Thursday, September 25, 2008

Pas perlu lebih ikhlas

Kemenangan dalam istilah politik bukan sekadar berjaya merampas kerajaan atau menang dalam pilihanraya. Tetapi kejayaan memecahbelahkan lawan juga termasuk dalam istilah kemenangan dalam politik.

Bagi mereka yang mempunyai asas pengajian sains politik memang telah sedia maklum hal ini. Namun bagi mereka yang tidak memahami perjalanan politik dan peperangan dalam politik, golongan ini hanya jadi pak turut. Oriantalis menamakan gulungan pak turut ini sebagai jumut atau pelampau. Ini bukan beerti kita menggunakan falsafah oriantalis untuk dijadikan menghukum tetapi inilah realiti yang wujud dalam mentaliti kita.

Sesetengahnya mendakwa telah berpuluh tahun berada dalam politik tetapi berada dalam kancah yang sama. cara fikir, cara berhujah dan cara mengatasi masalah masih menggunakan kaedah tradisional.

Sebagai seorang ahli PAS yang telah melalui beberapa proses urbanisasi. kita mendapati realiti politik kekampongan yang bersifat fanatik harus dirungkai. Globalisasi dunia hanya sebuah persepi yang di jenamakan oleh musuh-musuh Islam yang hakikatnya adalah satu proses pecah perintah dan kemuncaknya adalah penguasaan ekonomi, politik dan pengawalan kuasa sosial dalam sesebuah negara itu harus ditangani dengan strategi, toleransi dan helah. Islam menamakan pendekatan ini sebagi hikmah.

Rasullullah adalah seorang yang berhikmah kerana menggunakan pelbagai pendekatan yang ada di dalamnya strategi, tolransi dan helah dalam menguasai setiap keadaan. Perjanjian Hudaibiah yang dianggap tidak memihak kepada orang Islam tetapi dipatuhi oleh Baginda berdasarkan ianya adalah suatu perjanjian yang di persetujui bersama dengan musrikin Mekah. Akhirnya musuh terperangkap dan memberi kemenangan kepada Baginda.

Dalam realiti politik hari ini PAS tidak harus merasa diri kita tersisih disebabkan kebangkitan PKR. Berdasarkan nafsu nafsi manusia memanglah PKR akan ada musuh kerana baru usia setahun jagung tetapi mempunyai potensi yang menyakinkan rakyat pelbagi kaum sehingga mencatat kemenangan besar dalam PRU 8 Mac lalu.

Sebagai pendokong gerakan Islam di negara ini, Gabungan PAS dalam PR sememangnya sesuetu yang terbaik dalam usaha untuk menguasai pentadbiran negara. Justeru fokas yang harus diberi tumpuan bersama adalah menguasai kerajaan mengikut saluran perlembagaan yang sedia ada. Ini adalah strategi dasar yang perlukan komitmen dari PKR, PAS dan DAP secara bersepadu.

Islam tidak mengajak umatnya untuk berburuk sangka dengan rakan kerana islam berpegang kepada iman, akhlak, balasan baik dan buruk di ahkirat kelak bukan laba, habuan, kuasa, pangkat dan kedudukan. INILAH PERJUANGAN HAKIKI UMAT ISLAM DI ATAS MUKA BUMI INI.

Yakinlah sebagaimana rasullullah mempunyai keyakinan bahawa perjanjian Hudaibiah adalah kemenangan besar kepada usaha dakwah rasullullah kepada umat manusia.

Usaha tuan Guru Nik Aziz rutun kepadang menyampaikan pelbagai peneranganb kepada rakyat termasuk pemimpin2 pas sendiri bahawa usaha kesatuan di bawah PR merupakan perjuangan suci ke arah usaha Islam yang lebih besar. Ini adalah teleransi yang digunakan oleh TG nik Aziz bagi memastikan agenda 'fokas' yang sedang kita lalui ini tidak dipesongkan oleh segelintir gulungan jumut dan pelampau yang di istilahkan oleh gulungan oriantalis tadi.

5 comments:

zahidyusof said...

Apa yang perlu lagi di lakukan oleh PAS untuk di katakan Ikhlas?
PAS tak pernah claim untuk jadi PM, tak pernah claim untuk mana-mana jawatan menteri, tak pernah claim untuk apa-apa habuan..cuma PAS nak Islam yang tertinggi...

Persoalan....mana lebih penting IKHLAS dengan PKR & DAP daripada IKHLAS dengan ALLAH SWT

JAMALUDIN MD.ISA said...

Kita sama-sama menyedarkan PAS tentang strategi dan tektik perjuangan bagi meningkat kemenangan. Tidak erti perjuangan itu kalau tidak mencipta kejayaan.Tidak semua orang PAS dapat memahami realiti politik.Namun jenerasi terbaru dari golongan profesional dalam PAS yang diwakili golongan muda adalah merupakan pemangkin yang akan mencetuskan minda baru dalam PAS.

azlishukri said...

artikel yang sangat menarik..salam singgah dan selamat hari raya.

ANAK BAPAK said...

PAS tidak ada tektik politik..maaflah..tektik polotik PAS bukan bersandarkan real politik sekular..kami berpandukan seerah nabawiyyah dan tarikh tasyri'...apakah diukur kerana 12kali pilihanraya pas tak menang banyak kerusi jadi terus katakan kami bodoh politik...??? kami sangat berhati2 dalam politik..islam adalah matlamat utama sampai golongan profesional dalam PAS pun ada yang tak faham..kalaulah besok UMNO buat baik..tinggalkan rasuah..tinggalkan kezaliman..dia buat kebajikan tapi meneruskan dasar sekular..ketika itu PKR kalah teruk..apakah realitinya ketika itu??? atau PKR akan bersama UMNO kerana dasar PKR sama saja dengan UMNO yg membezakan hanya parti pemerintah dan parti pembangkang..apa pulak pendirian PKR tentang Islam..dah tentu berpandukan undang2 tubuh PKR yg menjunjung penuh sepenuh2nya perlembagaan persekutuan yg hanya menilai islam agama ritual sahaja..saat ini UMNO jahat..kalau besok UMNO baik??? real politik...??? islam letak mana???

kena sedarlah..setiap parti ada dasar...setiap parti jugak ada matlamat..setiap parti berjuang untuk mencapai matlamatnya..gerak kerja berjuang untuk mencapai matlamat mesti mengikut dasar..kena bacalah dasar dan matlamat pas..nahlah saya kepilkan untuk tatapan pembaca..termasuklah untuk ahli2 pas yg tak pernah kaji perlembagaan PAS;

BAB YANG KEDUA ( Dasar dan Seruan ) ;

FASAL 3. Dasar PAS ialah ISLAM

FASAL 4. Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR


BAB YANG KETIGA ( Tujuan, Usaha, Hukum dan Kekuasaan )

FASAL 5. Tujuan PAS ialah :-

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.


FASAL 6. Usaha-usaha :-

(1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah Rasul-Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

(2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menajadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan oranga-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan padangan hidup Islam.

(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

(6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selamanya ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

(7) Mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaumdi negara ini.

(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

(11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mecapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan keluar.


FASAL 7. ( Hukum dan Kekuasaan )

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

pas yang memperjuangkan islam wajib sensitiflah dengan islam..bukan setakat nak marah UMNO/BN saja..!!!!

Mat Zahari Ali said...

terima kasih atas segala komen yang di utarakan. Saya amat hormati pandangan sdr2 sekelian.

Ketika bertugas sebagi editor di harakah web tv dulu saya berpeluang bersemuka dengan Tim. Mursidul am Pas, Dato harun Din. Dalam program satu jam bersama beliau saya ada bertanya beliau. " Dalam islam tidak ada demokrasi sebagaimana terdapat di negara kita. Mengapa PAS menggunakan saluran demokrasi ciptaan penjajah ini untuk berjuang di jalan Islam."

Dato Harun Din menjawab " kita menggunakan Hikmah ( kebijaksanaan) dalam memperoleh kuasa. Apabila kuasa menjadi milik kita maka dengan kuasa itu kita boleh merubah atau meminda apa-apa yang ada supaya bersesuaian dengan islam dan masyarakat majmuk di negara ini."

Saya hormati pandangan penuh bijaksana ini kerana seorang mukmin itu dianugrahi allah dengan kebijaksanaan.Kebijaksanaan bukan bermaksud kita menggadai dasar dan pegangan kita.

Pas pun sekarang telah memberi ruang kepada wanita untuk menjadi calun dan membuka keahlian Kepada bukan Islam. Ini satu usaha yang baik dan berkesan. andai memperkatakan tentang dasar pas secara konsturktif apakah ini juga dilihat sebagai bertentangan dengan dasar perjuangan Pas.