Saturday, October 4, 2008

Tol tak boleh bagi diskaun macam sale di pasaraya ke?

Tak boleh ke tol bagi diskaun 5%ke, 10%ke, 20%ke atau 50 % ke macam sale kat pasaraya. biasanya di pasaraya bila menjelang musim perayaan peniaga akan menawarkan harga rendah dengan potongan menarik. Boleh tak pemegang konsesi tol berbuat demikian?

Relevan dan rasionalnya bukan sekadar ia merupakan tindakan prihatin syarikat-syarikat konglomerat tersebut kepada rakyat tetapi menjadikan pakej percutian rakyat lebih berekonomi dan mesra pengguna.Lagi pun bukannya buat selalu, cuma pada musim-musim perayaan sahaja yang mana lebuhraya digunakan secara maksima.

Tak terpikir langsong ke pak-pak menteri dan pemikir-pemikir ekonomi rakyat yang ada dalam kabinet maupun kerajaan untuk melontarkan idea sebegini untuk meringankan bebanan rakyat.

Nak rugi banyak manalah sangat syarikat-syarikat konsesi tol tersebut dengan kadar potongan tersebut. Lagi pun tindakan sebegini boleh menghilangkan ketegangan masalah rakyat yang marahkan kadar tol yang semakin meningkat termasuk juga kepada kerajaan.

Lagi pun akan lebih banyak yang akan menggunakan perkhidmatan jalan bertol apabila cadangan sebegini dilakukan oleh konsesi terbabit. Selain itu kerajaan juga seharusnya prihatin dan melihat masalah tol dan rakyat sebagi masalah yang boleh di selesaikan sekiranya kerajaan campur tangan.

apa pandangan sdr2 ????

2 comments:

Green Malay said...

Salam 'Idul Fitr...

Ambe setuju ngan buah fikiran sedara...awat puok2 ning takde nak fikir...

Diskaun sekali sekala...walaupun tak banyak...boleh beri kesan kepada rakyat...boleh kendurkan kemarahan seketika...

Kalau PDRM boleh bagi diskaun saman, PBT bagi diskaun kompaun...rasanya tak jadi dosa besar kalau syarikat konsesi (baca syarikat kongsi-kongsi) bagi jugak...10% kami syukur...

Angkat naik bincang kat atas tengok...cari mekanisme kaa...kaedah kaa...win-win situation kaa...kesan ekonomi global kaa...

Mat Zahari Ali said...

Slmt Edul fitri sdr Green

Puak pakat-pakat kongsi-kongsi tu memang pikir untung demi untung dan bersumpah tidak sanggup rugi langsung.

diskaun dianggap rugi dan merugikan tapi depa tak fikir bahawa dengan kaedah diskaun akan menggalakkan orang awam menggunakan lebuh raya dari jalan biasa yang penuh sesak - segak tu.

macam tulah bila orang melayu berfikir. tak macam orang cina atau orang luar yang berfikir secara komersil. Orang berfikiran komersil memeikirkan keuntungan jangka panjang.