Monday, May 11, 2009

Nizar akan mengadap sultan untuk bubar Dun


Dalam sidang akhbar sejurus selepas keputusan mahkamah tinggi, Nizar mengumumkan bahawa ini adalah hari paling bertuah bagi rakyat Perak kerana undang-undang dan perlembagaan Negeri Perak telah di kembalikan kepada rakyat.

Hakim Abdul Aziz disifatkan beliau sebagai hakim yang berani dalam membuat keputusan untuk menegakkan keadilan. Nizar juga memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah memberi petunjuk dan hidayah Nya.

Keputusan ini adalah tanda-tanda positif untuk memulihkan kembali pemerintahan Raja Berpelembagaan, demokrasi berparlimen yang boleh dimanafaat oleh setiap rakyat Perak.

"Keputusan ini juga menjadi petunjuk samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat serta kehakiman awam lebih afdal untuk menentukan kesejahteraan negeri dan rakyat Perak," kata Nizar dalam kenyataan akhbar beliau.

" Selepas ini saya akan membawa keputusan Mahkamah Tinggi ini untuk mengadap Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mendapat restu Sultan seperti berikut:-

1) Kesemua pertuduhan yang dibuat oleh Dr Zambry Abdul Kadir dan Exco beliau harus diteliti kembali dan tidak dikira sah sehingga kecuali sidang Dun pada 7 Mei lalu.

2) Mohon Zambry dan enam Exconya segera mengosongkan jawatan seperti yang diarahkan mahkamah.
3) Mengantung jawatan penasihat undang-undang Kerajaan Negeri Perak Ahmad Kamal Md Shahid dengan berkuatkuasa segera.

4) Mengadakan mesyuarat Exco Perak dengan segera.

5) Membuat permohonan bahawa Dun di bubarkan seperti yang dicadangkan semasa sidang Dun bawah pokok pada 3 Mac lalu.

Menurut Nizar ketika dihubungi sejurus selepas kenyataan media itu, beliau berkata pihaknya akan segera mengutus watikah bagi memohon perkenan bagi membolehkan beliau mengadap Sultan Perak secepat mungkin.

No comments: