Tuesday, December 8, 2009

Dilema penentu MB Perak yang sah


Persoalannya mengapa terlalu lama para hakim yang sering di ucapkan sebagai 'Yang Arif' didalam mahkamah itu tidak dapat membuat keputusan sedangkan mereka adalah golongan profesional yang tugasnya merujuk kepada undang-undang yang telah termaktub.

Disuatu pihak mungkin kita akui bahawa adalah lebih baik keputusan yang akan didimaklumkan kepada umum itu diputus serta dibincang secara mendalam. Justeru sedikit masa diperlukan untuk membuat keputusan yang muktamat.Apatah lagi keputusan bagi menentukan samaada Ir Nizar Jamaluddin dari PR dan Zambry Kadir dari BN akan melibatkan jatuh bangun sebuah kerajaan.

Apabila mengistiharkan Zambry sebagai 'pemenangnya' maka keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada 11 Mei 2009 lalu yang memutuskan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah terbatal. Dengan keputusan ini juga maka akan sempurnalah agenda rampasan kuasa yang dilakukan oleh Najib yang kini telah menjadi Perdana Menteri.Malah rakyat sendiri akan membuat persepsi bahawa keputusan hakim yang terpaksa tunduk kepada kuasa eksekutif yang diterajui Najib.

Sementara apabila mengistiharkan kemenangan Nizar Jamaluddin pula, dimanakah pula wajah Zambry Kadir yang sekarang ini yang hampir saban hari di canang sebagai Menteri Besar Perek di TV dan akhbar itu akan di sembunyikan. Setentunya imej gila kuasa dan gila talak akan membayangi bukan sahaja kepada Zambry malah dominasi kerajaan BN yang di terajui Najib.

Lebih menakutkan lagi, Nizar yang masih tetap dengan pendiriannya untuk membubarkan DUN Perak bagi menyerahkan kepada kuasa rakyat untuk menentukan kerajaan setelah di istihar menang dalam kes tersebut.Sedangkan berdasarkan kajian oleh Merdeka Center mendapati lebih 63 peratus mahukan pilihanraya atau dalam bahasa lainnya mereka menyokongf Nizar dan PR.

Sebagaimana biasanya juga BN tidak bergantung kepada satu sumber bagi mendapat kepastian berhubung sokongan rakyat Perak. Unit Tindakan Khas (UTK) setentunya telah diberi tugas mendapatkan maklumat secara lebih terperinci berhubung sokongan tersebut.

Reaksi Zambry dan Najib yang amat dingin berhubung menyelesaikan kemelut Perak melalui pilihanraya adalah jawapan kepada maklumat yang telah diberikan oleh UTK kepada kerajaan.

Apa pun keputusan yang akan dibuat berhubung siapa Menteri Besar Perak yang sah sebenarnya sudah tidak berapa penting lagi kerana kuasa penentu bagi menentukan sesebuah kerajaan itu terletak ditangan rakyat. Begitu juga kuasa penentu kepada sesebuah Dun itu terletak di tangan Speaker bukan mahkamah.

Hakikatnya, jawapan yang akan diputuskan oleh lima hakim yang mendengar kes rayuan antara Zambry-Nizar adalah amat berat dan rumit. Ia seberat dan serumit doktrin perlanggaran kuasa yang telah menghancurkan dan meruntuhkan institusi pengadilan dan kehakiman negara. Inilah jawapan kepada maruah sesebuah negara apabila di kuasai oleh penguasa yang tidak beretika.

No comments: