Wednesday, September 17, 2008

Pembuktian dan Penipuan sains

Manusia berasal dari beruk?

Sejak bermulanya asas falsafah di zaman tamadun Greek purba pelbagai anggapan dan tanggapan berhubung kewujudan alam semesta yang asalnya tiada kepada kewujudannya mula di perkatakan. Lantaran ketiadaan sumber rujukan, masyarakat Greek menerima segala pendapat yang di ketengahkan oleh golongan bijak pandai ketika itu yang terdiri dari ahli-ahli falsafah mereka.

Manakala kebanyakan dari ahli-ahli falsafah ini terdiri golongan anti agama yang menganggap falsafah dan sains mesti diterjemahkan dalam kontek dan bentuk fakta dan nyata. Justeru selain dari konsep pembuktian dan kelojikan ia tidak dapat diterima oleh sains dan falsafah mereka.

Ketika itu dunia dan segala cakerawala dianggap sebagai terwujud dengan sendiri tanpa ada penciptanya. Walaupun ketika itu telah wujud agama-agama semawi ( bersumber dari wahyu) dan adanya para nabi namun kebanyakan mereka menolak di sebabkan agama semawi mengandungi peraturan yang terpaksa di patuhi.

Keingkaran mereka menerima peraturan yang telah disampaikan oleh para nabi-nabi mengakibatkan mereka menolak wujudnya tuhan dan menerima falsafah para cerdik pandai di zaman mereka.

Justeru tidaklah sesuatu yang memelikkan bila di zaman yang serba moden dan canggih ini terdapat jutaan manusia yang tidak beragama ( ethies) serta menolak pandangan bahawa dunia dan seisi alam di diciptakan oleh Pencipta yang Agong..

Kini teori naturalisme ( logic dan semula jadi) dan meterialisme (kebendaan dan asas logik) menjadi pegangan kepada kebanyakan ahli sains yang menolak kewujudan pencipta alam. Teori Darwin yang menyatakan dunia dan seluruh penghuninya terlibat dalam proses evolusi atau perubahan secara beransur-ansur mendominasi banyak pemikiran manusia yang beragama maupun tidak.

Rentetan dari teori inilah wujudnya tanggapan bahawa manusia berasal dari beruk yang telah mengalami proses evolusi selama jutaan tahun. Malah semua benda hidup di atas muka bumi ini juga di anggap berasal dari benda lain setelah melalui proses evolusi.

Selama beberapa dekad falsafah evolusi ini bertapak dalam mata pelajaran sains tulin ( pure science) yang digunakan dalam system pendidikan awal hingga kepada peringkat pendidikan sains di peringkat kedoktoran. Kesan dari penerimaan masyarakat dunia ke atas teori dan hukum sains tulin ini telah melahirkan berjuta-juta umat manusia di seluruh dunia tunduk kepada kuasa alam semula jadi dan bukannya kepada pencipta yang mencipta alam semula jadi.

Pembongkaran pembohongan melalui penemuan DNA dalam dunia sains pada 1955 oleh saintis James Watson dan Francis Crick telah memberi malu yang besar kepada penganut taksub naturalisme dan meterialisme. Sebelum ini secara bongkak ahli-ahli arkeologi sewenang-wenangnya memberikan gambaran lengkap secara fizikal berdasarkan penemuan yang mereka temui.
Bayangkan dari secebis fosil yang ditemui, secara terus ahli arkeologi dan para saintis tersebut melakarkan keseluruhan bentuk fizikal serta masyarakatnya bagi memaklumkan kepada penduduk dunia supaya menerima pendapat mereka.

Namun penemuan sains di abad ke 21 telah memberi banyak pembuktian bahawa teori-teori tersebut adalah lapuk dan ketinggalan zaman. Penemuan DNA yang mampu menghurai dan mempunyai pelbagai maklumat mengenai bentuk, sifat fizikal hingga kepada struktur organ dalaman serta genatik yang terdapat pada penemuan arkeologi telah banyak menjadikan teori-teori naturalisme dan meterialisme sebagai timbunan sampah sejarah.

Penemuan DNA ini secara terus menyangkal pendapat bahawa manusia berasal dari makhluk beruk dan mawas. Hasil kajian ke atas struktur dalaman dan genatik dua haiwan ini di dapati ia sesuatu yang tidak mungkin terjadi. Apa yang menakjubkan hasil kajian yang di anggap mengalami proses perubahan secara perlahan-lahan ( evolusi) ke atas haiwan dan tumbuhan mendapati semua fakta tersebut adalah amat bercanggah dan tidak benar.

Namun apa yang di temui adalah setiap satu haiwan dan tumbuhan yang dianalisa dengan kaedah DNA mendapati ia wujud secara mendadak yang tidak diketahui asasnya serta berasingan dan setiap satunya tidak mempunyai hubungan evolusi.

Lebih menakjubkan lagi perubahan tersebut bukan sahaja tidak mengalami perubahan dalam bentuk fizikal tetapi tidak berlaku dalam peringkat molikul dan sel lagi iaitu peringkat terawal sebelum berlakukanya sebarang perubahan fizikal.

Justeru yang malangnya semua pembongkaran dan teori-teori salah tersebut tidak dimaklumkan untuk pengetahuan umum kerana ia akan menghilangkan keyakinan manusia kepada teori-teori falsafah. Akibatnya jutaan umat manusia masih taksub berpegang teguh kepada teori-teori semula jadi dan kebendaan.

Asas kefahaman antara pencipta dan Makhluk

Sebelum kita memperjelaskan hubungan antara Pencipta, manusia dan dunia adalah lebih baik diberikan sedikit gambaran ringkas berhubung hubungan antara pencipta dengan yang diciptakannya.

Sebagai contoh manusia yang mencipta baju dari lembaran kain. Hasilnya didapati baju tersebut tidak menyerupai manusia yang membuat baju. Begitu juga ulat sutera yang menghasilkan sutera sehingga boleh ditenun menghasilkan kain sutera. Ini juga memberikan satu lagi bukti bahawa kain sutera dan ulat sutera tidak sama.
Manusia juga mencipta kereta tetapi manusia tidak menyerupai kereta yang di ciptanya. Malah terdapat jutaan contoh yang boleh dibuat perbandingan yang merumuskan bahawa semua apa yang diciptakan itu tidak sama dengan penciptanya.

Dengan memahami perbandingan ini adalah mudah untuk kita membuktikan pembuktian asas bahawa Allah yang Maha Pencipta itu tidak akan sama dengan apa yang di ciptakaNya. Ciptaan Allah merangkumi segala makhluk yang terdapat didalam tanah, air, api, angin dan segala cakerawala ini. Allah tidak menyamai makhluk kerana makhluk ini di ciptakanNya.

Pembuktian sains bahawa dunia ini fana ( tiada)

Hakikat dunia yang kita ketahui dan yang ada di hadapan kita adalah berdasarkan apa yang di takrif oleh pancaindera kita seperti yang kita lihat dengan mata, sentuh dengan tangan, dengar dengan telinga, rasa dengan lidah dan hidu dengan hidung.

Apa yang akan terjadi sekiranya mata menjadi buta atau telinga menjadi pekak maka hilanglah sebahagian dari dunia yang dimiliki. Begitu juga dengan kehilangan pancaindera yang lain. Tetapi apabila seseorang itu kehilangan kesemua pancainderanya maka ia tidak mampu hidup lalu ia akan dimatikan.

Sains moden hari ini mampu mendedahkan bahawa pusat kepada semua pancaindera tadi adalah di otak yang bertindak sebagai penafsir atau penterjemah.

Kesimpulannya, dunia yang kita saksikan sekarang hanya merupakan dunia yang terbentuk dan ditafsir di dalam otak kita semata-mata. Persoalannya apakah otak yang seolah-olah berfungsi sebagai ‘dunia dalaman’ ini merupakan hakikat sebenar objek sebagaimana yang ditafsirkan oleh otak melalui pancaindera kita.

Sebagai contoh, 10 orang yang ditugaskan untuk melalui sebatang jalanraya, apabila di suruh menceritakan pengalaman yang di temui sepanjang jalan tersebut kita akan temui kesemua mereka menceritakan pengamatan dan pengalaman yang berbeza.

Demikianlah bagaimana Allah menjadikan dunia ini sebenarnya adalah berasaskan dari persepsi atau tanggapan yang di takrif oleh otak melalui pancaindera kita semata-mata. Hakikatnya dunia ini hanya wujud dalam ‘dunia dalaman’ otak semata-mata.

Sebagai contoh seorang yang dianggap gila atau apabila ia dikatakan hilang akalnya segala pancainderanya tidak berfungsi sebagaimana orang biasa dan ada yang sesetengahnya dapat melihat perkara-perkara yang tidak di lihat oleh manusia biasa. Begitu juga halnya yang dirasai oleh orang biasa tetapi tidak dinikmati oleh orang yang hilang akalnya tadi.

Begitu juga pa yang lebih ketara ialah butir pertuturan dan percakapan manusia yang di anggap hilang ingatan ini dianggap tidak logic malah manusia yang di anggap gila itu juga menganggap semua perbuatan dan pertuturan manusia lain adalah tidak logic baginya.

Apa yang nyata setiap imej yang di ciptakan Allah itu akan membentuk pelbagai persepsi/ tanggapan /prasangka / andaian oleh manusia dalam pelbagai sudut. Otak yang di cipta Allah merupakan dunia kecil yang membentuk dunia dalaman bagi manusia yang mencorak, mencetus dan menghasilkan pelbagai dimensi berhubung sesuatu imej dan gambaran.

Sedang hakikatnya otak merupakan ketulan-ketulan daging dan darah serta saraf yang terkandung di dalamnya jutaan neuron yang bertindak balas sebagai penghubung dan penyampai maklumat.

Realitinya, Dunia merupakan himpunan imej-imej dan rupa bentuk yang di bentuk di otak manusia semata-mata. Imej dan gambaran ini pula dicipta untuk menguji manusia. Manusia pula menerima ujian sepanjang hayatnya berdasarkan kepada persepsi-persepsi yang tidak ada realitinya. Persepsi ini sengaja dijadikan dengan pelbagai bentuk keindahan dan kecantikan yang bersesuaian dengan hawa nafsu manusia bagi tujuan menguji manusia.

Ramai dikalangan manusia tertipu oleh tanggapan dan prasangkanya sendiri. Wujudnya pelbagai bentuk kedurjanaan dan kebinasaan yang menjadikan dunia ini tungganglanggang serta tidak aman di sebabkan persepsi berhubung dunia kecil yang terbentuk di dalam setiap otak kita.

Perebutan dan ketamakan untuk menguasai dan memiliki imej-imej atau gambaran yang dihasilkan melalui pancaindera ini sebenarnya merupakan tindakan bodoh yang melucukan.

Gambaran imej yang disebut dunia dan se isinya itu hanya bermanfaat ketika pancaindera dan otak masih berfungsi, andai sebaliknya segala khazanah yang ada di atas muka bumi ini baik di daratan, lautan maupun di angkasa sudah tidak berguna lagi. Malah ia juga boleh dianggap tidak wujud lagi.

Justeru wujudnya alam ini adalah dari kebijaksanaan Allah dalam menjadikan kewujudan segala sesuatu yang dapat di tafsir oleh otak (akal) semata-mata. Dengan perantaraan panca indera ( mata, telinga, hidung, kulit, lidah ), perasaan yang di cetuskan dari prasangka/tanggapan/ persepsi/ andaian akan di hasilkan oleh otak lalu dibawa ke hati untuk dibuat sesuatu ketetapan dan kesimpulan.

Demikian itulah mengapa para aulia berkata dunia ini hakikatnya tidak wujud yang wujud hanya Allah semata-mata.

Pengalaman yang pernah di ceritakan oleh para aulia dan para-para wali Allah mengembara di pelbagai alam seperti alam ruh, alam kubur, alam malakut, alam jabarut, alam lahut dan sebagainya membuktikan dunia ini hanyalah satu alam yang di wujudkan dalam otak makhluk di bumi semata-mata. Di sebabkan fitrah Allah menjadikan makhluk di bumi ini untuk hidup di alam dunia ini maka dibukakan Allah untuk makhluk di planet dunia ini untuk melihat, marasa, menghidu, menyentuh dan mendengar apa yang terdapat di atas muka bumi ini.

Begitu juga dengan jutaan trilian alam atau plenet lain yang diciptakan Allah di langit yang mana manusia tidak ada pengetahuan untuk melihat, mendengar, menyentuh, menghidu dan merasa dengan jelas dan terang. Melainkan kita hanya melihat dengan terlalu kabur, kecil bagaikan satu noktah penanda dan hanya dapat di lihat di malam hari bagi sesetengah planet dan bagi yang sebahagian lagi tidak kelihatan.

Ini di sebabkan alam atau planet tersebut bukan milik yang di amanahkan untuk manusia melainkan di wujudkan Allah untuk manusia membuat perbandingan dan berfikir bagi penyaksian kebesaran Allah

Begitulah juga dengan hakikatnya planet bumi ini yang secara maknawinya ia terlalu kecil, kabur dan seakan-akan tidak wujud dan tidak dapat di lihat tetapi ia ‘di besarkan’ oleh makhluk yang menetap di atas muka bumi ini. Proses ‘pembesaran’ yang membentuk kewujudan objek yang mempunyai pelbagai dimensi ini pula di tafsir oleh otak melalui pancaindera seperti mata, telinga, hidung, telinga dan kulit yang di jadikan Allah untuk mereka. Justeru tanpa pancaindera ini segalanya tidak wujud pada makhluk tersebut.

Begitu juga dengan orang yang telah meninggal dunia dan hidup di alam barzah atau di alam ruh yang mana penglihatan, pendengaran dan segala panca indera mereka tidaklah sama dengan panca indera kita yang masih hidup.

Pancaindera mereka yang ada di alam kubur tidak menggunakan pancaindera jasad seperti ketika mereka hidup di atas dunia dahulu tetapi mereka menggunakan pancaindera ruh. Lantaran itulah persoalan malaikat Mungkar dan Nakir akan dijawab oleh ruh mereka bukannya ilmu yang di miliki jasad ketika mereka masih hidup.

No comments: