Monday, May 11, 2009

Mahkamah putus Nizar MB Perak yang sah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei mengumumkan Mohamad Nizar Jamaluddin diistiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah serta menyingkirkan Zambery Abdul Kadir yang dilantik oleh BN sebelum ini.

Hakim mahkamah Tinggi, Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan keputusan tersebut berdasarkan ketiadaan keputusan Undi tidak percaya terhadap Nizar yang diputuskan oleh persidangan Dun Perak sebelum ini.

Selain itu dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata hujah pihak Zambery yang menyatakan Sultan Perak mengarahkan Nizar meletak jawatan adalah tidak dibenarkan kerana sekiranya istana mahu keputusan tersebut maka Sultan sepatutnya mengambil sidang Dun untuk mengemukakan usul tersebut.

Abdul Aziz juga telah memutuskan Menteri Besar BN, Zambery Abdul Kadir serta enam exco yang dilantiknya segera mengosongkan pejabat Menteri Besar secepat mungkin di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Sebelum itu permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Dalam penghakiman tersebut juga, Abdul Aziz mengarahkan Penasihat Undang-undang Negeri, Ahmad Kamal Md Shahid digantung tugas kerana gagal menjalankan tanggungjawab dalam pentadbiran negeri Perak.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Permohonan Nizar
1. Memohon Mahkamah mengistiharkan Beliau adalah Menteri Besar Yang sah

2. Memohon perintah menghalang Zambery serta exconya menjalankan tugas sebagai menteri besar

3. Pohon mahkamah membuat tafsiran Perkara 16(6) perlembagaan Perak samaada jawatan Mwenteri Besar boleh di kosongkan apabila Menteri Besar telah menasihati Sultan tentang pembubaran Dun, tidak ada pembubaran Dun, Undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dalam Dun dan Menteri Besar tidak meletak jawatan.

Pada 23 April lalu mahkamah Tinggi membawa kes ini untuk di sebut di Mahkamah Persekutuan bagi tujuan penafsiran perkara 63 Perlembagaan negeri.

Manakala pada 28 April pula Mahkamah Persekutuan telah merujuk kembali kes saman Nizar ke atas Zambery kembali ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

No comments: