Monday, July 12, 2010

Altantuya, Razak Baginda, Scorpene. APCO .... terbaru Felda

Kesilapan Suara Keadilan (SK) sehingga membawa kepada penggantungan permit penerbitannya disebabkan meletakkan tajuk 'Felda Bankrap' bukannya Felda akan bankrap atau Felda dijangka bankrap.

Felda Bankrap mempunyai maksud yang amat berbeza dengan tajuk Felda akan Bangkrap atau Felda dijangka bankrap.Walaupun berdasarkan analisa kewangan dan aset yang merosot sejak Felda ditubuhkan yang sememangnya boleh menjurus kepada bankrapnya badan berkanun yang diasaskan sejak 1976 tersebut. Namun dalam beberapa keadaan tertentu felda masih belum boleh di istihar sebagai bankrap meskipun realitinya Felda berada dalam keadaan amat nazak dan bankrap.

Persoalan mengapa isu felda bankrab begitu sensitif kepada ementerian Dalam Negeri (KDN) sedangkan sebelum ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Idris Yala pernah membuat kenyataan negara akan mengalami muflis pada 2019 disebabkan keadaan kewangan negara yang amat kronik.Tetapi menteri tersebut tidak dikenakan apa-apa tindakan malah masih kekal dalam kabinet kerajaan Najib dan Rosmah.

Berdasarkan hukum ancaman keselamatan dalam negara pun mengistiharkan negara akan muflis lebih menakutkan rakyat malah boleh menimbulkan keresahan dan ketakutan lebih 26 juta rakyat. Sedangkan mengistiharkan Felda bankrap dengan mengumumkan aset felda yang menjunam dari lebih RM6 billion kepada lebih RM1 billion hanya melibatkan tidak sampai dua juta warga felda.

Kalau nak di ikutkan difinasi antara bankrap dan muflis juga berbeza. Muflis menunjukkan keadaan yang tidak lagi boleh di selamatkan berbanding bangkrap.

Jawapan kepada persoalan ini amat mudah.Felda merupakan satu-satunya tali hayat Najib yang ditumpang dari kejayaan bapa beliau, Tun Razak.Sebelum ini Najib tidak mempunyai apa-apa kejayaan yang boleh dibanggakan atau memberi imej kebaikan kepada beliau. Wawasan 1Malaysia yang diilhamkan dari I Israel pun lintang pukang. Manakala pengalaman silam seperti kes pembunuhan warga monggolia Altantuya Shariibuu, kontrak kepada rakan beliau Razak Baginda berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene dengan transaksi lebih setengah billion ringgit serta isu menggunakan khidmat syarikat milik bekas perisik-perisik Israel untuk membentuk imej beliau kepada negar luar terus menghantui survival politik Najib.

Manakala para pengampu dan pelobi Najib seharusnya menyedari apakah kelemahan dan kekuatan yang seharusnya dibekalkan kepada Najib.Dalam saat Umno/BN sedang berada dalam keadaan amat kritikal ekoran hilang keyakinan rakyat maka Felda lah yang merupakan satu-satu agensi kerajaan yang di kuasai oleh orang melayu menjadi benteng kepada kerajaan Najib dan Rosmah.
Maka barang siapa yang mengganggu gugat atau 'menyentuh' Felda setentunya akan di kenakan hukuman berat.

Jawapan kedua kepada persoalan ini adalah cubaan kerajaan Najib dan Rosmah untuk mengalih tumpuan media khususnya media alternatif dari memberikan tumpuan berhubung kapal selam kedua KD Tun Razak yang telah selamat dilancarkan pada penghujung Jun lalu.

Sebagai seorang yang pernah bertugas sebagai Editor Berita di SK dan Ketua Pengarang di KABAR saya yakin isu kapal selam kedua yang dibeli dari Perancis yang membabitkan syarikat Razak Baginda yang menjurus kepada pembunuhan Altantuya setentunya akan menghiasi muka depan akhbar berkenaan.

Saya yakin pengantungan SK tidak lama dan mungkin untuk satu atau dua siri terbitan sahaja. Tetapi seorang rakan memberitahu bahawa Najib menang besar berhubung pembelian Kapal selam. Ini disebabkan rakan karib beliau berjaya mendapat kontrak tersebut disaat Najib menjadi Menteri Pertahanan malah kejayaan tersebut lebih besar apabila salah sebuah dari kapal selam tersebut di berikan atas nama bapa beliau iaitu KD Tun Razak.Maka lengkaplah kejayaan Najib terhadap isu pembelian Scorpene.

No comments: