Thursday, October 16, 2008

Pendendam yang kembali berkuasa

Pada 12.35 tengah hari, 19 Mei 2008 ,Bekas PM, Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno di hadapan 1000 ahli Umno di Kedah. Pengumuman ini dibuat Mahathir ekoran kekalahan teruk BN dalam PRU ke-12, 8 mac lalu. Susulan kekalahan itu Mahathir mendesak PM, Abdullah Badawi meletak jawatan.

Setelah Abdullah tidak melayan tuntutan melepaskan jawatan sebagai PM /Presiden Umno/ Pengerusi BN, Mahathir kecewa. Dari kekecewaan itu timbullah kebebalan sehingga sanggup membakar kelambu dek kerana marahkan seekor nyamuk.

Kebimbangan Mahathir terhadap Abdullah bukan di sebabkan Abdullah lemah tetapi beliau merasakan pembangkang juga mahukan supaya Abdullah terus berkuasa. Ini di sebabkan dengan kelemahan Abdullah , pembangkang akan memanfaatkan kelemahan tersebut untuk menguasai negara dalam PRU akan datang.

Sebagai seorang perancang yang pernah memerintah negara selama 22 tahun, Mahathir dapat melihat pola yang berlaku dalam PRU lalu amat merbahaya kepada survival politik Umno dan dirinya sendiri. Kecemerlangan prestasi PKR yang di tunjangi musuh politik paling di takuti beliau Anwar Ibrahim meraih kemenangan besar dalam sejarah politik Malaysia di congak sebagai suatu aliran yang harus disekat menggunakan apa cara sekali pun.

Kelibat dari karisma Anwar dirasakan beliau secara terang lagi bersuluh. Dari kemenangan satu kerusi di Permatang Pauh oleh Wan Azizah pada PRU 2004 dan melonjak kepada kemenangan 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN ditafsir beliau sebagai kemenangan melampau.

Di atas tekanan inilah Mahathir terus menyalahkan Abdullah walaupun Najib adalah pengarah pilihanraya Pusat pada PRU lalu. Abdullah di asak Mahathir dari pelbagai sudut dengan pelbagai jenama yang mengaibkan sehingga memaksa Abdullah bertindak balas.

Kesan dari tindakbalas Abdullah yang selama ini berdiam diri akhirnya memaksa Mahathir bertindak berada di luar gelanggang.

Mahathir yang terkenal dengan sikap pendendam itu bertindak keluar dari Umno di sebabkan beberapa faktor.

1. Setelah lebih 4 tahun meninggalkan kerajaan, Mahathir merasakan pengaruhnya semakin longgar. Pandangannya tidak lagi di dengari. Namun sebagai usaha untuk menguji populariti beliau, tindakan keluar dari Umno sebagai menguji sejauh mana sokongan orang Umno terhadap beliau. Apa yang di dapatinya hanya seorang yang sanggup ‘sehidup semati’ dengan beliau iaitu Sanusi Junid.

2. Mahathir menyedari masalah dalaman Umno amat kronik dan memerlukan ‘revolusi’ yang besar bagi memulihkannya dan tidak ada tokoh yang mampu menyelesaikannya selain beliau. Justeru satu hari nanti Umno akan datang melutut menagih bantuan beliau. Maka di saat inilah beliau akan ‘dihidupkan’ kembali bersama pengaruh dan kuasa.

3. Isu Video Linggam dan tindakan Abdullah cuba menguasai institusi kehakiman dengan memberi ‘ganjaran’ kepada bekas-bekas hakim yang pernah di aniaya Mahathir dulu dianggap beliau sebagai usaha Abdullah menguasai institusi kehakiman. Ini merbahaya bagi perkiraan Mahathir kerana sekiranya di biarkan akan membolehkan beliau di heret ke Mahkamah.

Ketika di tanya wartawan sejurus selepas keluar dari Umno Mahathir berkata selagi Abdullah menjadi PM dan Presiden Umno beliau tidak akan kembali kepada Umno.

Kini semua perangkap yang sengaja di pasang Mahathir sedang menyusuri masuk kekandulnya satu persatu.

Ketika Abdullah masih ‘liat’ untuk menyerahkan kuasa pada Najib, Muhyiddin diberi tugas untuk memujuk Mahathir supaya kembali kepangkuan Umno serta menyelamatkan Umno yang menghadapi krisis kepimpinan yang serius.

Dikalangan orang media, pemerhati politik, bloggers dan sebahagian besar rakyat memang sudah menyedari bahawa Najib, Muhyiddin, Ku Li adalah awak-awak yang berproksikan Mahathir. Manakala team Abdullah pula adalah Mohamad Taib dan beberapa tokoh lama yang tak berani mengangkat muka seperti Khalid Nordin, Shahril Samad dan Rais Yatim

“ You fikir takkan lah masa Muhyiddin datang jumpa Mahathir dulu, Mahathir tak bagi apa-apa syarat atau apa-apa arahan yang perlu di ikuti oleh Muhyiddin. Itu bukan Mahathir kalau dia tak buat macam tu” kata seorang bekas Timbalan Menteri ( BTM) di masa Mahathir dulu ketika di hubungi.

BTM yang bergelar Dato itu berkata kelicikan anggota proksi Mahathir inilah yang telah berjaya menjatuhkan Abdullah sehingga memaksa Abdullah untuk tidak bertanding jawatan Presiden pada Mac tahun depan.

“I bimbang Mahathir yang memang seorang yang kuat berdendam ini akan menjadikan Umno kembali berpecah dan berpuak-puak sebagaimana berlaku di era beliau perintah Negara dulu” katanya

Kemunculah Mukhriz Mahathir (MP Jerlun) memenohi kouta jawatan Ketua Pemuda seminggu selepas berlangsungnya mesyuarat Bahagian merupakan antara rentatan pra-syarat yang sedang dipenohi oleh kumpulan yang datang memujuk Mahathir dahulu.

Menantu Abdullah, Khairi Jamaluddin yang masih terkial-kial mencari sokongan untuk jawatan yang sama jelas membayangkan bahawa sumpahan seorang pendendam sedang meragut mangsa demi mangsanya.
Kenyataan Muhyiddin semalam bahawa Mahathir bukan proksi kemunculan pemimpin pengganti Abdullah adalah pembohongan yang jelas di saat semua pihak menyedarinya.

“Muhyiddin tak perlu berbohong kepada rakyat di saat dia belum lagi di lantik menjadi pemimpin tertinggi negara kerana ini akan menghilangkan keyakinan rakyat” kata BTM lagi.

Negara akan sekali lagi di kuasai oleh legasi yang di proksi oleh seorang pendendam yang tidak pernah melupai musuhnya. Mahathir mungkin tersenyum puas melihat percaturan yang di aturnya sedang berligar mencengkam dan memusnahkan musuh-musuhnya.

Mahathir juga tidak lagi diganggu mimpi ngeri melihat masa depan anak serta awak-awak yang di didiknya yang kini terpaksa berlutut memohon restu dari pendendam yang sedang meratah mangsanya.

2 comments:

Anonymous said...

Apa yang dikupas oleh sdr memang itulah yang kita jangkakan.Akhirnya agenda orang tua itu berjaya juga. Pastinya apa yang dilakukan itu semata-mata bertujuan untuk menyekat kemaraan semula Anwar Ibrahim supaya tidak dapat jadi Perdana Menteri.

Justeru itu saya rasa kemaraan Anwar untuk merampas Putrajaya agak sedikit sukar. Namun, disebalik itu saya masih yakin sekiranya PAS tiada buat karenah dalam permufakatan, dan kiranya juga trend perubahan pemikiran rakyat yang cenderng ke arah penolakan terhadap UMNO-BN sepertimana yang diperlihatkan dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Saya yakin Anwar Ibrahim tetap jadi PM.

Unknown said...

Apakah orang tua ni rasakan dia boleh selamatkan UMNO?

Sebenarnya dia bukan penyelamat tetapi pemusnah. Lagi banyak dia campur lagi celaru dan haru biru jadinya.

Kesialan di negara ini yang ada hari ini semuanya ciptaan mangkuk retak ini. Kewangan, Kehakiman, Perundangan, Polis dan sistem perpentadbiran negara semua hancus!