Saturday, October 25, 2008

Skandal Najib yang tidak terjawab

Bakal Perdana Menteri ke-6, Najib Razak perlu membersihkan dirinya dari segala skandal yang melibatkan pelbagai kes sebelum menerajui kepimpinan negara secara sah. Ini penting kerana Perdana Menteri atau pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara itu merupakan cermin yang memberi imej terhadap negara dan rakyatnya. Sekiranya pemimpin tertinggi negara tersebut bersih dari pelbagai kes dan skandal ia akan memberikan imej yang baik pada negara serta rakyat.

Ini akan memberi pelbagai kebaikan kepada negara seperti keyakinan pelabur untuk melabur, menggalakan kedatangan pelancong, memudahkan hubungan perdagangan, memesatkan industri pendidikan dan pelbagai kebaikan yang akan memberi manfaat kepada negara.

Sebaliknay sekiranya negara ini diterajui oleh pemimpin yang penuh dengan skandal, rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain kes yang membabitkan nilai moral maka pelbagai masalah akan dialami oleh negara tersebut yang akhirnya akan mengakibatkan rakyat akan menderita.Apa yang lebih menakutkan apabila negara ini akan di lebel sebagai negara korupsi sebagaimana berlaku di beberapa negara di Afrika disebabkan pemimpin mereka yang dipenohi dengan pelbagai salah laku dan skandal.

Masih terdapat pelbagai persoalan yang melibatkan skandal yang tidak diberi respon oleh Najib. Najib seharusnya memberikan jawapan secara berfakta kerana isu-isu yang dikaitkan terhadap beliau di kemukankan oleh Ahli-Ahli Parlimen ketika dewan rakyat bersidang. Ini membuktikan bahawa kes dan skandal yang dikaitkan terhadap beliau bukanlah suatu rekaan atau sekadar kabar angin tetapi kenyataa-kenyatan berfakta yang dimemerlukan jawapan khusus dari Najib.

Pada 26 September lalu kerajaan mengumumkan akan menggantikan helikopter Nuri kepada Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis sebanyak 12 buah dengan harga tawaran RM2.317 billion atau RM193 juta sebuah.Laman Defense Industry Daily melaporkan keputusan kerajaan Brazil turut membeli helokopter tempur yang sama dengan harga RM83 juta sebuah.Berdasarkan harga tersebut didapati setiap unit yang dibeli kerajaan terdapat perbezaan sebanyak RM193.08 juta atau 233 peratus lebih tinggi dari tander yang di perolehi kerajaan Brazil.

Najib yang ketika itu masih menjawat jawatan Menteri Pertahanan dilaporkan meluluskan tender pembelian Eurocopter tersebut secara tergesa-gesa.

Najib juga tidak memberi apa-apa komen berhubung dakwaan menerima komisyen sebanyak RM 530 juta hasil dari pembelian dua kapal selam Scorpene dan Agosta buatan Perancis. Pembelian kapal selam yang diurus oleh syarikat milik Abdul Razak Baginda yang sedang menghadapi tuduhan pembunuhan ke atas model Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Julai lalu, Penyiasat persendirian Razak Baginda, Balasubramaniam Perumal melalui akuan bersumpahnya bahawa beliau telah dimaklumkan oleh Razak yang Altantuya menuntut komisyen USD500 ribu. tuntutan itu ekoran perjanjian pembelian kapal selam jenis Scoppene dan Agosta dari Perancis bernilai RM4.6 billion oleh kerajaan melalui syarikat Primaker Sdn Bhd dan Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki Razak Baginda.

Bala juga pernah diberitahu Razak bahawa Najib telah memberitahu beliau (Razak) yang Najib pernah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya dan Altantuya juga tidak kisah jika di liwat.

Bala juga turut mendedahkan Najib telah menghubungi Ketua Polis Negara , Musa Hassan pada hari Razak di tahan pada pertengahan November 2006 melalui sms. Melalui sms itu Najib memaklumkan pada Razak "saya akan jumpa IGP 11 pagi hari ini.... isu ini akan di selesaikan ... bertenang"

Akuan bersumpah Bala yang dibuat ketika sidang media oleh Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim di Petaling Jaya pada 3 Julai lalu juga ada menyatakan bahawa Razak, Najib dan Altantuya telah bersama-sama menghadiri makan malam di Paris.

Kenyataan ini di kuatkan lagi dengan kenyataan sepupu Altantuya, Burmaa yang memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau ada melihat gambar Altantuya sedang makan malam di Paris bersama Najib dan Razak. Burmaa juga memaklumkan dua nama mereka ( Najib dan Razak) mudah di ingatinya kerana hubungan nama mereka saling berkait.

Laman web Malaysia today milik Raja Petra Kamarudin pula mendedahkan kes Najib dalam artikul beliau "Salah guna kuasa Timbalan Perdana Menteri. Pendedahan tersebut ada menyebut kewujudan beberapa pertukaran sms antara Najib dan peguam Muhammad Shafee Abdullah dalam tempoh hampir sebulan bermula 8 November hingga 2 Disember 2006.

Penahanan Raja Petra di bawah ISA besar kemungkinan di sebabkan oleh tindakan kerajaan dan Najib yang cuba menyembunyi pelbagai maklumat Najib dari di ketahui umum.

Tindakan Najib tidak memberi sebarang ulasan berfakta bagi menangkis segala skandal yang dihadapkan kepada beliau menjadikan isu ini semakin ingin diketahui oleh seluruh rakyat.

Repot polis dan BPR telah dibuat ke atas skandal-skandal Najib telah dibuat oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) bagi memberikan bukti bahawa negara ini perlu bebas dari ditabdir oleh penjenayah.

2 comments:

Anonymous said...

pohon saya akan merujuk sedikit tulisan sdr "Skandal Najib yang tidak terjawab".insyaalah bagi menambah fakta-fakta baru, kerana saya kini sedang merancang untuk menulis buku terbaru. Insyaalah jika Allah berikan kekuatan

Mat Zahari Ali said...

silakan.... sdr saya izinkan