Tuesday, October 28, 2008

Sejarah penciptaan manusia


Malaikat ditugaskan mengambil tanah di dunia

Telah diriwayatkan bahawa ketika Allah swt ingin menjadikan penghuni di atas muka bumi, maka bertasbihlah segala para malaikat sambil meminta agar mereka dijadikan sebagai penghuni. Para malaikat memberikan alasan bahawa mereka adalah dari gulungan yang sentiasa patuh dan taat pada perintah Allah dan sudah tentu tidak akan melakukan sebarang kerosakan di atas muka bumi.

“Ingatlah waktu Tuhan berkata kepada malaikat bahawa sesungguhnya Aku akan melantik seorang khalifah di muka bumi. Malaikat menjawab, kenapa Engkau angkat orang yang buat binasa di bumi itu dan menumpahkan darah?. Padahal kamilah yang tetap selalu mensucikan dan memuji Mu. Firman Allah swt” Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” ( Al- Baqarah : 30)


Lalu Allah memerintah kan malikat Jibril as turun ke dunia meminta izin untuk mengambil tanah di tujuh tempat di atas dunia bagi dijadikan penghuni dunia.

Apabila Jibril sampai di muka dunia didapati dunia ini berada dalam keadaan gelap berkabus serta sejuk lalu ia memberi salam. Selepas salam tersebut dijawab oleh dunia maka berkatalah Jibril mengenai perintah Allah dan maksud kedatangannya ke dunia.

Lalu bertanya dunia kepada Jibril “apakah tugas lain yang ditugaskan oleh Allah kepada mu wahai Jibril”. Jibril menjawab “ Aku adalah ketua bagi segala para malaikat dan tugasku menyampai wahyu”.

( Penjelasan Jibril tersebut adalah di sebabkan sebelum umat manusia tercipta Jibril dan para malaikat telah menjalankan tugas masing-masing kepada kaum jin yang lebih dahulu hidup yang tempoh masanya tidak diketahui – Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kisah ini di jelaskan Allah dalam surah Al-Hijr ayat 27 yang bermaksud “ Dan Kami telah ciptakan jin sebelumnya dari api yang sangat panas” )

Dunia bertanya “ apakah yang dilakukan oleh kaum yang sebelum kamu mendatangi mereka dengan wahyu dari Allah”. Jibril menjawab “ kaum tersebut menlakukan kerosakan dan kebinasaan yang amat besar”.

“ Apalah pula hal mereka setelah kamu mendatangi mereka dengan wahyu” Tanya dunia lagi.

“Ada sebahagian dari mereka beriman dan sebahagian lagi tetap melakukan kekufuran” Jawab Jibril.

“Gulungan mana yang lebih besar” Tanya dunia lagi

“gulungan yang melakukan kerosakan (kufur)” jawab Jibril lagi.

Lalu dunia pun menangis sambil berkata kepada Jibril “ Wahai ketua pada segala para Malikat aku bersaksi kepada mu agar Allah mengampunkan segala dosa ku kerana aku tidak sanggup dan amat takut untuk menanggung beban kekufurann ini”

Lalu kembalilah Jibril mengadap Allah setelah gagal mendapat keizinan dari dunia. Kemudiannya Allah mengutuskan Malaikat Mikail as bagi memujuk dunia untuk di izinkan mengambil tanah di tujuh tempat di dunia.

Setelah memberi salam dan menyatakan hasrat mengambil tanah, dunia pun bertanya “ Apakah tugas kamu sebelum ini wahai Mikail”

Mikail menjawab “ tugasku memberikan nikmat dan rezeki kepada makhluk yang diperintahkan Allah kepada ku”.

“ Sejak bilakah nikmat rezeki mu yang kau berikan pada makluk itu “ Tanya dunia

“ sejak mula tercipta sehinggalah ia mati” jawab Mikail.

Lalu dunia bertanya lagi “ dengan nikmat rezeki itu apalah hal makhluk itu”

“Ada dikalangan mereka yang bersyukur dan ada yang tamak haloba serta bermusuhan sesama sendiri” Jawab Mikail

“ Gulungan manakah yang lebih “

“ Gulungan yang tidak bersyukur ( tamak haloba)” Jawab Mikail. Mendengar jawapan tersebut menangislah dunia sambil berkata” Wahai Mikail utusan Allah pada dunia, aku bersaksi kepada mu agar Allah mengampunkan segala dosa ku kerana aku tidak sanggup dan aku takut menjadi kaum yang tidak tahu bersyukur”

Kemudiannya Allah mengutuskan Malaikat Israfil mendatangi dunia. Lalu dunia bertanya apakah peranan Israfil sebelum ini lalu dijawab nya bahawa sebelum ini tugasnya meniup sangkakala.

Bertanya dunia lagi “ apakah yang kamu saksikan keadaan kaum sebelum kamu meniup sangkakala”

“ada yang beriman dan ada yang biadap serta sombong” Jawab Israfil

“ Berapakah bilangan mereka “ sambung dunia

“ bilangan yang beriman terlalu sedikit dan kaum yang biadap dan sombong teramat ramai” Jawab Israfil. Maka menangislah dunia dengan sebenar-benar tangisan kerana takut pada nasib yang akan menimpanya sekiranya di izinkan Israfil mengambil tanah untuk dijadikan penghuni di atasnya.

Lalu berkatalah dunia “ Wahai Israfil utusan Allah untuk menemui dunia, aku bersaksi agar Allah mengampunkan segala dosa ku kerana aku amat takut dan tidak sanggup bertanggungjawab ke atas kaum yang biadap dan sombong”.

Kemudian Allah perintahkan Malaikat Izrail as untuk menemui dunia. Selepas membalas salam dunia bertanya kepada Izrail “ Apakah tugas mu”

Izrail menjawab “ tugasku sebelum ini adalah sebagai pengambil nyawa”
“apa yang kau saksikan ketika mengambil nyawa kaum itu” Tanya dunia lagi.
“ Ada antara mereka amat takut dan ada yang redha” jawab Izrail
“Mengapa hal itu terjadi” Tanya dunia minta kepastian
Izrail menjawab “ yang takut kerana mereka melakukan banyak perkara maksiat dan keburukan dan yang redha kerana mereka dari kaum yang takut pada tuhan mereka serta melakukan kebaikan dan takut melakukan keburukan”
“berapakah bilangan yang melakukan kebaikan dengan keburukan” Tanya dunia
“Satu berbanding sepuluh ribu” jawab Izrail

Lalu menangislah dunia dengan tangisan yang teramat sangat. Kemudian dunia berkata “ dengan kebesaran dan kemuliaan amanah Allah yang dipertangungjawabkan pada mu urusan mencabut nyawa, kembalilah kamu mengadap tuhan mu dan pohonlah juga keampunan untuk ku wahai Izrail”

Lalu Izrail berkata “ Apakah yang menyebabkan kamu tidak mengizinkan aku menjalankan perintah Allah ini”
Jawab dunia “ Aku takut untuk mempertanggungjawab apa yang akan dilakukan oleh penghuni yang akan mendiami aku kerana mereka banyak melakukan kekufuran, tidak bersyukur, biadap dan sombong,banyak melakukan maksiat dan tidak redha dengan ketentuan tuhan mereka”
Sambung dunia lagi “Aku takut dan malu pada kamu dan Allah kerana telah memperlihatkan sifat-sifat ku dari segala penjelasan kamu.”

“Berapakah bilangan kamu dari gulungan Malaikat” Tanya dunia lagi
Izrail menjawab “ lebih banyak dari bintang di langit dan lebih banyak dari butiran pasir di bumi”

Murunglah wajah dunia mendengar penjelasan Izrail kerana memikirkan sekiranya dia masih tidak membenarkan Izrail mengambil tanah maka Allah akan mengantar malaikat-malaikat lain untuk meminta izin dari nya. Maka akan lebih banyak lagi sifat-sifat keburukannya akan diketahui. Justeru lantaran takut, malu dan bimbanglah dunia dengan keadaan tersebut.

“izinkan aku mempersembahkan hal mu pada Allah swt” kata Izrail

Selang beberapa ketika muncullah semula Izrail. ” Allah swt telah memberi tawaran yang menyenangkan mu, wahai dunia”
“Apakah itu wahai Izrail” kata dunia

Kata Izrail, Allah telah menetapkan perjanjian dengan dunia dengan beberapa hal antaranya;

1. Setiap butiran tanah yang di ambil dari dunia akan dipulangkan semula. Lantaran itu setiap kaum yang mati akan dikebumikan dengan kemuliaan.
2. Dunia tidak bertanggungjawab ke atas setiap perbuatan yang dilakukan oleh penghuni yang menetap di atasnya.
3. Sebagai balasan dunia juga diberi peluang untuk melihat keadilan Allah menghukum kaum yang kufur, tamak haloba ( tidak bersyukur), pelaku maksiat dan kerosakan melalui siksaan kubur.
4. kehidupan di dunia hanya tempat ujian dan sementara.

Mendengar penjelasan tersebut maka dunia pun mengizinkan Izrail untuk mengambil tanah di tujuh tempat di dunia. Maka terbentuklah tujuh lautan yang terdapat di atas dunia ini.

Firman Allah ‘ Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta ditambah kepada tujuh lautan lagi sesudah keringnya nescaya tidak akan habis ditulis kalimah Allah” ( Luqman :7)

bersambung ......

Saturday, October 25, 2008

Skandal Najib yang tidak terjawab

Bakal Perdana Menteri ke-6, Najib Razak perlu membersihkan dirinya dari segala skandal yang melibatkan pelbagai kes sebelum menerajui kepimpinan negara secara sah. Ini penting kerana Perdana Menteri atau pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara itu merupakan cermin yang memberi imej terhadap negara dan rakyatnya. Sekiranya pemimpin tertinggi negara tersebut bersih dari pelbagai kes dan skandal ia akan memberikan imej yang baik pada negara serta rakyat.

Ini akan memberi pelbagai kebaikan kepada negara seperti keyakinan pelabur untuk melabur, menggalakan kedatangan pelancong, memudahkan hubungan perdagangan, memesatkan industri pendidikan dan pelbagai kebaikan yang akan memberi manfaat kepada negara.

Sebaliknay sekiranya negara ini diterajui oleh pemimpin yang penuh dengan skandal, rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain kes yang membabitkan nilai moral maka pelbagai masalah akan dialami oleh negara tersebut yang akhirnya akan mengakibatkan rakyat akan menderita.Apa yang lebih menakutkan apabila negara ini akan di lebel sebagai negara korupsi sebagaimana berlaku di beberapa negara di Afrika disebabkan pemimpin mereka yang dipenohi dengan pelbagai salah laku dan skandal.

Masih terdapat pelbagai persoalan yang melibatkan skandal yang tidak diberi respon oleh Najib. Najib seharusnya memberikan jawapan secara berfakta kerana isu-isu yang dikaitkan terhadap beliau di kemukankan oleh Ahli-Ahli Parlimen ketika dewan rakyat bersidang. Ini membuktikan bahawa kes dan skandal yang dikaitkan terhadap beliau bukanlah suatu rekaan atau sekadar kabar angin tetapi kenyataa-kenyatan berfakta yang dimemerlukan jawapan khusus dari Najib.

Pada 26 September lalu kerajaan mengumumkan akan menggantikan helikopter Nuri kepada Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis sebanyak 12 buah dengan harga tawaran RM2.317 billion atau RM193 juta sebuah.Laman Defense Industry Daily melaporkan keputusan kerajaan Brazil turut membeli helokopter tempur yang sama dengan harga RM83 juta sebuah.Berdasarkan harga tersebut didapati setiap unit yang dibeli kerajaan terdapat perbezaan sebanyak RM193.08 juta atau 233 peratus lebih tinggi dari tander yang di perolehi kerajaan Brazil.

Najib yang ketika itu masih menjawat jawatan Menteri Pertahanan dilaporkan meluluskan tender pembelian Eurocopter tersebut secara tergesa-gesa.

Najib juga tidak memberi apa-apa komen berhubung dakwaan menerima komisyen sebanyak RM 530 juta hasil dari pembelian dua kapal selam Scorpene dan Agosta buatan Perancis. Pembelian kapal selam yang diurus oleh syarikat milik Abdul Razak Baginda yang sedang menghadapi tuduhan pembunuhan ke atas model Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Julai lalu, Penyiasat persendirian Razak Baginda, Balasubramaniam Perumal melalui akuan bersumpahnya bahawa beliau telah dimaklumkan oleh Razak yang Altantuya menuntut komisyen USD500 ribu. tuntutan itu ekoran perjanjian pembelian kapal selam jenis Scoppene dan Agosta dari Perancis bernilai RM4.6 billion oleh kerajaan melalui syarikat Primaker Sdn Bhd dan Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki Razak Baginda.

Bala juga pernah diberitahu Razak bahawa Najib telah memberitahu beliau (Razak) yang Najib pernah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya dan Altantuya juga tidak kisah jika di liwat.

Bala juga turut mendedahkan Najib telah menghubungi Ketua Polis Negara , Musa Hassan pada hari Razak di tahan pada pertengahan November 2006 melalui sms. Melalui sms itu Najib memaklumkan pada Razak "saya akan jumpa IGP 11 pagi hari ini.... isu ini akan di selesaikan ... bertenang"

Akuan bersumpah Bala yang dibuat ketika sidang media oleh Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim di Petaling Jaya pada 3 Julai lalu juga ada menyatakan bahawa Razak, Najib dan Altantuya telah bersama-sama menghadiri makan malam di Paris.

Kenyataan ini di kuatkan lagi dengan kenyataan sepupu Altantuya, Burmaa yang memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau ada melihat gambar Altantuya sedang makan malam di Paris bersama Najib dan Razak. Burmaa juga memaklumkan dua nama mereka ( Najib dan Razak) mudah di ingatinya kerana hubungan nama mereka saling berkait.

Laman web Malaysia today milik Raja Petra Kamarudin pula mendedahkan kes Najib dalam artikul beliau "Salah guna kuasa Timbalan Perdana Menteri. Pendedahan tersebut ada menyebut kewujudan beberapa pertukaran sms antara Najib dan peguam Muhammad Shafee Abdullah dalam tempoh hampir sebulan bermula 8 November hingga 2 Disember 2006.

Penahanan Raja Petra di bawah ISA besar kemungkinan di sebabkan oleh tindakan kerajaan dan Najib yang cuba menyembunyi pelbagai maklumat Najib dari di ketahui umum.

Tindakan Najib tidak memberi sebarang ulasan berfakta bagi menangkis segala skandal yang dihadapkan kepada beliau menjadikan isu ini semakin ingin diketahui oleh seluruh rakyat.

Repot polis dan BPR telah dibuat ke atas skandal-skandal Najib telah dibuat oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) bagi memberikan bukti bahawa negara ini perlu bebas dari ditabdir oleh penjenayah.

Thursday, October 16, 2008

Pendendam yang kembali berkuasa

Pada 12.35 tengah hari, 19 Mei 2008 ,Bekas PM, Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno di hadapan 1000 ahli Umno di Kedah. Pengumuman ini dibuat Mahathir ekoran kekalahan teruk BN dalam PRU ke-12, 8 mac lalu. Susulan kekalahan itu Mahathir mendesak PM, Abdullah Badawi meletak jawatan.

Setelah Abdullah tidak melayan tuntutan melepaskan jawatan sebagai PM /Presiden Umno/ Pengerusi BN, Mahathir kecewa. Dari kekecewaan itu timbullah kebebalan sehingga sanggup membakar kelambu dek kerana marahkan seekor nyamuk.

Kebimbangan Mahathir terhadap Abdullah bukan di sebabkan Abdullah lemah tetapi beliau merasakan pembangkang juga mahukan supaya Abdullah terus berkuasa. Ini di sebabkan dengan kelemahan Abdullah , pembangkang akan memanfaatkan kelemahan tersebut untuk menguasai negara dalam PRU akan datang.

Sebagai seorang perancang yang pernah memerintah negara selama 22 tahun, Mahathir dapat melihat pola yang berlaku dalam PRU lalu amat merbahaya kepada survival politik Umno dan dirinya sendiri. Kecemerlangan prestasi PKR yang di tunjangi musuh politik paling di takuti beliau Anwar Ibrahim meraih kemenangan besar dalam sejarah politik Malaysia di congak sebagai suatu aliran yang harus disekat menggunakan apa cara sekali pun.

Kelibat dari karisma Anwar dirasakan beliau secara terang lagi bersuluh. Dari kemenangan satu kerusi di Permatang Pauh oleh Wan Azizah pada PRU 2004 dan melonjak kepada kemenangan 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN ditafsir beliau sebagai kemenangan melampau.

Di atas tekanan inilah Mahathir terus menyalahkan Abdullah walaupun Najib adalah pengarah pilihanraya Pusat pada PRU lalu. Abdullah di asak Mahathir dari pelbagai sudut dengan pelbagai jenama yang mengaibkan sehingga memaksa Abdullah bertindak balas.

Kesan dari tindakbalas Abdullah yang selama ini berdiam diri akhirnya memaksa Mahathir bertindak berada di luar gelanggang.

Mahathir yang terkenal dengan sikap pendendam itu bertindak keluar dari Umno di sebabkan beberapa faktor.

1. Setelah lebih 4 tahun meninggalkan kerajaan, Mahathir merasakan pengaruhnya semakin longgar. Pandangannya tidak lagi di dengari. Namun sebagai usaha untuk menguji populariti beliau, tindakan keluar dari Umno sebagai menguji sejauh mana sokongan orang Umno terhadap beliau. Apa yang di dapatinya hanya seorang yang sanggup ‘sehidup semati’ dengan beliau iaitu Sanusi Junid.

2. Mahathir menyedari masalah dalaman Umno amat kronik dan memerlukan ‘revolusi’ yang besar bagi memulihkannya dan tidak ada tokoh yang mampu menyelesaikannya selain beliau. Justeru satu hari nanti Umno akan datang melutut menagih bantuan beliau. Maka di saat inilah beliau akan ‘dihidupkan’ kembali bersama pengaruh dan kuasa.

3. Isu Video Linggam dan tindakan Abdullah cuba menguasai institusi kehakiman dengan memberi ‘ganjaran’ kepada bekas-bekas hakim yang pernah di aniaya Mahathir dulu dianggap beliau sebagai usaha Abdullah menguasai institusi kehakiman. Ini merbahaya bagi perkiraan Mahathir kerana sekiranya di biarkan akan membolehkan beliau di heret ke Mahkamah.

Ketika di tanya wartawan sejurus selepas keluar dari Umno Mahathir berkata selagi Abdullah menjadi PM dan Presiden Umno beliau tidak akan kembali kepada Umno.

Kini semua perangkap yang sengaja di pasang Mahathir sedang menyusuri masuk kekandulnya satu persatu.

Ketika Abdullah masih ‘liat’ untuk menyerahkan kuasa pada Najib, Muhyiddin diberi tugas untuk memujuk Mahathir supaya kembali kepangkuan Umno serta menyelamatkan Umno yang menghadapi krisis kepimpinan yang serius.

Dikalangan orang media, pemerhati politik, bloggers dan sebahagian besar rakyat memang sudah menyedari bahawa Najib, Muhyiddin, Ku Li adalah awak-awak yang berproksikan Mahathir. Manakala team Abdullah pula adalah Mohamad Taib dan beberapa tokoh lama yang tak berani mengangkat muka seperti Khalid Nordin, Shahril Samad dan Rais Yatim

“ You fikir takkan lah masa Muhyiddin datang jumpa Mahathir dulu, Mahathir tak bagi apa-apa syarat atau apa-apa arahan yang perlu di ikuti oleh Muhyiddin. Itu bukan Mahathir kalau dia tak buat macam tu” kata seorang bekas Timbalan Menteri ( BTM) di masa Mahathir dulu ketika di hubungi.

BTM yang bergelar Dato itu berkata kelicikan anggota proksi Mahathir inilah yang telah berjaya menjatuhkan Abdullah sehingga memaksa Abdullah untuk tidak bertanding jawatan Presiden pada Mac tahun depan.

“I bimbang Mahathir yang memang seorang yang kuat berdendam ini akan menjadikan Umno kembali berpecah dan berpuak-puak sebagaimana berlaku di era beliau perintah Negara dulu” katanya

Kemunculah Mukhriz Mahathir (MP Jerlun) memenohi kouta jawatan Ketua Pemuda seminggu selepas berlangsungnya mesyuarat Bahagian merupakan antara rentatan pra-syarat yang sedang dipenohi oleh kumpulan yang datang memujuk Mahathir dahulu.

Menantu Abdullah, Khairi Jamaluddin yang masih terkial-kial mencari sokongan untuk jawatan yang sama jelas membayangkan bahawa sumpahan seorang pendendam sedang meragut mangsa demi mangsanya.
Kenyataan Muhyiddin semalam bahawa Mahathir bukan proksi kemunculan pemimpin pengganti Abdullah adalah pembohongan yang jelas di saat semua pihak menyedarinya.

“Muhyiddin tak perlu berbohong kepada rakyat di saat dia belum lagi di lantik menjadi pemimpin tertinggi negara kerana ini akan menghilangkan keyakinan rakyat” kata BTM lagi.

Negara akan sekali lagi di kuasai oleh legasi yang di proksi oleh seorang pendendam yang tidak pernah melupai musuhnya. Mahathir mungkin tersenyum puas melihat percaturan yang di aturnya sedang berligar mencengkam dan memusnahkan musuh-musuhnya.

Mahathir juga tidak lagi diganggu mimpi ngeri melihat masa depan anak serta awak-awak yang di didiknya yang kini terpaksa berlutut memohon restu dari pendendam yang sedang meratah mangsanya.

Wednesday, October 8, 2008

Berapa billionkah nilai penjemanaan baru Najib?

Selepas Abdullah memberikan kenyataan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno pada pemilihan Mac 2009, maka yang pasti Najib akan mengisi kekosongan itu sesuai dengan ukurjanji peralihan kuasa yang di persetujui bersama sebelum ini.

Abdullah bertindak demikian setelah merasakan tekanan akar umbi yang diterimanya memaksa beliau berundur secara hormat. Walaupun ramai penyokongnya berhimpun dan merentang pelbagai sepanduk di PWTC menggesa supaya Abdullah mempertahankan jawatan tersebut. Namun empunya tubuh memilih untuk melepaskan jawatan yang sempat dipegang selama 5 tahun 5 bulan ( sehingga Mac 2009).

Maka kesan dari pengunduran Abdullah itu sekali gus akan lenyaplah segala perancangan yang telah dirancang Abdullah selama ini. Program perkampongan Hadhari yang dilaksanakan hampir setiap negeri, begitu juga masjid Hadhari di Trengganu yang menelan kos berbillion. Begitu juga dengan beberapa koridor yang dilaksanakan oleh Abdullah semuanya ini akan ditinggalkan secara membazir. Apa yang pasti Najib tidak akan meneruskan usaha Abdullah sebagaimana Abdullah lakukan pada Mahatahir.

Abdullah tidak melaksanakan apa yang dilakukan Mahathir walaupun berjanji akan meneruskannya apabila mengambil alih jawatan PM. Jabatan bengkok menjadi saksi janji yang tidak tertunai Abdullah-Mahathir. Abdullah dulu tidak melaksanakan janji tersebut bukan kerana ketiadaan wang tetapi Jambatan tersebut andai dilaksanakan akan memberi imej Mahathir bukan imej Abdullah.

Nasib baik juga jambatan Pulau Pinang dan bangunan berkembar Petronas tidak diletup atau di runtuhkan Abdullah.

Hal yang sama juga akan dilakukan oleh Najib. Najib akan bertindak 'menghapuskan' segala 'replika' yang berimejkan Abdullah. Dalam ilmu politik ia bukan sesuatu yang dianggap janggal tetapi sesuatu kewajipan. Ini di sebabkan bagi pemimpin tertinggi yang baru dilantik, segala usaha untuk menarik perhatian rakyat terhadap dirinya perlu dilakukan secara maksima mungkin.

Tumpuan dan minda rakyat perlu di asak dengan pelbagai ideologi dan imej yang berteraskan kepada pemimpin yang baru dilantik itu. Manakala segala mentaliti dan apa sahaja imej yang melambangkan pemimpin sebelumnya harus dipangkas hingga ke akar umbi.

Sejarah penaklukan dunia telah membuktikan bagaimana tentera bersekutu yang di ketuai Amerika bertindak meruntuh dan menghancurkan segara patung dan imej yang memberi imej pada Saddam Hussein ketika penaklukan Iraq. Begitu juga dengan apa yang tercatat dalam sejarah mesir, China, India dan di seluruh dunia yang semuanya menunjukkan usaha untuk memberi imej kepada pemimpin atau pemerintah baru akan membelakangkan segala etika, kemanusiaan, pembaziran malah termasuk menghalalkan pembunuhan.

Segala sejarah ini akan di ulangi semula oleh Najib. Entah berapa billion lagi wang rakyat akan 'diragut' oleh Najib dan agen-agen yang akan diberi tanggungjawab untuk mempotret imej baru Najib untuk tatapan rakyat.

Proses untuk penjenamaan semula imej Najib bukan sahaja akan melibarkan dasar, visi dan misi malah akan membabitkan jentera penggerak yang terdiri dari tenaga kerja dan insturmen yang besar. Malah tenaga kerja dan kaedah perlaksanaan ini merupakan perkara asas pertama yang perlu didahulukan bagi memastikan segala proses penjenamaan semula imej Najib akan berjalan lancar dan tersusun.

Bagi memenohi perancangan ini prosen penyingkiran 'orang-orang Abdullah' akan menjadi agenda pertama sebelum usaha lain dapat dilaksanakan. Dari proses penyingkiran ini akan di ikuti pula oleh proses pengisian 'orang-orang Najib'. Dalam banyak sejarah peraliahan kuasa dalam umno yang melibatkan pemimpin tertinggi sir penyingkiran dan pengisian semula ini akan juga melibatkan beberapa kos atau wang rakyat.

Dalam proses penyingkiran orang-orang Abdullah ini akan ada berlakunya kaedah penyingkiran secara terhormat dan ada yang terpaksa melalui kaedah penyingkiran secara zalim. Penyingkiran secara terhormat akan melibatkan nilai wang yang boleh di kategorikan sebagai wang pampasan yang berlipat ganda. Manakala penyingkiran secara zalim pula akan membabtikan nilai pampasan yang tidak senilai atau 'diragut' secara paksa dengan bernotis atau tanpa notis.

Pada kebiasaannya proses penyingkiran secara zalim ini dilakukan ke atas mereka yang bermasalah atau mempunyai kes / skendal atau rahsia yang mengaibkan apabila di dedahkan kepada umum. Ugutan akan di gunakan supaya gulungan yang membarisi barisan gulungan bermasalah ini supaya meninggalkan kerjaya atau perniagaan yang sedang di uruskan dengan segera secara senyap dan 'terhormat'.

Manakala proses pengisian semula 'orang-orang Najib' pada kekosongan yang ditinggalkan secara hormat atau zalim oleh 'orang-orang Abdullah' ini juga akan melibatkan nilai wang rakyat yang bernilai ratusan juta ringgit juga. Ini kerana kesan pengisian semula ini juga akan melibatkan penjenamaan semula yang berupa 'imej orang najib'. Kaedah dan disiplin penjenamaan semula pemimpin tertinggi dan pemimpin bawahan adalah sama dalam konteks politik. Yang berbezanya mungkin ruang lingkupnya lebih kecil dari pemimpin tertinggi.

Tetapi bila di ukur kepada kuantiti atau bilangan pengisian orang Najib berbanding dengan diri Najib yang seorang itu setentunya akan melibatkan kos yang lebih berkali ganda dari penjenamaan diri Najib. Kalaupun bangunan-bangunan yang sedia ada diputrajaya itu tidak diruntuh atau dibangunkan semula tetapi ruang pejabat, hiasan dalaman dan luaran, kakitangan baru, kenderaan rasmi baru mungkin akan berganti.

Ini semua akan melibatkan wang rakyat yang dibelanjakan tanpa keredhaan rakyat. Pembaziran akan terus berlaku, kadet-kadet serta kroni-kroni baru dibentuk oleh koloni baru dengan penyingkiran spesis-spesis lama. Wajahnya berbeza namun kerakusannya tetap sama atau mungkin lebih merbahaya.

Apa yang pasti segala 'pembangunan' yang berimejkan Abdullah akan dilenyapkan walaupun berbillion ringgit telah dibelanjakan. Lebih 26 juta rakyat di negara ini ternanti-nanti berapakah billion ringgit lagi akan dijadikan 'boneka pembangunan' oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

Siapa yang akan beroleh laba dan siapa yang akan berputih mata sedang rancak di congak oleh mereka yang akan menyerbu masuk dan mereka yang akan di singkirkan. Namun apa yang lebih pasti, setentunya yang akan peroleh laba itu bukanlahlah rakyat biasa tetapi orang-orang yang diberi tugas untuk menjalankan misi penjenamaan semula Najib. Sedangkan kita rakyat biasa hanyalah sekadar pemerhati yang berputih mata melihat hak dan wang kita akan diragut dan dirampas dengan penuh kegilaan yang merakuskan.

Saturday, October 4, 2008

Tol tak boleh bagi diskaun macam sale di pasaraya ke?

Tak boleh ke tol bagi diskaun 5%ke, 10%ke, 20%ke atau 50 % ke macam sale kat pasaraya. biasanya di pasaraya bila menjelang musim perayaan peniaga akan menawarkan harga rendah dengan potongan menarik. Boleh tak pemegang konsesi tol berbuat demikian?

Relevan dan rasionalnya bukan sekadar ia merupakan tindakan prihatin syarikat-syarikat konglomerat tersebut kepada rakyat tetapi menjadikan pakej percutian rakyat lebih berekonomi dan mesra pengguna.Lagi pun bukannya buat selalu, cuma pada musim-musim perayaan sahaja yang mana lebuhraya digunakan secara maksima.

Tak terpikir langsong ke pak-pak menteri dan pemikir-pemikir ekonomi rakyat yang ada dalam kabinet maupun kerajaan untuk melontarkan idea sebegini untuk meringankan bebanan rakyat.

Nak rugi banyak manalah sangat syarikat-syarikat konsesi tol tersebut dengan kadar potongan tersebut. Lagi pun tindakan sebegini boleh menghilangkan ketegangan masalah rakyat yang marahkan kadar tol yang semakin meningkat termasuk juga kepada kerajaan.

Lagi pun akan lebih banyak yang akan menggunakan perkhidmatan jalan bertol apabila cadangan sebegini dilakukan oleh konsesi terbabit. Selain itu kerajaan juga seharusnya prihatin dan melihat masalah tol dan rakyat sebagi masalah yang boleh di selesaikan sekiranya kerajaan campur tangan.

apa pandangan sdr2 ????