Thursday, September 25, 2008

Pas perlu lebih ikhlas

Kemenangan dalam istilah politik bukan sekadar berjaya merampas kerajaan atau menang dalam pilihanraya. Tetapi kejayaan memecahbelahkan lawan juga termasuk dalam istilah kemenangan dalam politik.

Bagi mereka yang mempunyai asas pengajian sains politik memang telah sedia maklum hal ini. Namun bagi mereka yang tidak memahami perjalanan politik dan peperangan dalam politik, golongan ini hanya jadi pak turut. Oriantalis menamakan gulungan pak turut ini sebagai jumut atau pelampau. Ini bukan beerti kita menggunakan falsafah oriantalis untuk dijadikan menghukum tetapi inilah realiti yang wujud dalam mentaliti kita.

Sesetengahnya mendakwa telah berpuluh tahun berada dalam politik tetapi berada dalam kancah yang sama. cara fikir, cara berhujah dan cara mengatasi masalah masih menggunakan kaedah tradisional.

Sebagai seorang ahli PAS yang telah melalui beberapa proses urbanisasi. kita mendapati realiti politik kekampongan yang bersifat fanatik harus dirungkai. Globalisasi dunia hanya sebuah persepi yang di jenamakan oleh musuh-musuh Islam yang hakikatnya adalah satu proses pecah perintah dan kemuncaknya adalah penguasaan ekonomi, politik dan pengawalan kuasa sosial dalam sesebuah negara itu harus ditangani dengan strategi, toleransi dan helah. Islam menamakan pendekatan ini sebagi hikmah.

Rasullullah adalah seorang yang berhikmah kerana menggunakan pelbagai pendekatan yang ada di dalamnya strategi, tolransi dan helah dalam menguasai setiap keadaan. Perjanjian Hudaibiah yang dianggap tidak memihak kepada orang Islam tetapi dipatuhi oleh Baginda berdasarkan ianya adalah suatu perjanjian yang di persetujui bersama dengan musrikin Mekah. Akhirnya musuh terperangkap dan memberi kemenangan kepada Baginda.

Dalam realiti politik hari ini PAS tidak harus merasa diri kita tersisih disebabkan kebangkitan PKR. Berdasarkan nafsu nafsi manusia memanglah PKR akan ada musuh kerana baru usia setahun jagung tetapi mempunyai potensi yang menyakinkan rakyat pelbagi kaum sehingga mencatat kemenangan besar dalam PRU 8 Mac lalu.

Sebagai pendokong gerakan Islam di negara ini, Gabungan PAS dalam PR sememangnya sesuetu yang terbaik dalam usaha untuk menguasai pentadbiran negara. Justeru fokas yang harus diberi tumpuan bersama adalah menguasai kerajaan mengikut saluran perlembagaan yang sedia ada. Ini adalah strategi dasar yang perlukan komitmen dari PKR, PAS dan DAP secara bersepadu.

Islam tidak mengajak umatnya untuk berburuk sangka dengan rakan kerana islam berpegang kepada iman, akhlak, balasan baik dan buruk di ahkirat kelak bukan laba, habuan, kuasa, pangkat dan kedudukan. INILAH PERJUANGAN HAKIKI UMAT ISLAM DI ATAS MUKA BUMI INI.

Yakinlah sebagaimana rasullullah mempunyai keyakinan bahawa perjanjian Hudaibiah adalah kemenangan besar kepada usaha dakwah rasullullah kepada umat manusia.

Usaha tuan Guru Nik Aziz rutun kepadang menyampaikan pelbagai peneranganb kepada rakyat termasuk pemimpin2 pas sendiri bahawa usaha kesatuan di bawah PR merupakan perjuangan suci ke arah usaha Islam yang lebih besar. Ini adalah teleransi yang digunakan oleh TG nik Aziz bagi memastikan agenda 'fokas' yang sedang kita lalui ini tidak dipesongkan oleh segelintir gulungan jumut dan pelampau yang di istilahkan oleh gulungan oriantalis tadi.

Wednesday, September 24, 2008

Bahaya biarkan Mahathir berkuasa

Selepas bertindak merujuk kembali kedalam Umno setelah di pujuk oleh Muhyiddin, Mahathir seolah-olah seperti dirinya diperlukan semula setelah tersisih dan di kritik sejurus sejurus selepas bertindak ‘bercerai’ tolak satu dengan Umno.

Ketika bertindak keluar Umno beberapa bulan lalu, Mahathir membuat sumpah setia untuk tidak lagi kembali kepada ‘madunya’ ( Umno) selagi Abdullah menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno. Penganalisa politik menganggap tindakan Mahathir itu bukan sahaja sebagai protes beliau terhadap Abdullah tetapi juga untuk menguji pengaruhnya di kalangan Umno terhadap beliau.

Ternyat Mahathir kecewa kerana hanya anaknya Mohzani dan bekas Menteri Pertanian, Sanusi Junid sahaja yang bertindak keluar Umno bagi menyatakan sokongan kepada Mahathir.

Maka sedarilah Mahathir bahawa orang Umno yang dulunya menjulang beliau bagikan dewa cuma sekadar pura-pura kerana mahukan laba yang mereka pinta darinya sahaja dan bukan keikhlasan mereka.

Maka merajuklah Mahathir ibarat harimau tua yang sudah kehilangan taring dan tenaga. Yang tinggal hanyalah ngauman cuma.

Namun pergolakan yang bertambah kronik dalam Umno telah menitiskan sedikir sinar pada Mahathir. Mahathir yang dulunya dianggap sebagai lagenda Umno diperlukan untuk memulihkan Umno setelah pelbagai formula yang di gunakan gagal mengatasi kemelut dalamannya.

Abdullah pula masih liat untuk menyerah kalah dan melepaskan jawatannya kepada Najib walaupun di semua peringkat cawangan, bahagian dan tertinggi Umno menggesa beliau melepaskan jawat secepat mungkin.

Najib yang dianggap Mahathir ‘bacul selama ini tetap dengan formular ‘play safe’ supaya tidak terlepas dari di sisih Abdullah sebagai penggantinya.

Kelantangan Muhyiddin mengkritik Abdullah sejak selepas tamat Pilihanraya Umum 8 mac lalu ekoran kekelahan teruk BN mencabar krisis keyakinan pemimpin-pemimpin Umno terhadap Abdullah.

Tindakan terakhir Muhyiddin menyelar Abdullah berterusan apabila Naib Presiden itu bertindak mempertikaikan plan peralihan kuasa Abdullah –Najib pada Jun 2010. Muhyiddin yang bertindak demikian selepas Berjaya memujuk Mahathir kembali kepangkuan Umno.
Walaupun Abdullah memberikan jawapan bahawa plan peralihan Jun 2010 telah di persetujui Majlis Tertinggi dan Najib namun Muhyiddin mahukan plan peralihan tersebut lebih awal sebelum 9 Oktober 2008. Selain tempoh tersebut dianggap lama Muhyuddin juga menganggap tarikh tersebut dianggap sebagai sudah terlewat untuk menyelamatkan Umno.

Kenyataan Muhyiddin yang bermaksud ‘terlewat untuk menyelamatkan Umno’ bukanlah bermaksud Umno akan lebih berpecah dan bermasalah tetapi bermaksud Peralihan kuasa akan beralih kepada musuh politik Umno iaitu Pakatan Rakyat yang di terajui Anwar Ibrahim.

Walaupun secara luaran tekanan yang sedang mengasak Abdullah di lihat datangnya dari Muhyiddin dan beberapa pemimpin Umno lainnya seperti Tengku Razaligh Hamzah, namun proksi sebenar datangnya dari Mahathir.

Inilah juga antara prasyarat yang telah dibuat oleh Mahatahir kepada gulungan pemujuk yang datang menemui beliau. Prasyarat tersebut adalah menggunakan formular Mahathir bagi mengatasi masaalah dalam Umno walaupun itu bukanlah yang sebenarnya.

Bagi Mahathir masalah dalaman Umno adalah disebabkan Abdullah yang dianggap lembik dan lemah itu berada di kerusi tertinggi parti dan kerajaan sehingga BN kehilangan beberapa negeri kepada Pakatan Rakyat.

Congak Mahathir pula melihat kebimbangan beliau bukan berdasarkan kepada kemelut dalaman Umno/BN tetapi melihat negara ini akan di kuasai oleh musuh pribadi beliau iaitu Anwar Ibrahim.

Tidak dinafikan selepas lebih 22 tahun memerintah negara setentunya hubungan Mahathir dengan sumber-sumber maklumat dari pihak polis dan Bukit Aman masih utuh. Mahathir juga sudah tentu maklum bahawa Umno/BN sudah karam dan tak boleh lagi di selamatkan. Mahathir juga tentu sudah dimaklumkan bahawa kemaraan Pakatan Rakyat bukan lagi fenomena retorik yang dimaklumkan kepada media perdana oleh kabinet Abdullah.
Tetapi ia adalah satu gelombang peralihan yang akan melenyapkan Umno dan kerajaan BN secara total.

Kini Mahathir di bekalkan dengan beberapa tenaga seperti Muhyiddin, Ku Li dan Najib untuk menjalankan dua misi penting. Misi pertama adalah menurunkan Abdullah dari Umno dan kepimpinan tertinggi negara dan keduanya menyekat kemaraan Anwar dan Pakatan Rakayat menguasai kerajaan.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan dua strategi bagi mengadapi musuh dalaman ( Abdullah) dan musuk luaran ( Anwar), Kebimbangan Mahathir lebih kronik kepada Anwar berbanding Abdullah yang di anggap lemah itu. Meskipun media arus perdana melaporkan masalah dalaman yang di hadapi Umno dan komponennya dalam BN bagi mengalih perhatian rakyat namun hakihat sebenarnya yang di hidu Mahathir adalah pengambilalihan kuasa oleh Anwar dan Pakatan Rakyat terhadap Negara.

Pemimpin Umno sendiri menyedari masalah Umno sekarang bukanlah masalah dalaman Umno yang telah lebih 50 tahun ditubuhkan itu kerana setiap parti politik sentiasa bergelumang dengan masalah dalamannya. Umno sendiri telah beberapa kali menghadapi masalah dalaman yang semuanya dapat di tangani.

Kini rakyat terpaksa di kaburkan dengan momokan politik yang sedang dialami Umno/BN. Sedangkan Umno hari ini terpaksa menggunakan tenaga orang pencen seperti Mahathir untuk menyelamatkan kerajaan BN dari kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat

Justeru, ramai dikalangan pemerhati politik dan penulis membayangkan akan terdapat puluhan tangkapan ISA sekiranya Mahathir menjadi Perdana menteri ekoran krisis ‘operasi lalang 2’ ala Abdullah baru-baru ini.

Malah pelbagai lagi konspirasi akan di kenakan ke atas Anwar sehingga membawa kepada tangkapan dan tahanan yang lebih kejam akan dilakukan terhadap bekas timbalannya itu. Apatah lagi Mahathir yang memeng terkenal dengan seorang yang kuat berdendam.

Disebabkan Mahathir mempunyai sifat pendendam itulah dia menyangka sesiapa pun akan mempunyai sifat dendam seperti beliau. Lantaran itulah kebimbangan dan ketakutan beliau terhadap kemunculan kelibat Anwar tidak boleh di sangkal lagi.

Ketika ditanya wartawa awal bulan ini berhubung tindakan beliau sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, Mahatahir menjawab beliau akan lari ke luar negeri.


Berdasarkan fakta kesihatan dan usia secara amnya Mahathir tidak alagi akan dilantik menjadi Perdana Menteri. Malah Mahathir sedar sesiapa pun menjadi Perdana Menteri dari kalangan orang Umno , beliau akan terus mendapat ‘imuniti’ dari apa-apa tindakan dan undang-undang. Beliau juga terlepas dari tindakan disiplin bila mengkritik Abdullah secara terbuka selepas pilihanraya 8 Mac lalu.

Secara politik Mahathir dianggap merbahaya bukan sahaja kepada Anwar malah kepada Umno sendiri. Mahathir merupakan seorang pemimpin yang suka menggunakan kekerasan, fitnah, rasuah, kronisme dan sanggup menggadai institusi kehakiman dan kepolisian demi kepantingan beliau. Inilah imej yang telah meletakkan Umno dan kerajaan paling tercemar di mata dunia.

Friday, September 19, 2008

PR - mampukah pertahan hak orang Melayu

Memang tidak di nafi, perjuangan Anwar Ibrahim mendapat sokongan rakyat pelbagai kaum, paling ramai adalah masyarakat cina dan India yang menganggap Anwar mampu memberikan keadilan kepada semua kaum. selam ini kaum-kaum ini tertindas dibawah rejim Umno/BN yang dianggap terlalu mengamalkan sukuan dan kroni.

Anwat juga dalam syarahan beliau keseluruh negara memberi jaminan bahawa seluruh rakyat akan di beikan hak samarata dan sama rasa. Dalam hubungan ini apakah hak orang melayu akan turut disamaratakan dengan kaum-kaum lain.

Penjelasan dan perincian ini seharusnya di teliti Anwar dan gagasan PR kerana jika di abaikan ia akan terus diamainkan oleh musuh politiknya. Orang melayu juga perlu diyakinkan dengan persoalan hak mereka yang terjamin.

Asas mengatakan hak melayu terjamin dalam perlembagaan tidak boleh di jadikan alasan kerana apabila kerajaan bertukar, perlembagaan juga boleh di ubah mengikut kesesuaian kerajaan baru. Ini yang di bimbangi orang melayu secara pukal.

Perlu di ingat juga sokongan yang diberikan pelbagai kaum pada PR bukan sekadar bencikan Umno/BN yang telah terpesong dari membela rakyat tetapi rakyat tidak mempunyai pilihan selain Anwar dan PR.

JUSTERU MENANGANI PERMASALAH HAK OANG MELAYU SEHARUSNYA DILAKUKAN SECARA SERIUS AGAR ORANG MELAYU LEBIH BERSEDIA MENERIMA PR YANG MAMPU MEMBELA NASIB MEREKA BERBANDING BN YANG TERNYATAKAN MENGECEWAKAN MEREKA.

916 to 923

Angin bertiup kencang mengenai perubahan kuasa dari BN kepada Pakatan Rakyat (PR) hinggakan kesan kejatuhan ekonomi negara dan dunia sekarang kurang diteliti rakyat negara ini.
Perubahan senario politik menjadi agenda lebih utama berbanding isu lain kerana ia melibatkan agenda hidup kita dalam negara. Selain itu akan berlaku beberapa hal yang sering terjadi apabila berlaku perubahan kuasa dalam sesebuah negeri dalam dunia ini.

Usaha Anwar dan PR menggunakan pelbagai hikmah untuk menjadikan proses peralihan kuasa menjadi lebih licin dan teratur seharusnya di puji. Proses peralihan kuasa di peringkat negeri-negeri ekoran pilihanraya Mac lalu tanpa melibatkan sebarang insiden tidak di ingini membuktikan kematangan rakyat di negara ini melihat percaturan politik seca sihat.

Pelbagai sabotaj yang diserang oleh UMNO terhadap negeri-negeri yang ditawan PR menjadikan mereka seolah-olah mereka 'gila talak'. Hakikat ini juga akan berlaku apabila negara ini mengalami perubahan kuasa kelak. apatah lagi perubahan kuasa kali ini bukan melalui pilihanraya tetapi melalui penolakan rakyat kepada BN serta PR di lihat lebih memberi keyakinan untuk memeintah berbanding BN.

Apa pun saluran diplomasi yang meletakkan kesan peralihan kuasa dari menyegerakan proses peralihan kuasa dilihat lebih matang dan berpandangan jauh. Melewatkan proses dari 916 kepada 923 akan menjadi lebih luna dan bererti apabila ia berjaya di realitikan setelah segala sumpah seranah dibuat BN untuk rakyat kepada PR ekoran tidak berlaku peralihan kuasa pada 916.

Walau apa pun angkanya rakyat sekarang rata-trata memperkatakan proses peralihan kuasa yang sengaja diwar-warkan peralihan kuasa dalam kerajaan BN antara Abdullah dan Najib oleh Umno sedang realitinya perubahan kuasa yang lebih besar dijangka berlaku.

Wednesday, September 17, 2008

Pembuktian dan Penipuan sains

Manusia berasal dari beruk?

Sejak bermulanya asas falsafah di zaman tamadun Greek purba pelbagai anggapan dan tanggapan berhubung kewujudan alam semesta yang asalnya tiada kepada kewujudannya mula di perkatakan. Lantaran ketiadaan sumber rujukan, masyarakat Greek menerima segala pendapat yang di ketengahkan oleh golongan bijak pandai ketika itu yang terdiri dari ahli-ahli falsafah mereka.

Manakala kebanyakan dari ahli-ahli falsafah ini terdiri golongan anti agama yang menganggap falsafah dan sains mesti diterjemahkan dalam kontek dan bentuk fakta dan nyata. Justeru selain dari konsep pembuktian dan kelojikan ia tidak dapat diterima oleh sains dan falsafah mereka.

Ketika itu dunia dan segala cakerawala dianggap sebagai terwujud dengan sendiri tanpa ada penciptanya. Walaupun ketika itu telah wujud agama-agama semawi ( bersumber dari wahyu) dan adanya para nabi namun kebanyakan mereka menolak di sebabkan agama semawi mengandungi peraturan yang terpaksa di patuhi.

Keingkaran mereka menerima peraturan yang telah disampaikan oleh para nabi-nabi mengakibatkan mereka menolak wujudnya tuhan dan menerima falsafah para cerdik pandai di zaman mereka.

Justeru tidaklah sesuatu yang memelikkan bila di zaman yang serba moden dan canggih ini terdapat jutaan manusia yang tidak beragama ( ethies) serta menolak pandangan bahawa dunia dan seisi alam di diciptakan oleh Pencipta yang Agong..

Kini teori naturalisme ( logic dan semula jadi) dan meterialisme (kebendaan dan asas logik) menjadi pegangan kepada kebanyakan ahli sains yang menolak kewujudan pencipta alam. Teori Darwin yang menyatakan dunia dan seluruh penghuninya terlibat dalam proses evolusi atau perubahan secara beransur-ansur mendominasi banyak pemikiran manusia yang beragama maupun tidak.

Rentetan dari teori inilah wujudnya tanggapan bahawa manusia berasal dari beruk yang telah mengalami proses evolusi selama jutaan tahun. Malah semua benda hidup di atas muka bumi ini juga di anggap berasal dari benda lain setelah melalui proses evolusi.

Selama beberapa dekad falsafah evolusi ini bertapak dalam mata pelajaran sains tulin ( pure science) yang digunakan dalam system pendidikan awal hingga kepada peringkat pendidikan sains di peringkat kedoktoran. Kesan dari penerimaan masyarakat dunia ke atas teori dan hukum sains tulin ini telah melahirkan berjuta-juta umat manusia di seluruh dunia tunduk kepada kuasa alam semula jadi dan bukannya kepada pencipta yang mencipta alam semula jadi.

Pembongkaran pembohongan melalui penemuan DNA dalam dunia sains pada 1955 oleh saintis James Watson dan Francis Crick telah memberi malu yang besar kepada penganut taksub naturalisme dan meterialisme. Sebelum ini secara bongkak ahli-ahli arkeologi sewenang-wenangnya memberikan gambaran lengkap secara fizikal berdasarkan penemuan yang mereka temui.
Bayangkan dari secebis fosil yang ditemui, secara terus ahli arkeologi dan para saintis tersebut melakarkan keseluruhan bentuk fizikal serta masyarakatnya bagi memaklumkan kepada penduduk dunia supaya menerima pendapat mereka.

Namun penemuan sains di abad ke 21 telah memberi banyak pembuktian bahawa teori-teori tersebut adalah lapuk dan ketinggalan zaman. Penemuan DNA yang mampu menghurai dan mempunyai pelbagai maklumat mengenai bentuk, sifat fizikal hingga kepada struktur organ dalaman serta genatik yang terdapat pada penemuan arkeologi telah banyak menjadikan teori-teori naturalisme dan meterialisme sebagai timbunan sampah sejarah.

Penemuan DNA ini secara terus menyangkal pendapat bahawa manusia berasal dari makhluk beruk dan mawas. Hasil kajian ke atas struktur dalaman dan genatik dua haiwan ini di dapati ia sesuatu yang tidak mungkin terjadi. Apa yang menakjubkan hasil kajian yang di anggap mengalami proses perubahan secara perlahan-lahan ( evolusi) ke atas haiwan dan tumbuhan mendapati semua fakta tersebut adalah amat bercanggah dan tidak benar.

Namun apa yang di temui adalah setiap satu haiwan dan tumbuhan yang dianalisa dengan kaedah DNA mendapati ia wujud secara mendadak yang tidak diketahui asasnya serta berasingan dan setiap satunya tidak mempunyai hubungan evolusi.

Lebih menakjubkan lagi perubahan tersebut bukan sahaja tidak mengalami perubahan dalam bentuk fizikal tetapi tidak berlaku dalam peringkat molikul dan sel lagi iaitu peringkat terawal sebelum berlakukanya sebarang perubahan fizikal.

Justeru yang malangnya semua pembongkaran dan teori-teori salah tersebut tidak dimaklumkan untuk pengetahuan umum kerana ia akan menghilangkan keyakinan manusia kepada teori-teori falsafah. Akibatnya jutaan umat manusia masih taksub berpegang teguh kepada teori-teori semula jadi dan kebendaan.

Asas kefahaman antara pencipta dan Makhluk

Sebelum kita memperjelaskan hubungan antara Pencipta, manusia dan dunia adalah lebih baik diberikan sedikit gambaran ringkas berhubung hubungan antara pencipta dengan yang diciptakannya.

Sebagai contoh manusia yang mencipta baju dari lembaran kain. Hasilnya didapati baju tersebut tidak menyerupai manusia yang membuat baju. Begitu juga ulat sutera yang menghasilkan sutera sehingga boleh ditenun menghasilkan kain sutera. Ini juga memberikan satu lagi bukti bahawa kain sutera dan ulat sutera tidak sama.
Manusia juga mencipta kereta tetapi manusia tidak menyerupai kereta yang di ciptanya. Malah terdapat jutaan contoh yang boleh dibuat perbandingan yang merumuskan bahawa semua apa yang diciptakan itu tidak sama dengan penciptanya.

Dengan memahami perbandingan ini adalah mudah untuk kita membuktikan pembuktian asas bahawa Allah yang Maha Pencipta itu tidak akan sama dengan apa yang di ciptakaNya. Ciptaan Allah merangkumi segala makhluk yang terdapat didalam tanah, air, api, angin dan segala cakerawala ini. Allah tidak menyamai makhluk kerana makhluk ini di ciptakanNya.

Pembuktian sains bahawa dunia ini fana ( tiada)

Hakikat dunia yang kita ketahui dan yang ada di hadapan kita adalah berdasarkan apa yang di takrif oleh pancaindera kita seperti yang kita lihat dengan mata, sentuh dengan tangan, dengar dengan telinga, rasa dengan lidah dan hidu dengan hidung.

Apa yang akan terjadi sekiranya mata menjadi buta atau telinga menjadi pekak maka hilanglah sebahagian dari dunia yang dimiliki. Begitu juga dengan kehilangan pancaindera yang lain. Tetapi apabila seseorang itu kehilangan kesemua pancainderanya maka ia tidak mampu hidup lalu ia akan dimatikan.

Sains moden hari ini mampu mendedahkan bahawa pusat kepada semua pancaindera tadi adalah di otak yang bertindak sebagai penafsir atau penterjemah.

Kesimpulannya, dunia yang kita saksikan sekarang hanya merupakan dunia yang terbentuk dan ditafsir di dalam otak kita semata-mata. Persoalannya apakah otak yang seolah-olah berfungsi sebagai ‘dunia dalaman’ ini merupakan hakikat sebenar objek sebagaimana yang ditafsirkan oleh otak melalui pancaindera kita.

Sebagai contoh, 10 orang yang ditugaskan untuk melalui sebatang jalanraya, apabila di suruh menceritakan pengalaman yang di temui sepanjang jalan tersebut kita akan temui kesemua mereka menceritakan pengamatan dan pengalaman yang berbeza.

Demikianlah bagaimana Allah menjadikan dunia ini sebenarnya adalah berasaskan dari persepsi atau tanggapan yang di takrif oleh otak melalui pancaindera kita semata-mata. Hakikatnya dunia ini hanya wujud dalam ‘dunia dalaman’ otak semata-mata.

Sebagai contoh seorang yang dianggap gila atau apabila ia dikatakan hilang akalnya segala pancainderanya tidak berfungsi sebagaimana orang biasa dan ada yang sesetengahnya dapat melihat perkara-perkara yang tidak di lihat oleh manusia biasa. Begitu juga halnya yang dirasai oleh orang biasa tetapi tidak dinikmati oleh orang yang hilang akalnya tadi.

Begitu juga pa yang lebih ketara ialah butir pertuturan dan percakapan manusia yang di anggap hilang ingatan ini dianggap tidak logic malah manusia yang di anggap gila itu juga menganggap semua perbuatan dan pertuturan manusia lain adalah tidak logic baginya.

Apa yang nyata setiap imej yang di ciptakan Allah itu akan membentuk pelbagai persepsi/ tanggapan /prasangka / andaian oleh manusia dalam pelbagai sudut. Otak yang di cipta Allah merupakan dunia kecil yang membentuk dunia dalaman bagi manusia yang mencorak, mencetus dan menghasilkan pelbagai dimensi berhubung sesuatu imej dan gambaran.

Sedang hakikatnya otak merupakan ketulan-ketulan daging dan darah serta saraf yang terkandung di dalamnya jutaan neuron yang bertindak balas sebagai penghubung dan penyampai maklumat.

Realitinya, Dunia merupakan himpunan imej-imej dan rupa bentuk yang di bentuk di otak manusia semata-mata. Imej dan gambaran ini pula dicipta untuk menguji manusia. Manusia pula menerima ujian sepanjang hayatnya berdasarkan kepada persepsi-persepsi yang tidak ada realitinya. Persepsi ini sengaja dijadikan dengan pelbagai bentuk keindahan dan kecantikan yang bersesuaian dengan hawa nafsu manusia bagi tujuan menguji manusia.

Ramai dikalangan manusia tertipu oleh tanggapan dan prasangkanya sendiri. Wujudnya pelbagai bentuk kedurjanaan dan kebinasaan yang menjadikan dunia ini tungganglanggang serta tidak aman di sebabkan persepsi berhubung dunia kecil yang terbentuk di dalam setiap otak kita.

Perebutan dan ketamakan untuk menguasai dan memiliki imej-imej atau gambaran yang dihasilkan melalui pancaindera ini sebenarnya merupakan tindakan bodoh yang melucukan.

Gambaran imej yang disebut dunia dan se isinya itu hanya bermanfaat ketika pancaindera dan otak masih berfungsi, andai sebaliknya segala khazanah yang ada di atas muka bumi ini baik di daratan, lautan maupun di angkasa sudah tidak berguna lagi. Malah ia juga boleh dianggap tidak wujud lagi.

Justeru wujudnya alam ini adalah dari kebijaksanaan Allah dalam menjadikan kewujudan segala sesuatu yang dapat di tafsir oleh otak (akal) semata-mata. Dengan perantaraan panca indera ( mata, telinga, hidung, kulit, lidah ), perasaan yang di cetuskan dari prasangka/tanggapan/ persepsi/ andaian akan di hasilkan oleh otak lalu dibawa ke hati untuk dibuat sesuatu ketetapan dan kesimpulan.

Demikian itulah mengapa para aulia berkata dunia ini hakikatnya tidak wujud yang wujud hanya Allah semata-mata.

Pengalaman yang pernah di ceritakan oleh para aulia dan para-para wali Allah mengembara di pelbagai alam seperti alam ruh, alam kubur, alam malakut, alam jabarut, alam lahut dan sebagainya membuktikan dunia ini hanyalah satu alam yang di wujudkan dalam otak makhluk di bumi semata-mata. Di sebabkan fitrah Allah menjadikan makhluk di bumi ini untuk hidup di alam dunia ini maka dibukakan Allah untuk makhluk di planet dunia ini untuk melihat, marasa, menghidu, menyentuh dan mendengar apa yang terdapat di atas muka bumi ini.

Begitu juga dengan jutaan trilian alam atau plenet lain yang diciptakan Allah di langit yang mana manusia tidak ada pengetahuan untuk melihat, mendengar, menyentuh, menghidu dan merasa dengan jelas dan terang. Melainkan kita hanya melihat dengan terlalu kabur, kecil bagaikan satu noktah penanda dan hanya dapat di lihat di malam hari bagi sesetengah planet dan bagi yang sebahagian lagi tidak kelihatan.

Ini di sebabkan alam atau planet tersebut bukan milik yang di amanahkan untuk manusia melainkan di wujudkan Allah untuk manusia membuat perbandingan dan berfikir bagi penyaksian kebesaran Allah

Begitulah juga dengan hakikatnya planet bumi ini yang secara maknawinya ia terlalu kecil, kabur dan seakan-akan tidak wujud dan tidak dapat di lihat tetapi ia ‘di besarkan’ oleh makhluk yang menetap di atas muka bumi ini. Proses ‘pembesaran’ yang membentuk kewujudan objek yang mempunyai pelbagai dimensi ini pula di tafsir oleh otak melalui pancaindera seperti mata, telinga, hidung, telinga dan kulit yang di jadikan Allah untuk mereka. Justeru tanpa pancaindera ini segalanya tidak wujud pada makhluk tersebut.

Begitu juga dengan orang yang telah meninggal dunia dan hidup di alam barzah atau di alam ruh yang mana penglihatan, pendengaran dan segala panca indera mereka tidaklah sama dengan panca indera kita yang masih hidup.

Pancaindera mereka yang ada di alam kubur tidak menggunakan pancaindera jasad seperti ketika mereka hidup di atas dunia dahulu tetapi mereka menggunakan pancaindera ruh. Lantaran itulah persoalan malaikat Mungkar dan Nakir akan dijawab oleh ruh mereka bukannya ilmu yang di miliki jasad ketika mereka masih hidup.