Tuesday, November 25, 2008

Apa salahnya YB Zul Nordin



Pertengahan Noverber lalu ketika membuat liputan media di Parlimen, saya tertarik dengan suAtu sudut terpencil di kamar Makan Ahli-Ahli Parlimen, lalu saya mengarahkan lensa kamera saya ke arah itu lalu terakamlah salah satu dari beberapa rakaman yang sempat saya rakamkan. Inilah yang saya rakamkan.

Anwar dan Zul kelihatan mesra dan setentunya membincangkan sesuatu yang penting memandangkan hanya mereka berdua sahaja di pepenjuru tersebut.

Sebagai seorang yang berbaik sangka tanpa memihak kepada mana-mana pihak atau dipengaruhi oleh apa-apa sentimen saya tidak nampak apa-apa masalah yang tidak mampu di lunaskan dalam apa persoalan sekalipun.

Zul tidak salah dalam mempertahankan pendiriannya berhubung Islam sebagaimana kita mempertahankan keadilan untuk semua rakyat tanpa sempadan ras dan agama.

Adalah salah andai menghukum sebagaimana Umno menghukum mereka yang berpandangan konservatif sebagai golongan pembelot. Parti akan menjadi lebih matang dan telus sekiranya terdapat pemimpin-pemimpin yang bukan hanya semata-mata menjadi 'pengangguk' sebagaimana dalam Umno/BN.

Kaedah penyelesaian bukan semuanya berasaskan hukuman dan denda, itulah yang diajar Islam dan Baginda Rasullullah. Baginda menggunakan pendekatan HIKMAH atau disebut sebagai kebijaksanaan dalam menyelesaikan semua masalah yang membabitkan umat Islam maupun dengan bukan Islam.

Saya kira pendekatan inilah yang sedang digunakan Anwar untuk menyelesaikan remeh temeh masalah dalaman parti. Persoalannya mengapa kita masih terjajah dengan pengaruh Umno/BN yang terpaksa meneruskan survival politik pemimpin mereka dengan hasad dengki, rasuah, pijak memijak, jatuh menjatuh dan sebagainya yang semuanya menjurus kepada perpecahan demi perpecahan.

Biarlah pemimpin-pemimpin tertinggi parti menyelesaikan secara bijaksana berhubung isu YB Zul Nordin dengan menggunakan pendekatan mesyaurah dan perbincangan pelbagai hala.

Biarlah pengalaman Umno/BN kita jadikan tauladan. PKR dan PR sedang berada dilandasan paling baik dalam suasana politik semasa. Pelbagai kaum telah dapat diyakini dan disatukan membentuk satu ikatan yang mampu menumbangkan Umno/BN yang sememangnya patut di tolak seluruh rakyat.

Berdasarkan fenomena ini langkah kita adalah ke hadapan dengan menjadikan apa yang dibelakang sebagai satu pengalaman yang mematang dan menjadikan kita lebih bertamadun dalam melihat setiap permasalahan remeh yang kita depani.

Andai kita ingin mengatakan berhubung masalah dalaman parti, maka jawapannya mana-mana parti pun ada masalahnya walaupun riak dipermukaannya tidak kelihatan. Namun bukan itu yang ingin kita nyatakan tetapi jalan penyelesaian yang menjurus kepada kebaikan yang bukan perpecahan yang menjadi ukuran kehebatan kita.