan Muhyiddin semalam bahawa Mahathir bukan proksi kemunculan pemimpin pengganti Abdullah adalah pembohongan yang jelas di saat semua pihak menyedarinya.

“Muhyiddin tak perlu berbohong kepada rakyat di saat dia belum lagi di lantik menjadi pemimpin tertinggi negara kerana ini akan menghilangkan keyakinan rakyat” kata BTM lagi.

Negara akan sekali lagi di kuasai oleh legasi yang di proksi oleh seorang pendendam yang tidak pernah melupai musuhnya. Mahathir mungkin tersenyum puas melihat percaturan yang di aturnya sedang berligar mencengkam dan memusnahkan musuh-musuhnya.

Mahathir juga tidak lagi diganggu mimpi ngeri melihat masa depan anak serta awak-awak yang di didiknya yang kini terpaksa berlutut memohon restu dari pendendam yang sedang meratah mangsanya.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-17656334892187412682008-10-08T04:26:00.000-07:002008-10-08T06:38:28.698-07:00Berapa billionkah nilai penjemanaan baru Najib?Selepas Abdullah memberikan kenyataan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno pada pemilihan Mac 2009, maka yang pasti Najib akan mengisi kekosongan itu sesuai dengan ukurjanji peralihan kuasa yang di persetujui bersama sebelum ini.

Abdullah bertindak demikian setelah merasakan tekanan akar umbi yang diterimanya memaksa beliau berundur secara hormat. Walaupun ramai penyokongnya berhimpun dan merentang pelbagai sepanduk di PWTC menggesa supaya Abdullah mempertahankan jawatan tersebut. Namun empunya tubuh memilih untuk melepaskan jawatan yang sempat dipegang selama 5 tahun 5 bulan ( sehingga Mac 2009).

Maka kesan dari pengunduran Abdullah itu sekali gus akan lenyaplah segala perancangan yang telah dirancang Abdullah selama ini. Program perkampongan Hadhari yang dilaksanakan hampir setiap negeri, begitu juga masjid Hadhari di Trengganu yang menelan kos berbillion. Begitu juga dengan beberapa koridor yang dilaksanakan oleh Abdullah semuanya ini akan ditinggalkan secara membazir. Apa yang pasti Najib tidak akan meneruskan usaha Abdullah sebagaimana Abdullah lakukan pada Mahatahir.

Abdullah tidak melaksanakan apa yang dilakukan Mahathir walaupun berjanji akan meneruskannya apabila mengambil alih jawatan PM. Jabatan bengkok menjadi saksi janji yang tidak tertunai Abdullah-Mahathir. Abdullah dulu tidak melaksanakan janji tersebut bukan kerana ketiadaan wang tetapi Jambatan tersebut andai dilaksanakan akan memberi imej Mahathir bukan imej Abdullah.

Nasib baik juga jambatan Pulau Pinang dan bangunan berkembar Petronas tidak diletup atau di runtuhkan Abdullah.

Hal yang sama juga akan dilakukan oleh Najib. Najib akan bertindak 'menghapuskan' segala 'replika' yang berimejkan Abdullah. Dalam ilmu politik ia bukan sesuatu yang dianggap janggal tetapi sesuatu kewajipan. Ini di sebabkan bagi pemimpin tertinggi yang baru dilantik, segala usaha untuk menarik perhatian rakyat terhadap dirinya perlu dilakukan secara maksima mungkin.

Tumpuan dan minda rakyat perlu di asak dengan pelbagai ideologi dan imej yang berteraskan kepada pemimpin yang baru dilantik itu. Manakala segala mentaliti dan apa sahaja imej yang melambangkan pemimpin sebelumnya harus dipangkas hingga ke akar umbi.

Sejarah penaklukan dunia telah membuktikan bagaimana tentera bersekutu yang di ketuai Amerika bertindak meruntuh dan menghancurkan segara patung dan imej yang memberi imej pada Saddam Hussein ketika penaklukan Iraq. Begitu juga dengan apa yang tercatat dalam sejarah mesir, China, India dan di seluruh dunia yang semuanya menunjukkan usaha untuk memberi imej kepada pemimpin atau pemerintah baru akan membelakangkan segala etika, kemanusiaan, pembaziran malah termasuk menghalalkan pembunuhan.

Segala sejarah ini akan di ulangi semula oleh Najib. Entah berapa billion lagi wang rakyat akan 'diragut' oleh Najib dan agen-agen yang akan diberi tanggungjawab untuk mempotret imej baru Najib untuk tatapan rakyat.

Proses untuk penjenamaan semula imej Najib bukan sahaja akan melibarkan dasar, visi dan misi malah akan membabitkan jentera penggerak yang terdiri dari tenaga kerja dan insturmen yang besar. Malah tenaga kerja dan kaedah perlaksanaan ini merupakan perkara asas pertama yang perlu didahulukan bagi memastikan segala proses penjenamaan semula imej Najib akan berjalan lancar dan tersusun.

Bagi memenohi perancangan ini prosen penyingkiran 'orang-orang Abdullah' akan menjadi agenda pertama sebelum usaha lain dapat dilaksanakan. Dari proses penyingkiran ini akan di ikuti pula oleh proses pengisian 'orang-orang Najib'. Dalam banyak sejarah peraliahan kuasa dalam umno yang melibatkan pemimpin tertinggi sir penyingkiran dan pengisian semula ini akan juga melibatkan beberapa kos atau wang rakyat.

Dalam proses penyingkiran orang-orang Abdullah ini akan ada berlakunya kaedah penyingkiran secara terhormat dan ada yang terpaksa melalui kaedah penyingkiran secara zalim. Penyingkiran secara terhormat akan melibatkan nilai wang yang boleh di kategorikan sebagai wang pampasan yang berlipat ganda. Manakala penyingkiran secara zalim pula akan membabtikan nilai pampasan yang tidak senilai atau 'diragut' secara paksa dengan bernotis atau tanpa notis.

Pada kebiasaannya proses penyingkiran secara zalim ini dilakukan ke atas mereka yang bermasalah atau mempunyai kes / skendal atau rahsia yang mengaibkan apabila di dedahkan kepada umum. Ugutan akan di gunakan supaya gulungan yang membarisi barisan gulungan bermasalah ini supaya meninggalkan kerjaya atau perniagaan yang sedang di uruskan dengan segera secara senyap dan 'terhormat'.

Manakala proses pengisian semula 'orang-orang Najib' pada kekosongan yang ditinggalkan secara hormat atau zalim oleh 'orang-orang Abdullah' ini juga akan melibatkan nilai wang rakyat yang bernilai ratusan juta ringgit juga. Ini kerana kesan pengisian semula ini juga akan melibatkan penjenamaan semula yang berupa 'imej orang najib'. Kaedah dan disiplin penjenamaan semula pemimpin tertinggi dan pemimpin bawahan adalah sama dalam konteks politik. Yang berbezanya mungkin ruang lingkupnya lebih kecil dari pemimpin tertinggi.

Tetapi bila di ukur kepada kuantiti atau bilangan pengisian orang Najib berbanding dengan diri Najib yang seorang itu setentunya akan melibatkan kos yang lebih berkali ganda dari penjenamaan diri Najib. Kalaupun bangunan-bangunan yang sedia ada diputrajaya itu tidak diruntuh atau dibangunkan semula tetapi ruang pejabat, hiasan dalaman dan luaran, kakitangan baru, kenderaan rasmi baru mungkin akan berganti.

Ini semua akan melibatkan wang rakyat yang dibelanjakan tanpa keredhaan rakyat. Pembaziran akan terus berlaku, kadet-kadet serta kroni-kroni baru dibentuk oleh koloni baru dengan penyingkiran spesis-spesis lama. Wajahnya berbeza namun kerakusannya tetap sama atau mungkin lebih merbahaya.

Apa yang pasti segala 'pembangunan' yang berimejkan Abdullah akan dilenyapkan walaupun berbillion ringgit telah dibelanjakan. Lebih 26 juta rakyat di negara ini ternanti-nanti berapakah billion ringgit lagi akan dijadikan 'boneka pembangunan' oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

Siapa yang akan beroleh laba dan siapa yang akan berputih mata sedang rancak di congak oleh mereka yang akan menyerbu masuk dan mereka yang akan di singkirkan. Namun apa yang lebih pasti, setentunya yang akan peroleh laba itu bukanlahlah rakyat biasa tetapi orang-orang yang diberi tugas untuk menjalankan misi penjenamaan semula Najib. Sedangkan kita rakyat biasa hanyalah sekadar pemerhati yang berputih mata melihat hak dan wang kita akan diragut dan dirampas dengan penuh kegilaan yang merakuskan.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-4294447216181037592008-10-04T08:11:00.000-07:002008-10-04T08:31:28.694-07:00Tol tak boleh bagi diskaun macam sale di pasaraya ke?Tak boleh ke tol bagi diskaun 5%ke, 10%ke, 20%ke atau 50 % ke macam sale kat pasaraya. biasanya di pasaraya bila menjelang musim perayaan peniaga akan menawarkan harga rendah dengan potongan menarik. Boleh tak pemegang konsesi tol berbuat demikian?

Relevan dan rasionalnya bukan sekadar ia merupakan tindakan prihatin syarikat-syarikat konglomerat tersebut kepada rakyat tetapi menjadikan pakej percutian rakyat lebih berekonomi dan mesra pengguna.Lagi pun bukannya buat selalu, cuma pada musim-musim perayaan sahaja yang mana lebuhraya digunakan secara maksima.

Tak terpikir langsong ke pak-pak menteri dan pemikir-pemikir ekonomi rakyat yang ada dalam kabinet maupun kerajaan untuk melontarkan idea sebegini untuk meringankan bebanan rakyat.

Nak rugi banyak manalah sangat syarikat-syarikat konsesi tol tersebut dengan kadar potongan tersebut. Lagi pun tindakan sebegini boleh menghilangkan ketegangan masalah rakyat yang marahkan kadar tol yang semakin meningkat termasuk juga kepada kerajaan.

Lagi pun akan lebih banyak yang akan menggunakan perkhidmatan jalan bertol apabila cadangan sebegini dilakukan oleh konsesi terbabit. Selain itu kerajaan juga seharusnya prihatin dan melihat masalah tol dan rakyat sebagi masalah yang boleh di selesaikan sekiranya kerajaan campur tangan.

apa pandangan sdr2 ????Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-16819848494861408102008-09-25T00:20:00.000-07:002008-09-25T00:51:15.334-07:00Pas perlu lebih ikhlasKemenangan dalam istilah politik bukan sekadar berjaya merampas kerajaan atau menang dalam pilihanraya. Tetapi kejayaan memecahbelahkan lawan juga termasuk dalam istilah kemenangan dalam politik.

Bagi mereka yang mempunyai asas pengajian sains politik memang telah sedia maklum hal ini. Namun bagi mereka yang tidak memahami perjalanan politik dan peperangan dalam politik, golongan ini hanya jadi pak turut. Oriantalis menamakan gulungan pak turut ini sebagai jumut atau pelampau. Ini bukan beerti kita menggunakan falsafah oriantalis untuk dijadikan menghukum tetapi inilah realiti yang wujud dalam mentaliti kita.

Sesetengahnya mendakwa telah berpuluh tahun berada dalam politik tetapi berada dalam kancah yang sama. cara fikir, cara berhujah dan cara mengatasi masalah masih menggunakan kaedah tradisional.

Sebagai seorang ahli PAS yang telah melalui beberapa proses urbanisasi. kita mendapati realiti politik kekampongan yang bersifat fanatik harus dirungkai. Globalisasi dunia hanya sebuah persepi yang di jenamakan oleh musuh-musuh Islam yang hakikatnya adalah satu proses pecah perintah dan kemuncaknya adalah penguasaan ekonomi, politik dan pengawalan kuasa sosial dalam sesebuah negara itu harus ditangani dengan strategi, toleransi dan helah. Islam menamakan pendekatan ini sebagi hikmah.

Rasullullah adalah seorang yang berhikmah kerana menggunakan pelbagai pendekatan yang ada di dalamnya strategi, tolransi dan helah dalam menguasai setiap keadaan. Perjanjian Hudaibiah yang dianggap tidak memihak kepada orang Islam tetapi dipatuhi oleh Baginda berdasarkan ianya adalah suatu perjanjian yang di persetujui bersama dengan musrikin Mekah. Akhirnya musuh terperangkap dan memberi kemenangan kepada Baginda.

Dalam realiti politik hari ini PAS tidak harus merasa diri kita tersisih disebabkan kebangkitan PKR. Berdasarkan nafsu nafsi manusia memanglah PKR akan ada musuh kerana baru usia setahun jagung tetapi mempunyai potensi yang menyakinkan rakyat pelbagi kaum sehingga mencatat kemenangan besar dalam PRU 8 Mac lalu.

Sebagai pendokong gerakan Islam di negara ini, Gabungan PAS dalam PR sememangnya sesuetu yang terbaik dalam usaha untuk menguasai pentadbiran negara. Justeru fokas yang harus diberi tumpuan bersama adalah menguasai kerajaan mengikut saluran perlembagaan yang sedia ada. Ini adalah strategi dasar yang perlukan komitmen dari PKR, PAS dan DAP secara bersepadu.

Islam tidak mengajak umatnya untuk berburuk sangka dengan rakan kerana islam berpegang kepada iman, akhlak, balasan baik dan buruk di ahkirat kelak bukan laba, habuan, kuasa, pangkat dan kedudukan. INILAH PERJUANGAN HAKIKI UMAT ISLAM DI ATAS MUKA BUMI INI.

Yakinlah sebagaimana rasullullah mempunyai keyakinan bahawa perjanjian Hudaibiah adalah kemenangan besar kepada usaha dakwah rasullullah kepada umat manusia.

Usaha tuan Guru Nik Aziz rutun kepadang menyampaikan pelbagai peneranganb kepada rakyat termasuk pemimpin2 pas sendiri bahawa usaha kesatuan di bawah PR merupakan perjuangan suci ke arah usaha Islam yang lebih besar. Ini adalah teleransi yang digunakan oleh TG nik Aziz bagi memastikan agenda 'fokas' yang sedang kita lalui ini tidak dipesongkan oleh segelintir gulungan jumut dan pelampau yang di istilahkan oleh gulungan oriantalis tadi.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-71485150695931011492008-09-24T11:44:00.000-07:002008-09-24T11:45:56.182-07:00Bahaya biarkan Mahathir berkuasaSelepas bertindak merujuk kembali kedalam Umno setelah di pujuk oleh Muhyiddin, Mahathir seolah-olah seperti dirinya diperlukan semula setelah tersisih dan di kritik sejurus sejurus selepas bertindak ‘bercerai’ tolak satu dengan Umno.

Ketika bertindak keluar Umno beberapa bulan lalu, Mahathir membuat sumpah setia untuk tidak lagi kembali kepada ‘madunya’ ( Umno) selagi Abdullah menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno. Penganalisa politik menganggap tindakan Mahathir itu bukan sahaja sebagai protes beliau terhadap Abdullah tetapi juga untuk menguji pengaruhnya di kalangan Umno terhadap beliau.

Ternyat Mahathir kecewa kerana hanya anaknya Mohzani dan bekas Menteri Pertanian, Sanusi Junid sahaja yang bertindak keluar Umno bagi menyatakan sokongan kepada Mahathir.

Maka sedarilah Mahathir bahawa orang Umno yang dulunya menjulang beliau bagikan dewa cuma sekadar pura-pura kerana mahukan laba yang mereka pinta darinya sahaja dan bukan keikhlasan mereka.

Maka merajuklah Mahathir ibarat harimau tua yang sudah kehilangan taring dan tenaga. Yang tinggal hanyalah ngauman cuma.

Namun pergolakan yang bertambah kronik dalam Umno telah menitiskan sedikir sinar pada Mahathir. Mahathir yang dulunya dianggap sebagai lagenda Umno diperlukan untuk memulihkan Umno setelah pelbagai formula yang di gunakan gagal mengatasi kemelut dalamannya.

Abdullah pula masih liat untuk menyerah kalah dan melepaskan jawatannya kepada Najib walaupun di semua peringkat cawangan, bahagian dan tertinggi Umno menggesa beliau melepaskan jawat secepat mungkin.

Najib yang dianggap Mahathir ‘bacul selama ini tetap dengan formular ‘play safe’ supaya tidak terlepas dari di sisih Abdullah sebagai penggantinya.

Kelantangan Muhyiddin mengkritik Abdullah sejak selepas tamat Pilihanraya Umum 8 mac lalu ekoran kekelahan teruk BN mencabar krisis keyakinan pemimpin-pemimpin Umno terhadap Abdullah.

Tindakan terakhir Muhyiddin menyelar Abdullah berterusan apabila Naib Presiden itu bertindak mempertikaikan plan peralihan kuasa Abdullah –Najib pada Jun 2010. Muhyiddin yang bertindak demikian selepas Berjaya memujuk Mahathir kembali kepangkuan Umno.
Walaupun Abdullah memberikan jawapan bahawa plan peralihan Jun 2010 telah di persetujui Majlis Tertinggi dan Najib namun Muhyiddin mahukan plan peralihan tersebut lebih awal sebelum 9 Oktober 2008. Selain tempoh tersebut dianggap lama Muhyuddin juga menganggap tarikh tersebut dianggap sebagai sudah terlewat untuk menyelamatkan Umno.

Kenyataan Muhyiddin yang bermaksud ‘terlewat untuk menyelamatkan Umno’ bukanlah bermaksud Umno akan lebih berpecah dan bermasalah tetapi bermaksud Peralihan kuasa akan beralih kepada musuh politik Umno iaitu Pakatan Rakyat yang di terajui Anwar Ibrahim.

Walaupun secara luaran tekanan yang sedang mengasak Abdullah di lihat datangnya dari Muhyiddin dan beberapa pemimpin Umno lainnya seperti Tengku Razaligh Hamzah, namun proksi sebenar datangnya dari Mahathir.

Inilah juga antara prasyarat yang telah dibuat oleh Mahatahir kepada gulungan pemujuk yang datang menemui beliau. Prasyarat tersebut adalah menggunakan formular Mahathir bagi mengatasi masaalah dalam Umno walaupun itu bukanlah yang sebenarnya.

Bagi Mahathir masalah dalaman Umno adalah disebabkan Abdullah yang dianggap lembik dan lemah itu berada di kerusi tertinggi parti dan kerajaan sehingga BN kehilangan beberapa negeri kepada Pakatan Rakyat.

Congak Mahathir pula melihat kebimbangan beliau bukan berdasarkan kepada kemelut dalaman Umno/BN tetapi melihat negara ini akan di kuasai oleh musuh pribadi beliau iaitu Anwar Ibrahim.

Tidak dinafikan selepas lebih 22 tahun memerintah negara setentunya hubungan Mahathir dengan sumber-sumber maklumat dari pihak polis dan Bukit Aman masih utuh. Mahathir juga sudah tentu maklum bahawa Umno/BN sudah karam dan tak boleh lagi di selamatkan. Mahathir juga tentu sudah dimaklumkan bahawa kemaraan Pakatan Rakyat bukan lagi fenomena retorik yang dimaklumkan kepada media perdana oleh kabinet Abdullah.
Tetapi ia adalah satu gelombang peralihan yang akan melenyapkan Umno dan kerajaan BN secara total.

Kini Mahathir di bekalkan dengan beberapa tenaga seperti Muhyiddin, Ku Li dan Najib untuk menjalankan dua misi penting. Misi pertama adalah menurunkan Abdullah dari Umno dan kepimpinan tertinggi negara dan keduanya menyekat kemaraan Anwar dan Pakatan Rakayat menguasai kerajaan.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan dua strategi bagi mengadapi musuh dalaman ( Abdullah) dan musuk luaran ( Anwar), Kebimbangan Mahathir lebih kronik kepada Anwar berbanding Abdullah yang di anggap lemah itu. Meskipun media arus perdana melaporkan masalah dalaman yang di hadapi Umno dan komponennya dalam BN bagi mengalih perhatian rakyat namun hakihat sebenarnya yang di hidu Mahathir adalah pengambilalihan kuasa oleh Anwar dan Pakatan Rakyat terhadap Negara.

Pemimpin Umno sendiri menyedari masalah Umno sekarang bukanlah masalah dalaman Umno yang telah lebih 50 tahun ditubuhkan itu kerana setiap parti politik sentiasa bergelumang dengan masalah dalamannya. Umno sendiri telah beberapa kali menghadapi masalah dalaman yang semuanya dapat di tangani.

Kini rakyat terpaksa di kaburkan dengan momokan politik yang sedang dialami Umno/BN. Sedangkan Umno hari ini terpaksa menggunakan tenaga orang pencen seperti Mahathir untuk menyelamatkan kerajaan BN dari kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat

Justeru, ramai dikalangan pemerhati politik dan penulis membayangkan akan terdapat puluhan tangkapan ISA sekiranya Mahathir menjadi Perdana menteri ekoran krisis ‘operasi lalang 2’ ala Abdullah baru-baru ini.

Malah pelbagai lagi konspirasi akan di kenakan ke atas Anwar sehingga membawa kepada tangkapan dan tahanan yang lebih kejam akan dilakukan terhadap bekas timbalannya itu. Apatah lagi Mahathir yang memeng terkenal dengan seorang yang kuat berdendam.

Disebabkan Mahathir mempunyai sifat pendendam itulah dia menyangka sesiapa pun akan mempunyai sifat dendam seperti beliau. Lantaran itulah kebimbangan dan ketakutan beliau terhadap kemunculan kelibat Anwar tidak boleh di sangkal lagi.

Ketika ditanya wartawa awal bulan ini berhubung tindakan beliau sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, Mahatahir menjawab beliau akan lari ke luar negeri.

Berdasarkan fakta kesihatan dan usia secara amnya Mahathir tidak alagi akan dilantik menjadi Perdana Menteri. Malah Mahathir sedar sesiapa pun menjadi Perdana Menteri dari kalangan orang Umno , beliau akan terus mendapat ‘imuniti’ dari apa-apa tindakan dan undang-undang. Beliau juga terlepas dari tindakan disiplin bila mengkritik Abdullah secara terbuka selepas pilihanraya 8 Mac lalu.

Secara politik Mahathir dianggap merbahaya bukan sahaja kepada Anwar malah kepada Umno sendiri. Mahathir merupakan seorang pemimpin yang suka menggunakan kekerasan, fitnah, rasuah, kronisme dan sanggup menggadai institusi kehakiman dan kepolisian demi kepantingan beliau. Inilah imej yang telah meletakkan Umno dan kerajaan paling tercemar di mata dunia.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-9053048363606532472008-09-19T03:36:00.001-07:002008-09-20T02:46:43.023-07:00PR - mampukah pertahan hak orang MelayuMemang tidak di nafi, perjuangan Anwar Ibrahim mendapat sokongan rakyat pelbagai kaum, paling ramai adalah masyarakat cina dan India yang menganggap Anwar mampu memberikan keadilan kepada semua kaum. selam ini kaum-kaum ini tertindas dibawah rejim Umno/BN yang dianggap terlalu mengamalkan sukuan dan kroni.

Anwat juga dalam syarahan beliau keseluruh negara memberi jaminan bahawa seluruh rakyat akan di beikan hak samarata dan sama rasa. Dalam hubungan ini apakah hak orang melayu akan turut disamaratakan dengan kaum-kaum lain.

Penjelasan dan perincian ini seharusnya di teliti Anwar dan gagasan PR kerana jika di abaikan ia akan terus diamainkan oleh musuh politiknya. Orang melayu juga perlu diyakinkan dengan persoalan hak mereka yang terjamin.

Asas mengatakan hak melayu terjamin dalam perlembagaan tidak boleh di jadikan alasan kerana apabila kerajaan bertukar, perlembagaan juga boleh di ubah mengikut kesesuaian kerajaan baru. Ini yang di bimbangi orang melayu secara pukal.

Perlu di ingat juga sokongan yang diberikan pelbagai kaum pada PR bukan sekadar bencikan Umno/BN yang telah terpesong dari membela rakyat tetapi rakyat tidak mempunyai pilihan selain Anwar dan PR.

JUSTERU MENANGANI PERMASALAH HAK OANG MELAYU SEHARUSNYA DILAKUKAN SECARA SERIUS AGAR ORANG MELAYU LEBIH BERSEDIA MENERIMA PR YANG MAMPU MEMBELA NASIB MEREKA BERBANDING BN YANG TERNYATAKAN MENGECEWAKAN MEREKA.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-18173567995851679212008-09-19T03:36:00.000-07:002008-09-19T03:56:05.864-07:00916 to 923Angin bertiup kencang mengenai perubahan kuasa dari BN kepada Pakatan Rakyat (PR) hinggakan kesan kejatuhan ekonomi negara dan dunia sekarang kurang diteliti rakyat negara ini.
Perubahan senario politik menjadi agenda lebih utama berbanding isu lain kerana ia melibatkan agenda hidup kita dalam negara. Selain itu akan berlaku beberapa hal yang sering terjadi apabila berlaku perubahan kuasa dalam sesebuah negeri dalam dunia ini.

Usaha Anwar dan PR menggunakan pelbagai hikmah untuk menjadikan proses peralihan kuasa menjadi lebih licin dan teratur seharusnya di puji. Proses peralihan kuasa di peringkat negeri-negeri ekoran pilihanraya Mac lalu tanpa melibatkan sebarang insiden tidak di ingini membuktikan kematangan rakyat di negara ini melihat percaturan politik seca sihat.

Pelbagai sabotaj yang diserang oleh UMNO terhadap negeri-negeri yang ditawan PR menjadikan mereka seolah-olah mereka 'gila talak'. Hakikat ini juga akan berlaku apabila negara ini mengalami perubahan kuasa kelak. apatah lagi perubahan kuasa kali ini bukan melalui pilihanraya tetapi melalui penolakan rakyat kepada BN serta PR di lihat lebih memberi keyakinan untuk memeintah berbanding BN.

Apa pun saluran diplomasi yang meletakkan kesan peralihan kuasa dari menyegerakan proses peralihan kuasa dilihat lebih matang dan berpandangan jauh. Melewatkan proses dari 916 kepada 923 akan menjadi lebih luna dan bererti apabila ia berjaya di realitikan setelah segala sumpah seranah dibuat BN untuk rakyat kepada PR ekoran tidak berlaku peralihan kuasa pada 916.

Walau apa pun angkanya rakyat sekarang rata-trata memperkatakan proses peralihan kuasa yang sengaja diwar-warkan peralihan kuasa dalam kerajaan BN antara Abdullah dan Najib oleh Umno sedang realitinya perubahan kuasa yang lebih besar dijangka berlaku.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4681593144568880950.post-23786102765293733942008-09-17T11:33:00.000-07:002008-09-17T11:46:23.325-07:00Pembuktian dan Penipuan sainsManusia berasal dari beruk?

Sejak bermulanya asas falsafah di zaman tamadun Greek purba pelbagai anggapan dan tanggapan berhubung kewujudan alam semesta yang asalnya tiada kepada kewujudannya mula di perkatakan. Lantaran ketiadaan sumber rujukan, masyarakat Greek menerima segala pendapat yang di ketengahkan oleh golongan bijak pandai ketika itu yang terdiri dari ahli-ahli falsafah mereka.

Manakala kebanyakan dari ahli-ahli falsafah ini terdiri golongan anti agama yang menganggap falsafah dan sains mesti diterjemahkan dalam kontek dan bentuk fakta dan nyata. Justeru selain dari konsep pembuktian dan kelojikan ia tidak dapat diterima oleh sains dan falsafah mereka.

Ketika itu dunia dan segala cakerawala dianggap sebagai terwujud dengan sendiri tanpa ada penciptanya. Walaupun ketika itu telah wujud agama-agama semawi ( bersumber dari wahyu) dan adanya para nabi namun kebanyakan mereka menolak di sebabkan agama semawi mengandungi peraturan yang terpaksa di patuhi.

Keingkaran mereka menerima peraturan yang telah disampaikan oleh para nabi-nabi mengakibatkan mereka menolak wujudnya tuhan dan menerima falsafah para cerdik pandai di zaman mereka.

Justeru tidaklah sesuatu yang memelikkan bila di zaman yang serba moden dan canggih ini terdapat jutaan manusia yang tidak beragama ( ethies) serta menolak pandangan bahawa dunia dan seisi alam di diciptakan oleh Pencipta yang Agong..

Kini teori naturalisme ( logic dan semula jadi) dan meterialisme (kebendaan dan asas logik) menjadi pegangan kepada kebanyakan ahli sains yang menolak kewujudan pencipta alam. Teori Darwin yang menyatakan dunia dan seluruh penghuninya terlibat dalam proses evolusi atau perubahan secara beransur-ansur mendominasi banyak pemikiran manusia yang beragama maupun tidak.

Rentetan dari teori inilah wujudnya tanggapan bahawa manusia berasal dari beruk yang telah mengalami proses evolusi selama jutaan tahun. Malah semua benda hidup di atas muka bumi ini juga di anggap berasal dari benda lain setelah melalui proses evolusi.

Selama beberapa dekad falsafah evolusi ini bertapak dalam mata pelajaran sains tulin ( pure science) yang digunakan dalam system pendidikan awal hingga kepada peringkat pendidikan sains di peringkat kedoktoran. Kesan dari penerimaan masyarakat dunia ke atas teori dan hukum sains tulin ini telah melahirkan berjuta-juta umat manusia di seluruh dunia tunduk kepada kuasa alam semula jadi dan bukannya kepada pencipta yang mencipta alam semula jadi.

Pembongkaran pembohongan melalui penemuan DNA dalam dunia sains pada 1955 oleh saintis James Watson dan Francis Crick telah memberi malu yang besar kepada penganut taksub naturalisme dan meterialisme. Sebelum ini secara bongkak ahli-ahli arkeologi sewenang-wenangnya memberikan gambaran lengkap secara fizikal berdasarkan penemuan yang mereka temui.
Bayangkan dari secebis fosil yang ditemui, secara terus ahli arkeologi dan para saintis tersebut melakarkan keseluruhan bentuk fizikal serta masyarakatnya bagi memaklumkan kepada penduduk dunia supaya menerima pendapat mereka.

Namun penemuan sains di abad ke 21 telah memberi banyak pembuktian bahawa teori-teori tersebut adalah lapuk dan ketinggalan zaman. Penemuan DNA yang mampu menghurai dan mempunyai pelbagai maklumat mengenai bentuk, sifat fizikal hingga kepada struktur organ dalaman serta genatik yang terdapat pada penemuan arkeologi telah banyak menjadikan teori-teori naturalisme dan meterialisme sebagai timbunan sampah sejarah.

Penemuan DNA ini secara terus menyangkal pendapat bahawa manusia berasal dari makhluk beruk dan mawas. Hasil kajian ke atas struktur dalaman dan genatik dua haiwan ini di dapati ia sesuatu yang tidak mungkin terjadi. Apa yang menakjubkan hasil kajian yang di anggap mengalami proses perubahan secara perlahan-lahan ( evolusi) ke atas haiwan dan tumbuhan mendapati semua fakta tersebut adalah amat bercanggah dan tidak benar.

Namun apa yang di temui adalah setiap satu haiwan dan tumbuhan yang dianalisa dengan kaedah DNA mendapati ia wujud secara mendadak yang tidak diketahui asasnya serta berasingan dan setiap satunya tidak mempunyai hubungan evolusi.

Lebih menakjubkan lagi perubahan tersebut bukan sahaja tidak mengalami perubahan dalam bentuk fizikal tetapi tidak berlaku dalam peringkat molikul dan sel lagi iaitu peringkat terawal sebelum berlakukanya sebarang perubahan fizikal.

Justeru yang malangnya semua pembongkaran dan teori-teori salah tersebut tidak dimaklumkan untuk pengetahuan umum kerana ia akan menghilangkan keyakinan manusia kepada teori-teori falsafah. Akibatnya jutaan umat manusia masih taksub berpegang teguh kepada teori-teori semula jadi dan kebendaan.

Asas kefahaman antara pencipta dan Makhluk

Sebelum kita memperjelaskan hubungan antara Pencipta, manusia dan dunia adalah lebih baik diberikan sedikit gambaran ringkas berhubung hubungan antara pencipta dengan yang diciptakannya.

Sebagai contoh manusia yang mencipta baju dari lembaran kain. Hasilnya didapati baju tersebut tidak menyerupai manusia yang membuat baju. Begitu juga ulat sutera yang menghasilkan sutera sehingga boleh ditenun menghasilkan kain sutera. Ini juga memberikan satu lagi bukti bahawa kain sutera dan ulat sutera tidak sama.
Manusia juga mencipta kereta tetapi manusia tidak menyerupai kereta yang di ciptanya. Malah terdapat jutaan contoh yang boleh dibuat perbandingan yang merumuskan bahawa semua apa yang diciptakan itu tidak sama dengan penciptanya.

Dengan memahami perbandingan ini adalah mudah untuk kita membuktikan pembuktian asas bahawa Allah yang Maha Pencipta itu tidak akan sama dengan apa yang di ciptakaNya. Ciptaan Allah merangkumi segala makhluk yang terdapat didalam tanah, air, api, angin dan segala cakerawala ini. Allah tidak menyamai makhluk kerana makhluk ini di ciptakanNya.

Pembuktian sains bahawa dunia ini fana ( tiada)

Hakikat dunia yang kita ketahui dan yang ada di hadapan kita adalah berdasarkan apa yang di takrif oleh pancaindera kita seperti yang kita lihat dengan mata, sentuh dengan tangan, dengar dengan telinga, rasa dengan lidah dan hidu dengan hidung.

Apa yang akan terjadi sekiranya mata menjadi buta atau telinga menjadi pekak maka hilanglah sebahagian dari dunia yang dimiliki. Begitu juga dengan kehilangan pancaindera yang lain. Tetapi apabila seseorang itu kehilangan kesemua pancainderanya maka ia tidak mampu hidup lalu ia akan dimatikan.

Sains moden hari ini mampu mendedahkan bahawa pusat kepada semua pancaindera tadi adalah di otak yang bertindak sebagai penafsir atau penterjemah.

Kesimpulannya, dunia yang kita saksikan sekarang hanya merupakan dunia yang terbentuk dan ditafsir di dalam otak kita semata-mata. Persoalannya apakah otak yang seolah-olah berfungsi sebagai ‘dunia dalaman’ ini merupakan hakikat sebenar objek sebagaimana yang ditafsirkan oleh otak melalui pancaindera kita.

Sebagai contoh, 10 orang yang ditugaskan untuk melalui sebatang jalanraya, apabila di suruh menceritakan pengalaman yang di temui sepanjang jalan tersebut kita akan temui kesemua mereka menceritakan pengamatan dan pengalaman yang berbeza.

Demikianlah bagaimana Allah menjadikan dunia ini sebenarnya adalah berasaskan dari persepsi atau tanggapan yang di takrif oleh otak melalui pancaindera kita semata-mata. Hakikatnya dunia ini hanya wujud dalam ‘dunia dalaman’ otak semata-mata.

Sebagai contoh seorang yang dianggap gila atau apabila ia dikatakan hilang akalnya segala pancainderanya tidak berfungsi sebagaimana orang biasa dan ada yang sesetengahnya dapat melihat perkara-perkara yang tidak di lihat oleh manusia biasa. Begitu juga halnya yang dirasai oleh orang biasa tetapi tidak dinikmati oleh orang yang hilang akalnya tadi.

Begitu juga pa yang lebih ketara ialah butir pertuturan dan percakapan manusia yang di anggap hilang ingatan ini dianggap tidak logic malah manusia yang di anggap gila itu juga menganggap semua perbuatan dan pertuturan manusia lain adalah tidak logic baginya.

Apa yang nyata setiap imej yang di ciptakan Allah itu akan membentuk pelbagai persepsi/ tanggapan /prasangka / andaian oleh manusia dalam pelbagai sudut. Otak yang di cipta Allah merupakan dunia kecil yang membentuk dunia dalaman bagi manusia yang mencorak, mencetus dan menghasilkan pelbagai dimensi berhubung sesuatu imej dan gambaran.

Sedang hakikatnya otak merupakan ketulan-ketulan daging dan darah serta saraf yang terkandung di dalamnya jutaan neuron yang bertindak balas sebagai penghubung dan penyampai maklumat.

Realitinya, Dunia merupakan himpunan imej-imej dan rupa bentuk yang di bentuk di otak manusia semata-mata. Imej dan gambaran ini pula dicipta untuk menguji manusia. Manusia pula menerima ujian sepanjang hayatnya berdasarkan kepada persepsi-persepsi yang tidak ada realitinya. Persepsi ini sengaja dijadikan dengan pelbagai bentuk keindahan dan kecantikan yang bersesuaian dengan hawa nafsu manusia bagi tujuan menguji manusia.

Ramai dikalangan manusia tertipu oleh tanggapan dan prasangkanya sendiri. Wujudnya pelbagai bentuk kedurjanaan dan kebinasaan yang menjadikan dunia ini tungganglanggang serta tidak aman di sebabkan persepsi berhubung dunia kecil yang terbentuk di dalam setiap otak kita.

Perebutan dan ketamakan untuk menguasai dan memiliki imej-imej atau gambaran yang dihasilkan melalui pancaindera ini sebenarnya merupakan tindakan bodoh yang melucukan.

Gambaran imej yang disebut dunia dan se isinya itu hanya bermanfaat ketika pancaindera dan otak masih berfungsi, andai sebaliknya segala khazanah yang ada di atas muka bumi ini baik di daratan, lautan maupun di angkasa sudah tidak berguna lagi. Malah ia juga boleh dianggap tidak wujud lagi.

Justeru wujudnya alam ini adalah dari kebijaksanaan Allah dalam menjadikan kewujudan segala sesuatu yang dapat di tafsir oleh otak (akal) semata-mata. Dengan perantaraan panca indera ( mata, telinga, hidung, kulit, lidah ), perasaan yang di cetuskan dari prasangka/tanggapan/ persepsi/ andaian akan di hasilkan oleh otak lalu dibawa ke hati untuk dibuat sesuatu ketetapan dan kesimpulan.

Demikian itulah mengapa para aulia berkata dunia ini hakikatnya tidak wujud yang wujud hanya Allah semata-mata.

Pengalaman yang pernah di ceritakan oleh para aulia dan para-para wali Allah mengembara di pelbagai alam seperti alam ruh, alam kubur, alam malakut, alam jabarut, alam lahut dan sebagainya membuktikan dunia ini hanyalah satu alam yang di wujudkan dalam otak makhluk di bumi semata-mata. Di sebabkan fitrah Allah menjadikan makhluk di bumi ini untuk hidup di alam dunia ini maka dibukakan Allah untuk makhluk di planet dunia ini untuk melihat, marasa, menghidu, menyentuh dan mendengar apa yang terdapat di atas muka bumi ini.

Begitu juga dengan jutaan trilian alam atau plenet lain yang diciptakan Allah di langit yang mana manusia tidak ada pengetahuan untuk melihat, mendengar, menyentuh, menghidu dan merasa dengan jelas dan terang. Melainkan kita hanya melihat dengan terlalu kabur, kecil bagaikan satu noktah penanda dan hanya dapat di lihat di malam hari bagi sesetengah planet dan bagi yang sebahagian lagi tidak kelihatan.

Ini di sebabkan alam atau planet tersebut bukan milik yang di amanahkan untuk manusia melainkan di wujudkan Allah untuk manusia membuat perbandingan dan berfikir bagi penyaksian kebesaran Allah

Begitulah juga dengan hakikatnya planet bumi ini yang secara maknawinya ia terlalu kecil, kabur dan seakan-akan tidak wujud dan tidak dapat di lihat tetapi ia ‘di besarkan’ oleh makhluk yang menetap di atas muka bumi ini. Proses ‘pembesaran’ yang membentuk kewujudan objek yang mempunyai pelbagai dimensi ini pula di tafsir oleh otak melalui pancaindera seperti mata, telinga, hidung, telinga dan kulit yang di jadikan Allah untuk mereka. Justeru tanpa pancaindera ini segalanya tidak wujud pada makhluk tersebut.

Begitu juga dengan orang yang telah meninggal dunia dan hidup di alam barzah atau di alam ruh yang mana penglihatan, pendengaran dan segala panca indera mereka tidaklah sama dengan panca indera kita yang masih hidup.

Pancaindera mereka yang ada di alam kubur tidak menggunakan pancaindera jasad seperti ketika mereka hidup di atas dunia dahulu tetapi mereka menggunakan pancaindera ruh. Lantaran itulah persoalan malaikat Mungkar dan Nakir akan dijawab oleh ruh mereka bukannya ilmu yang di miliki jasad ketika mereka masih hidup.Mat Zahari Alihttp://www.blogger.com/profile/16864875164107337491noreply@blogger.com0