Tuesday, October 28, 2008

Sejarah penciptaan manusia


Malaikat ditugaskan mengambil tanah di dunia

Telah diriwayatkan bahawa ketika Allah swt ingin menjadikan penghuni di atas muka bumi, maka bertasbihlah segala para malaikat sambil meminta agar mereka dijadikan sebagai penghuni. Para malaikat memberikan alasan bahawa mereka adalah dari gulungan yang sentiasa patuh dan taat pada perintah Allah dan sudah tentu tidak akan melakukan sebarang kerosakan di atas muka bumi.

“Ingatlah waktu Tuhan berkata kepada malaikat bahawa sesungguhnya Aku akan melantik seorang khalifah di muka bumi. Malaikat menjawab, kenapa Engkau angkat orang yang buat binasa di bumi itu dan menumpahkan darah?. Padahal kamilah yang tetap selalu mensucikan dan memuji Mu. Firman Allah swt” Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” ( Al- Baqarah : 30)


Lalu Allah memerintah kan malikat Jibril as turun ke dunia meminta izin untuk mengambil tanah di tujuh tempat di atas dunia bagi dijadikan penghuni dunia.

Apabila Jibril sampai di muka dunia didapati dunia ini berada dalam keadaan gelap berkabus serta sejuk lalu ia memberi salam. Selepas salam tersebut dijawab oleh dunia maka berkatalah Jibril mengenai perintah Allah dan maksud kedatangannya ke dunia.

Lalu bertanya dunia kepada Jibril “apakah tugas lain yang ditugaskan oleh Allah kepada mu wahai Jibril”. Jibril menjawab “ Aku adalah ketua bagi segala para malaikat dan tugasku menyampai wahyu”.

( Penjelasan Jibril tersebut adalah di sebabkan sebelum umat manusia tercipta Jibril dan para malaikat telah menjalankan tugas masing-masing kepada kaum jin yang lebih dahulu hidup yang tempoh masanya tidak diketahui – Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kisah ini di jelaskan Allah dalam surah Al-Hijr ayat 27 yang bermaksud “ Dan Kami telah ciptakan jin sebelumnya dari api yang sangat panas” )

Dunia bertanya “ apakah yang dilakukan oleh kaum yang sebelum kamu mendatangi mereka dengan wahyu dari Allah”. Jibril menjawab “ kaum tersebut menlakukan kerosakan dan kebinasaan yang amat besar”.

“ Apalah pula hal mereka setelah kamu mendatangi mereka dengan wahyu” Tanya dunia lagi.

“Ada sebahagian dari mereka beriman dan sebahagian lagi tetap melakukan kekufuran” Jawab Jibril.

“Gulungan mana yang lebih besar” Tanya dunia lagi

“gulungan yang melakukan kerosakan (kufur)” jawab Jibril lagi.

Lalu dunia pun menangis sambil berkata kepada Jibril “ Wahai ketua pada segala para Malikat aku bersaksi kepada mu agar Allah mengampunkan segala dosa ku kerana aku tidak sanggup dan amat takut untuk menanggung beban kekufurann ini”

Lalu kembalilah Jibril mengadap Allah setelah gagal mendapat keizinan dari dunia. Kemudiannya Allah mengutuskan Malaikat Mikail as bagi memujuk dunia untuk di izinkan mengambil tanah di tujuh tempat di dunia.

Setelah memberi salam dan menyatakan hasrat mengambil tanah, dunia pun bertanya “ Apakah tugas kamu sebelum ini wahai Mikail”

Mikail menjawab “ tugasku memberikan nikmat dan rezeki kepada makhluk yang diperintahkan Allah kepada ku”.

“ Sejak bilakah nikmat rezeki mu yang kau berikan pada makluk itu “ Tanya dunia

“ sejak mula tercipta sehinggalah ia mati” jawab Mikail.

Lalu dunia bertanya lagi “ dengan nikmat rezeki itu apalah hal makhluk itu”

“Ada dikalangan mereka yang bersyukur dan ada yang tamak haloba serta bermusuhan sesama sendiri” Jawab Mikail

“ Gulungan manakah yang lebih “

“ Gulungan yang tidak bersyukur ( tamak haloba)” Jawab Mikail. Mendengar jawapan tersebut menangislah dunia sambil berkata” Wahai Mikail utusan Allah pada dunia, aku bersaksi kepada mu agar Allah mengampunkan segala dosa ku kerana aku tidak sanggup dan aku takut menjadi kaum yang tidak tahu bersyukur”

Kemudiannya Allah mengutuskan Malaikat Israfil mendatangi dunia. Lalu dunia bertanya apakah peranan Israfil sebelum ini lalu dijawab nya bahawa sebelum ini tugasnya meniup sangkakala.

Bertanya dunia lagi “ apakah yang kamu saksikan keadaan kaum sebelum kamu meniup sangkakala”

“ada yang beriman dan ada yang biadap serta sombong” Jawab Israfil

“ Berapakah bilangan mereka “ sambung dunia

“ bilangan yang beriman terlalu sedikit dan kaum yang biadap dan sombong teramat ramai” Jawab Israfil. Maka menangislah dunia dengan sebenar-benar tangisan kerana takut pada nasib yang akan menimpanya sekiranya di izinkan Israfil mengambil tanah untuk dijadikan penghuni di atasnya.

Lalu berkatalah dunia “ Wahai Israfil utusan Allah untuk menemui dunia, aku bersaksi agar Allah mengampunkan segala dosa ku kerana aku amat takut dan tidak sanggup bertanggungjawab ke atas kaum yang biadap dan sombong”.

Kemudian Allah perintahkan Malaikat Izrail as untuk menemui dunia. Selepas membalas salam dunia bertanya kepada Izrail “ Apakah tugas mu”

Izrail menjawab “ tugasku sebelum ini adalah sebagai pengambil nyawa”
“apa yang kau saksikan ketika mengambil nyawa kaum itu” Tanya dunia lagi.
“ Ada antara mereka amat takut dan ada yang redha” jawab Izrail
“Mengapa hal itu terjadi” Tanya dunia minta kepastian
Izrail menjawab “ yang takut kerana mereka melakukan banyak perkara maksiat dan keburukan dan yang redha kerana mereka dari kaum yang takut pada tuhan mereka serta melakukan kebaikan dan takut melakukan keburukan”
“berapakah bilangan yang melakukan kebaikan dengan keburukan” Tanya dunia
“Satu berbanding sepuluh ribu” jawab Izrail

Lalu menangislah dunia dengan tangisan yang teramat sangat. Kemudian dunia berkata “ dengan kebesaran dan kemuliaan amanah Allah yang dipertangungjawabkan pada mu urusan mencabut nyawa, kembalilah kamu mengadap tuhan mu dan pohonlah juga keampunan untuk ku wahai Izrail”

Lalu Izrail berkata “ Apakah yang menyebabkan kamu tidak mengizinkan aku menjalankan perintah Allah ini”
Jawab dunia “ Aku takut untuk mempertanggungjawab apa yang akan dilakukan oleh penghuni yang akan mendiami aku kerana mereka banyak melakukan kekufuran, tidak bersyukur, biadap dan sombong,banyak melakukan maksiat dan tidak redha dengan ketentuan tuhan mereka”
Sambung dunia lagi “Aku takut dan malu pada kamu dan Allah kerana telah memperlihatkan sifat-sifat ku dari segala penjelasan kamu.”

“Berapakah bilangan kamu dari gulungan Malaikat” Tanya dunia lagi
Izrail menjawab “ lebih banyak dari bintang di langit dan lebih banyak dari butiran pasir di bumi”

Murunglah wajah dunia mendengar penjelasan Izrail kerana memikirkan sekiranya dia masih tidak membenarkan Izrail mengambil tanah maka Allah akan mengantar malaikat-malaikat lain untuk meminta izin dari nya. Maka akan lebih banyak lagi sifat-sifat keburukannya akan diketahui. Justeru lantaran takut, malu dan bimbanglah dunia dengan keadaan tersebut.

“izinkan aku mempersembahkan hal mu pada Allah swt” kata Izrail

Selang beberapa ketika muncullah semula Izrail. ” Allah swt telah memberi tawaran yang menyenangkan mu, wahai dunia”
“Apakah itu wahai Izrail” kata dunia

Kata Izrail, Allah telah menetapkan perjanjian dengan dunia dengan beberapa hal antaranya;

1. Setiap butiran tanah yang di ambil dari dunia akan dipulangkan semula. Lantaran itu setiap kaum yang mati akan dikebumikan dengan kemuliaan.
2. Dunia tidak bertanggungjawab ke atas setiap perbuatan yang dilakukan oleh penghuni yang menetap di atasnya.
3. Sebagai balasan dunia juga diberi peluang untuk melihat keadilan Allah menghukum kaum yang kufur, tamak haloba ( tidak bersyukur), pelaku maksiat dan kerosakan melalui siksaan kubur.
4. kehidupan di dunia hanya tempat ujian dan sementara.

Mendengar penjelasan tersebut maka dunia pun mengizinkan Izrail untuk mengambil tanah di tujuh tempat di dunia. Maka terbentuklah tujuh lautan yang terdapat di atas dunia ini.

Firman Allah ‘ Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan menjadi tinta ditambah kepada tujuh lautan lagi sesudah keringnya nescaya tidak akan habis ditulis kalimah Allah” ( Luqman :7)

bersambung ......

2 comments:

Unknown said...

Salam buat tuan,

Maklumat yang cukup bagus dan mengisafkan kalau yang mahu berfikir.

Kedurjanaan manusia kita semua sudah lihat di masa hayat ini. Cuma hukuman Allah yang belum kita lihat dan rasa. Dalam itu Allah tetap Maha Pengampun, Maha Penyang dan Maha Mengasihani..... kebajikan yang sedikit dibalasnya dengan berganda. Tetapi manusia tetap alpa dan tamak haloba.

Sesamalah kita renung, kita hisab diri kita sendiri... di manakah kita, siapakah kita, apakah tujuan Allah wujudkan kita di dunia ini... muhasabahlah diri.

Mat Zahari Ali said...

benar tu bang