Tuesday, May 12, 2009

Mat Kemian dan Istana Perak

Ketika saya dan seorang wartawan dari Pulau Pinang mengunjungi Kediaman Rasmi Menteri Besar di Ipoh pada pertengahan February lalu, Nizar memberitahu bahawa krisis Perak didalangi oleh seorang individu yang menguasai salah sebuah agensi berita di negara ini.

Nizar juga memaklumkan individu ini di kenali oleh pihak istana sebagai 'Mat Kemian'. Lalu Nizar juga memanggil individu ini sebagai 'Mat Kemian' dalam perbualan kami. Menurut Nizar lagi beliau juga telah memaklumkan kepada Raja Muda berhubung pelbagai konspirasi yang didalangi oleh Mat Kemian untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakayat. Tapi menurut Nizar, Raja Muda hanya tersenyum sahaja mendengar hujah beliau tersebut.

Mat Kemian ini kononnya kata Nizar telah lama menjalin hubungan dengan pihak istana Perak. Mat Kemian ni juga kononnya pernah jadi Think Tank BN dalam hal-hal propoganda media dan urusan-urusan politik.

Saya tidak terkejut apabila ketika ucapan Raja Muda di Dun Perak baru-baru ini, Bernama terlebih dahulu mengeluarkan titak ucapan baginda di medianya.

Mat Kemian ni memang ada banyak projek yang diperolehi dari kerajaan BN termasuk di Perak jadi tak mengejudkanlah sekiranya begaimana usaha berpatah arang berkerat rotan yang dilakukan beliau untuk menjayakan rampasan kuasa atau membenarkan pihak istana untuk mengadakan pilikanraya di Perak.

Menurut Nizar juga, Walaupun Mat Kemian hanya seorang penguasa media namun pengaruhnya kuat dalam istana kinta dan beliau juga boleh dianggap sebagai seorang penasihat kepada keputusan istana.

Monday, May 11, 2009

Rahsia bisikan Raja Nazrin ditelinga Nizar


Ketika Kekecohan selama lima jam semasa Sidang Dun Perak berlangsung pada 7 Mei lalu ada banyak khabar disebalik tirai yang tidak disedari atau diketahui umum. Sebagaimana maklum bahawa persidangan tersebut hanya mempunyai satu matlamat iaitu untuk menyingkirkan Speaker S Sivakumar dan menggantikannya dengan S Ganesan iaitu Speaker baru pilihan BN.

Ketika rampasan kuasa yang dilakukan Najib yang dipilih menggantikan Tajul Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Perhubungan BN Perak pada Februari lalu, Najib mungkin terlupa bahawa orang yang paling berkuasa dalam Dun adalah Speakernya bukan Menteri Besarnya.

Tindakan menyingkirkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar hakikatnya bukanlah kejayaan hakiki untuk menguasai kerajaan Perak kerana Speaker adalah orang yang paling berkuasa dalam sidang Dun dimana segala keputusan yang membabitkan perjalanan Dun serta
pentadbiran akan dipengerusikan oleh Speaker atau yang di Pertua Dewan.

Najib yang selama ini lahir dalam keluarga 'the golden bowl' mungkin tidak mengambil endah hal ini atau mungkin terlalu gairah untuk dianggap sebagai hero selepas mengetahui beliau akan menggantikan Abdullah menjelang Mac lalu.

Insiden 7 Mei akhirnya akan tercatat sebagai satu sejarah negara selepas persidangan bawah pokok yang berlangsung 3 Mac lalu. Sidang Dun Perak yang berlangsung pada 7 Mei itu telah dapat disaksikan bukan sahaja oleh rakyat di negara ini malah di seluruh dunia melalui internet.

Tindakan Polis menceroboh masuk kedalam Dun serta mengheret Speaker Sivakumar keluar dewan merupakan suatu tindakan salah guna polis yang mencampuri doktrin pengasingan kuasa yang telah di guna pakai oleh negara ini sejak sekian lama.

Insiden 7 Mei akhirnya tercatat sebagai sebuah malapetaka kepada sistem perundangan di negara ini.

Menurut Adun Teja, Chang Lih Kang, kekecohan yang berlaku selama lima jam itu sememangnya tidak lagi dapat dikawal apabila arahan Sivakumar tidak dipatuhi oleh Adun-Adun BN. Malah Adun-Adun BN tersebut melantik Speaker pilihan mereka, S Ganesan.

Keadaan menjadi lebih gawat apabila dalam sidang Dun tersebut terdapat dua Speaker, dua Menteri Besar dan dua barisan exco kerajaan negeri. Masing-masing tidak mahu mengalah
dan saling 'halal mengharam' posisi masing-masing.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, berdasarkan kepada aturcara perjalanan Dun tersebut tidak ada majlis pembukaan yang akan diadakan kerana pada kebiasaannya perasmian sidang Dun akan dibuat hanya sekali dalam setahun tetapi
tidak bersalahan sekiranya 'didatangi' oleh Raja atau sultan untuk menyampaikan titah ucapan.

Menurut Shamsul, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah 'terpaksa' dijemput bagi meredakan keadaan yang berlaku di Dun selepas Ganesan berjaya dilantik sebagai Speaker oleh Adun-Adun BN dan Sivakumar pula dikurung oleh pihak polis disebuah bilik yang dikunci rapat.

Ternyata ketibaan Nazrin berjaya meredakan keadaan. Ketika Nazrin berangkat masuk kelihatan Nizar mengiringi baginda bersama beberapa bentara Dun. Selang beberapa ketika kelihatan pula Nazrin membisikan sesuatu ke telinga Nizar dan Nizar kelihatan mengangguk-ngangguk.

Ketika menyampaikan ceramah di Penanti pada 10 Mei lalu, Ketua Umum Keadilan, Anwar Ibrahim mendedahkan butiran apa yang di bisikan Nazrin ketelinga Nizar. Kata Anwar, Nazrin hanya menyuruh Nizar duduk ditempatnya dalam Dun tersebut. Dan Nizar mematuhinya.

Ketika saya mengunjungi Kediaman Menteri Besar Perak untuk mengadakan temubual ekselusif dengan Nizar sejurus selepas rampasan kuasa di Perak pada pertengahan Februari lalu, saya juga bertanyakan Nizar berhubung dua pertemuan beliau dengan Sultan Perak sebelum ini berhubung saranan membubarkan Dun.

Menurut Nizar dalam pertemuan itu Sultan Azlan Shah juga ada berbisik kepadanya. Saya bertanya apa yang dibisikan kepada beliau. Nizar berkata baginda menyuruhnya banyak bersabar.

Namun apa yang berlaku, selepas dua hari Nizar menerima bisikan itu ialah Sultan bersetuju untuk melantik Zambery Kadir sebagai menteri Besar yang baru dan BN berjaya merampas Perak dari Pakatan Rakyat selepas sebelas bulan mentadbir negeri yang pernah menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia itu.

Nizar akan mengadap sultan untuk bubar Dun


Dalam sidang akhbar sejurus selepas keputusan mahkamah tinggi, Nizar mengumumkan bahawa ini adalah hari paling bertuah bagi rakyat Perak kerana undang-undang dan perlembagaan Negeri Perak telah di kembalikan kepada rakyat.

Hakim Abdul Aziz disifatkan beliau sebagai hakim yang berani dalam membuat keputusan untuk menegakkan keadilan. Nizar juga memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah memberi petunjuk dan hidayah Nya.

Keputusan ini adalah tanda-tanda positif untuk memulihkan kembali pemerintahan Raja Berpelembagaan, demokrasi berparlimen yang boleh dimanafaat oleh setiap rakyat Perak.

"Keputusan ini juga menjadi petunjuk samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat serta kehakiman awam lebih afdal untuk menentukan kesejahteraan negeri dan rakyat Perak," kata Nizar dalam kenyataan akhbar beliau.

" Selepas ini saya akan membawa keputusan Mahkamah Tinggi ini untuk mengadap Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mendapat restu Sultan seperti berikut:-

1) Kesemua pertuduhan yang dibuat oleh Dr Zambry Abdul Kadir dan Exco beliau harus diteliti kembali dan tidak dikira sah sehingga kecuali sidang Dun pada 7 Mei lalu.

2) Mohon Zambry dan enam Exconya segera mengosongkan jawatan seperti yang diarahkan mahkamah.
3) Mengantung jawatan penasihat undang-undang Kerajaan Negeri Perak Ahmad Kamal Md Shahid dengan berkuatkuasa segera.

4) Mengadakan mesyuarat Exco Perak dengan segera.

5) Membuat permohonan bahawa Dun di bubarkan seperti yang dicadangkan semasa sidang Dun bawah pokok pada 3 Mac lalu.

Menurut Nizar ketika dihubungi sejurus selepas kenyataan media itu, beliau berkata pihaknya akan segera mengutus watikah bagi memohon perkenan bagi membolehkan beliau mengadap Sultan Perak secepat mungkin.

Mahkamah putus Nizar MB Perak yang sah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei mengumumkan Mohamad Nizar Jamaluddin diistiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah serta menyingkirkan Zambery Abdul Kadir yang dilantik oleh BN sebelum ini.

Hakim mahkamah Tinggi, Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan keputusan tersebut berdasarkan ketiadaan keputusan Undi tidak percaya terhadap Nizar yang diputuskan oleh persidangan Dun Perak sebelum ini.

Selain itu dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata hujah pihak Zambery yang menyatakan Sultan Perak mengarahkan Nizar meletak jawatan adalah tidak dibenarkan kerana sekiranya istana mahu keputusan tersebut maka Sultan sepatutnya mengambil sidang Dun untuk mengemukakan usul tersebut.

Abdul Aziz juga telah memutuskan Menteri Besar BN, Zambery Abdul Kadir serta enam exco yang dilantiknya segera mengosongkan pejabat Menteri Besar secepat mungkin di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Sebelum itu permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Dalam penghakiman tersebut juga, Abdul Aziz mengarahkan Penasihat Undang-undang Negeri, Ahmad Kamal Md Shahid digantung tugas kerana gagal menjalankan tanggungjawab dalam pentadbiran negeri Perak.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Permohonan Nizar
1. Memohon Mahkamah mengistiharkan Beliau adalah Menteri Besar Yang sah

2. Memohon perintah menghalang Zambery serta exconya menjalankan tugas sebagai menteri besar

3. Pohon mahkamah membuat tafsiran Perkara 16(6) perlembagaan Perak samaada jawatan Mwenteri Besar boleh di kosongkan apabila Menteri Besar telah menasihati Sultan tentang pembubaran Dun, tidak ada pembubaran Dun, Undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dalam Dun dan Menteri Besar tidak meletak jawatan.

Pada 23 April lalu mahkamah Tinggi membawa kes ini untuk di sebut di Mahkamah Persekutuan bagi tujuan penafsiran perkara 63 Perlembagaan negeri.

Manakala pada 28 April pula Mahkamah Persekutuan telah merujuk kembali kes saman Nizar ke atas Zambery kembali ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur