Monday, May 11, 2009

Rahsia bisikan Raja Nazrin ditelinga Nizar


Ketika Kekecohan selama lima jam semasa Sidang Dun Perak berlangsung pada 7 Mei lalu ada banyak khabar disebalik tirai yang tidak disedari atau diketahui umum. Sebagaimana maklum bahawa persidangan tersebut hanya mempunyai satu matlamat iaitu untuk menyingkirkan Speaker S Sivakumar dan menggantikannya dengan S Ganesan iaitu Speaker baru pilihan BN.

Ketika rampasan kuasa yang dilakukan Najib yang dipilih menggantikan Tajul Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Perhubungan BN Perak pada Februari lalu, Najib mungkin terlupa bahawa orang yang paling berkuasa dalam Dun adalah Speakernya bukan Menteri Besarnya.

Tindakan menyingkirkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar hakikatnya bukanlah kejayaan hakiki untuk menguasai kerajaan Perak kerana Speaker adalah orang yang paling berkuasa dalam sidang Dun dimana segala keputusan yang membabitkan perjalanan Dun serta
pentadbiran akan dipengerusikan oleh Speaker atau yang di Pertua Dewan.

Najib yang selama ini lahir dalam keluarga 'the golden bowl' mungkin tidak mengambil endah hal ini atau mungkin terlalu gairah untuk dianggap sebagai hero selepas mengetahui beliau akan menggantikan Abdullah menjelang Mac lalu.

Insiden 7 Mei akhirnya akan tercatat sebagai satu sejarah negara selepas persidangan bawah pokok yang berlangsung 3 Mac lalu. Sidang Dun Perak yang berlangsung pada 7 Mei itu telah dapat disaksikan bukan sahaja oleh rakyat di negara ini malah di seluruh dunia melalui internet.

Tindakan Polis menceroboh masuk kedalam Dun serta mengheret Speaker Sivakumar keluar dewan merupakan suatu tindakan salah guna polis yang mencampuri doktrin pengasingan kuasa yang telah di guna pakai oleh negara ini sejak sekian lama.

Insiden 7 Mei akhirnya tercatat sebagai sebuah malapetaka kepada sistem perundangan di negara ini.

Menurut Adun Teja, Chang Lih Kang, kekecohan yang berlaku selama lima jam itu sememangnya tidak lagi dapat dikawal apabila arahan Sivakumar tidak dipatuhi oleh Adun-Adun BN. Malah Adun-Adun BN tersebut melantik Speaker pilihan mereka, S Ganesan.

Keadaan menjadi lebih gawat apabila dalam sidang Dun tersebut terdapat dua Speaker, dua Menteri Besar dan dua barisan exco kerajaan negeri. Masing-masing tidak mahu mengalah
dan saling 'halal mengharam' posisi masing-masing.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, berdasarkan kepada aturcara perjalanan Dun tersebut tidak ada majlis pembukaan yang akan diadakan kerana pada kebiasaannya perasmian sidang Dun akan dibuat hanya sekali dalam setahun tetapi
tidak bersalahan sekiranya 'didatangi' oleh Raja atau sultan untuk menyampaikan titah ucapan.

Menurut Shamsul, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah 'terpaksa' dijemput bagi meredakan keadaan yang berlaku di Dun selepas Ganesan berjaya dilantik sebagai Speaker oleh Adun-Adun BN dan Sivakumar pula dikurung oleh pihak polis disebuah bilik yang dikunci rapat.

Ternyata ketibaan Nazrin berjaya meredakan keadaan. Ketika Nazrin berangkat masuk kelihatan Nizar mengiringi baginda bersama beberapa bentara Dun. Selang beberapa ketika kelihatan pula Nazrin membisikan sesuatu ke telinga Nizar dan Nizar kelihatan mengangguk-ngangguk.

Ketika menyampaikan ceramah di Penanti pada 10 Mei lalu, Ketua Umum Keadilan, Anwar Ibrahim mendedahkan butiran apa yang di bisikan Nazrin ketelinga Nizar. Kata Anwar, Nazrin hanya menyuruh Nizar duduk ditempatnya dalam Dun tersebut. Dan Nizar mematuhinya.

Ketika saya mengunjungi Kediaman Menteri Besar Perak untuk mengadakan temubual ekselusif dengan Nizar sejurus selepas rampasan kuasa di Perak pada pertengahan Februari lalu, saya juga bertanyakan Nizar berhubung dua pertemuan beliau dengan Sultan Perak sebelum ini berhubung saranan membubarkan Dun.

Menurut Nizar dalam pertemuan itu Sultan Azlan Shah juga ada berbisik kepadanya. Saya bertanya apa yang dibisikan kepada beliau. Nizar berkata baginda menyuruhnya banyak bersabar.

Namun apa yang berlaku, selepas dua hari Nizar menerima bisikan itu ialah Sultan bersetuju untuk melantik Zambery Kadir sebagai menteri Besar yang baru dan BN berjaya merampas Perak dari Pakatan Rakyat selepas sebelas bulan mentadbir negeri yang pernah menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia itu.

No comments: