Thursday, September 3, 2009

Umno terpaksa jadi samseng ala mafia untuk berkuasa

(2 Sept 09. Ipoh.: Bagaimana samseng pemuda Umno (Berbaju Kuning) boleh berada di belakang polis sedangkan kawasan tersebut tidak dibenarkan kepada orang awam termasuk wartawan dan juru gambar.



Selepas terkulai dalam tujuh Pilihanraya Kecil (PRK), Umno yang menjadi tunjang dalam kerajaan BN semakin tertekan serta dihimpit kebimbangan melampau.

Parti-parti komponen BN yang mewakili kumpulan-kumpulan etnik lain seperti kaum Cina, India dan masyarakat bumiputra di Sabah dan Sarawak seperti MCA, Gerakan, PPP, sUPP serta beberapa lagi juga bergolak akibat hilangnya keyakinan dan kepercayaan kepada Umno.

Sogokan pembangunan serta projek mee segera yang diamalkan sejak sekian lama untuk merasuah rakyat juga tidak lagi memberi kesan yang boleh menjamin kemenangan calon BN.

Setelah itu istana pula cuba di perkuda oleh pemimpin-pemimpin Umno untuk menarik simpati rakyat.Hanya sebuah negeri sahaja yang yang Sultannya lebih suka melihat Umno berkuasa. Itu pun disebabkan ada ahli keluarga dari sultan tersebut terlibat dalam beberapa projek mega dalam pentadbiran BN.

Sedangkan kebanyakan raja-raja serta sultan di negeri-negeri lain masih mahu memelihara kesucian institusi istana dengan menyerah kuasa politik kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan sebarang isu berbangkit.

Persempadanan semula kawasan pilihanraya

Dulu, formula persempadanan semula kawasan-kawasan pilihanraya boleh dijadikan jalan keluar untuk mematah kemaraan pembangkang menguasai kerusi parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi kaedah itu tidak lagi boleh diguna pakai ketika ini.

Asas persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi membolehkan kemenangan calon BN dibuat berdasarkan penempatan orang bukan melayu atau pun kem-kem tentera yang dianggap memberi sokongan solid kepada BN.

Namun selepas pilihanraya ke-12 tahun lalu formula tersebut menjadi basi sebaliknya menjadi senjata yang akan menikam BN dari belakang.

Malah congak untuk menentukan sedikit harapan pada calon BN bergantung kepada ketiadaan pengundi bukan melayu di kawasan yang di pertandingkan itu.

Begitu juga di kawasan yang majoriti besarnya adalah kawasan pengundi Melayu seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Penanti dan Permatang pasir di mana PRK diadakan memberikan petunjuk bahawa sebahagian besar orang telah menolak Umno/BN.

Kesimpulannya Umno/BN tidak lagi mempunyai jalan keluar. Tindakan mencium keris oleh pemimpin-pemimpin Umno yang kononnya melambangkan ketuanan melayu sebaliknya menakutkan parti-parti komponennya.

Mencium keris dianggap oleh bukan melayu sebagai tindakan untuk menumpahkan darah atau orang melayu yang mengamuk. Ini menakutkan mereka.

Menyedari hakikat ini, pelbagai usaha cuba dilakukan Umno untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti yang telah menerajui negara lebih 52 tahun itu.Namun rakyat masih lagi tidak memberi sedikit sinar untuk dijadikan penawar.

Era samseng Pemuda Umno

Dalam saikologi, apabila usaha diplomasi tidak memberi kesan maka kaedah kekerasan perlu dibuat. Inilah yang sedang dilaksanakan oleh Umno/BN terhadap rakyat dan parti lawan mereka.

Pemuda-pemuda Umno yang dulunya dibayar untuk menggantung poster-poster kini dibayar pula untuk menimbulkan kekecohan serta bertindak samseng ala mafia untuk menakutkan pengundi-pengundi.

Di Permatang Pasir, penuntut-penuntut sekolah di bayar untuk berkonvoi motosikal sambil diberikan baju kuning yang kononnya melambangkan usaha memartabatkan istana yang menjadi simbol ketuanan melayu.

Walaupun berkonvoi dengan motosikal sememangnya menjadi tradisi pemuda Umno sejak dahulu apabila ada PRK atau pilihanraya Umum tetapi kemafiaannya berbeza.

Di Permatang Pasir berpuluh samseng yang di upah ini bukan sekadar membonceng motosikal dengan mengeluarkan bunyi bising pada motosikal secara sengaja malah turut membawa bendera Umno/BN sedangkan tidakan tersebut di larang ketika berkempen.

Insiden yang sama juga terjadi pada 3 Mac 2009 lalu ketika Pakatan Rakyat (PR) mahu mengadakan sidang Dun tetapi di halang polis. Beberapa samseng juga di upah untuk mengujudkan ketegangan serta cabar mencabar.

Ini dituruti lagi pada 2 September lalu juga ketika Adun PR mahu memasuki dewan tetapi di halang polis kerana dituduh sebagai berkumpul tanpa permit. Sedangkan di belakang pasukan polis berkumpul hampir 30 samseng Umno yang berbaju kuning yang sengaja mahu mencetuskan suasana kekacauan dan kestabilan.

Selain itu bukan Umno sahaja telah bertindak menjadi samseng malah agensi-agensi kerajaan seperti Polis, SPRM, SPR dan kebanyakan agensi-agensi kerajaan juga di paksa bertindak menjadi samseng.

Institusi polis tercemar

Polis bertindak membelakangi undang-undang serta melaksanakan undang-undang secara pilih kasih ( Double standart). Ia menggambarkan seolah-olah apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah salah dan bertentangan dengan pelbagai akta tetapi tidak sekiranya dilakukan oleh pihak Umno/BN.

Di Permatang Pasir tiada tangkapan dan pendakwaan dilakukan pada samseng-samseng berbaju kuning sebaliknya polis menyalahkan pemuda-pemuda PR yang menghalang samseng-samseng Pemuda umno yang membawa bendera ketika membonceng motosikal. Walhal membawa sebarang bendera pada mana-mana kenderaan dilarang semasa kempen.

Begitu juga semasa tragedi pada 3 Mac Ddi Ipoh yang mana ketegangan di cetuskan oleh samseng-samseng yang di upah oleh Umno memulakan cabar mencabar kepada penyokong PR yang dilakukan di hadapan Polis. Polis tidak mengambil sebarang tindakan menangkap samseng-samseng upahan tersebut di sebabkan dari usaha Umno.

Insiden yang sama berlaku pada tragedi sidang DUN Perak pada 2 September 2009 dimana pemuda-pemuda Umno berbaju kuning diberi keselesaan untuk berada di belakang polis walaupun mereka berkumpul tanpa mendapat permit polis. Mereka di arah bersurai setelah dicabar oleh pemimpin PR yang menyaksikan samseng-samseng berbaju kuning tersebut di beri layanan istimewa.

Setelah merasa tidak sedar dengan tindakan memberi layanan istimewa kepada samseng itu dipertikai oleh penyokong PR barulah pemuda-pemuda Umno itu di arah bersurai.

Samseng ala SPR dan agensi kerajaan

Dalam konteks pilihanraya pula SPR juga telah menjadi 'samseng' dengan menjadikan badan itu bukan sebagai badan yang mesra pengundi.Tarikh penamaan calon dan membuang undi di tentukan bukan berdasarkan kepada keselesaan pengundi membuang undi tetapi dilihat kepada keselesaan SPR dan BN bagi mengurangkan peratus pengundi membuang undi.

Membuang undi hari bekerja, pilihanraya serentak dan beberapa larangan-larangan semasa kempen dan hari membuang undi direka cipta yang melambangkan SPR berada dalam kecelaruan yang kronik.

Hakikatnya sebagai badan yang berada di bawah telunjuk BN, SPR sendiri menyedari rakyat menolak BN. Sekiranya SPR bertindak ke arah lebih mesra pengundi maka keputusan kemenangan berganda akan diperoleh pembangkang. Maka imen pembangkang akan lebih terserlah dan imej BN pula semakin tercemar.

Budaya 'samseng'pelbagai agensi lain seperti SPRM yang hanya menjalankan siasatan serta merta pada pihak PR dan tidak dilakukan sedemikian terhadap laporan ke atas pihak Umno/BN merupakan langkah terpaksa dan terdesak.

Agensi-agensi kerajaan pula telah di arahkan hanya akan meluluskan permohonan yang terpaksa melalui tandatangan JKKK juga membuktikan 'samseng'nya organisasi yang diamanahkan untuk membela nasib rakyat ini telah dinodai oleh pemimpin-pemimpin yang menerajui parti yang menjadi semakin samseng.

No comments: