Monday, December 14, 2009

Dulu demontrasi dianggap bukan budaya kita,pengkhianat, pengacau keamanan negara. Bila Umno pula berdemontrasi ....


Dulu, Ketika era Dr Mahathir, penganjur dan orang yang mengadakan demontrasi akan dianggap dengan pelbagai lebel.Penjenayah, pengkhianat, penghasut, penderhaka, pengacau keamanan negara dan pelbagai lagi yang di rangkumkan sebagai 'bukan budaya kita,'

Itu dulu, ketika Umno/BN masih kuat. Ketika seluruh negara tunduk dibawah lambang dacing walaupun hanya Kelantan masih gah dengan simbol bulan purnama. Dulu rakyat tidak perlu nak tahu siapa nama tokoh yang bertanding kerana jenama dacing mampu meraih kemenangan bergaya walaupun sebenarnya calon tersebut se ekor tupai atau kura-kura.

Dulu juga, semasa era Reformasi rakyat turun dijalanan menuntut supaya hak dan kepentingan yang melibatkan keadilan kepada semua rakyat hampir dijadikan budaya mingguan dan bulanan. Antaranya demontrasi supaya sistem kehakiman negara di pulihkan, demontrasi menentang kenaikan harga barang, minyak, tol, ISA, isu PPSMI,pilihanraya bersih, menentang kezaliman zionis dan sebagainya.

Kini, orang Umno/BN pula cuba meniru langkah pemuda-pemuda Pakatan Rakyat (PR) untuk berdemontrasi dijalanan. Apakah lebel atau jenama yang harus diberikan kepada mereka?.

Apa pun, selepas berakhir Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 pada Mac tahun lalu, setelah enam negeri jatuh ketangan PR, Umno/BN menjadi hilang pedoman. Pemimpin-pemimpin mereka bercakaran menyalahkan satu sama lain. Najib yang menjadi pengarah pilihanraya BN terselamat dan mangsanya adalah Abdullah Ahmad Badawi yang akhirnya tersingkir dari menerajui kerajaan.

Begitu juga dengan parti-parti komponen BN yang lain seperti Gerakan, MCA, MIC, PPP dan beberapa parti di Sabah dan Sarawak bergesel dan mahu meninggalkan BN. Semua ini menambah dos kronik masalah yang ditanggong BN.

Dilema ini terus berlarutan menghantui pemimpinj-pemimpin BN. Sedang negeri-negeri PR pula cuba membawa suatu demensi pentadbiran baru yang berbentuk kebajikan kepada rakyat.

Ketika Pentadbiran Khalid Ibrahim di Selangor mengumumkan pemberian air percuma kepada rakyatnya pemimpin BN memperlekeh usaha tersebut. Sebaliknya mendakwa negeri Jugra tersebut akan muflis ekoran kebajikan yang dibuat ke atas rakyatnya. Namun selepas itu beberapa negeri yang dikuasai Umno/BN terpaksa mengikut langkah Selangor dengan memberi air percuma kepada rakyatnya dalam kuantiti tertentu.

Di Kedah pula, Menteri Besar, Ustaz Azizan Razak menurunkan cukai tanah di negeri Jelapang tanah itu sebanyak 70 % walaupun terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM13 juta setahun. Di Pulau Pinang pula, pentadbiran Lim Guan Eng berjaya menghapuskan kemiskinan tegar setelah setahun menguasai Pulau Mutiara itu.

Ini semua adalah tekanan yang sedang di alami oleh BN. Rakyat sudah mampu menilai berdasarkan setahun jagung PR memerintah berbanding lebih 50 tahun BN mengaut hasil mahsyul negara untuk kepentingan kroni dan anak beranak pemimpin-pemimpin mereka.

Kini, ramai pemimpin-pemimpin Umno/BN di peringkat cawangan dan Bahagian memperoleh projek-projek yang di ali baba. Kekayaan datang tanpa bekerja keras. Tawkeh dari segenap penjuru datang minta jadi sub kontrak.Lepas satu projek tamat , satu dua lagi menunggu. Ramai yang berbini lebih dari satu. tak salah asal mampu dan halal.

Tapi sekarang negeri dah tergadai kepada PR. Kekayaan sekelip mata tanpa usaha keras tidak lagi boleh di mimpi. Kuasa hilang, projek lenyap dan lebih susah hati, wang tak lagi masyuuuuk.

Kalau dulu demontrasi dilebel sebagai 'bukan budaya kita' tapi sekarang 'dah mula jadi budaya kita'.Kerana projek dah tak masuk, duit dah makin kering, kuasa dah makin hilang maka 'fatwa' pun dah boleh bertukar 360 darjah. Itulah yang Umno sedang lakukan sekarang.

Kenyataan Lim Guan Eng bahawa negeri-negeri PR mengiktiraf domontrasi secara aman memberi impak yang besar kepada ketelusan hak kebebasan bersuara dalam memperjuangkan hak asasi manusia yang diamalkan oleh PR.

Namun apa yang berbeza adalah demontrasi Umno bukan untuk menuntut kepenting umum rakyat tetapi untuk mendapatkan kuasa, kedudukan dan kekayaan yang kini sudah tidak lagi dimiliki.

Inilah puncanya mengapa setelah lebih 50 tahun menerajui negara, orang melayu masih lemah dalam segala bidang. Ekonomi mundur, pendidikan tercorot, daya saing lemah.Itulah orang melayu.

Teruskanlah berdemontrasi dan cubailah merasai detik-detik pahit merangkok di penjara, ditahan dibawah ISA,di sembur air kimia dan pelbagai penderitaan yang telah dirasai oleh pejuang-pejuang PR selama ini.

Semoga pengalaman itu memberi kesedaran kepada umno.

No comments: