Sunday, January 10, 2010

Era PR menungkah arus

Tahun baru 2010 akan menjadi landasan baru kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya ke arah merealisasikan gabungan PKR,DAP dan PAS menjadi lebih mantap, bersatu dan berjaya membawa permasalah rakyat serta menyelesaikannya dengan berteraskan acuan PR.

Ini amat penting selepas persefahaman yang dicapai pada 19 Disember tahun lalu dapat diterjemahkan kepada rakyat.Dalam masa yang sama BN akan cuba sedaya upaya menghalang segala kesepakatan bersama PR ini melalui pelbagai helah dan fitnah.

Ini adalah budaya BN yang tidak mungkin akan hilang dalam persepsi rakyat.Malah usaha untuk membentuk uniti PR yang sah juga mungkin akan menemui jalan buntu disebabkan kuasa untuk meluluskan gabungan PR terletak ditangan Pendaftar Syarikat (ROC) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ini tidak mustahil memandangkan PSM (Parti Sosialis Malaysia) terpaksa menunggu hampir 10 tahun untuk mendapat kelulusan dari ROC.

Walaupun PR mampu untuk memberi tekanan di Parlimen tetapi perlu di ingat bahawa BN akan menggunakan pelbagai alasan untuk menghalang kesepakatan PR.Membenarkan PR terbentuk bererti merelakan BN berada di lembah kehancuran yang lebih parah. Hidup dan mati BN terletak kepada kekuatan PR.

BN menyedari kekuatan pembangkang era pasca kini bukan lagi didomonasi oleh sebuah parti tetapi gabungan sepadu pembangkang yang selama ini tidak pernah di impikan akan berjaya dilaksanakan.

Usaha untuk melemahkan PR kelihatan bertali arus dilakukan BN sehingga sanggup menyamar menjadi ahli PAS berdemontrasi bagi memburuk-burukkan kesepakatan PR sebagaimana berlaku di Selangor.

Diperingkat pusat pula beberapa kes mahkamah dan mahkamah rayuan juga masih ditangguh seolah-olah membayangkan betapa para hakim di negara ini begitu dhaif untuk membuat keputusan. Sedangkan para hakim ini sentiasa bergelumang dengan hal ehwal perundangan.Andai sekala KPI diberikan maka gerd para hakim di negara ini harus diberikan paling corot.

Kes Nizar-Zambry,Sivakumar- Ganesan, keputusan Dun Kota Seputih adalah antara kes yang akan memberikan aib yang besar pada BN. Penangguhan demi penangguhan yang dilakukan ini setentunya mempunyai 'helah' yang hanya di ketahui oleh pemimpin tertinggi BN.

Sekiranya Perak jatuh kembali PR dan Nizar menang atau Sivakumar adalah Speaker yang sah setentunya akan memberikan aib yang cukup besar bukan sahaja kepada Najib yang menjadi perancang rampasan kuasa di Perak malah memberikan imej buruk pada BN secara menyeluruh.

Begitu juga dengan pilihanraya kecil Dun Kota Seputih. Mood rakyat serta kewujudan kesepakatan PR yang berjaya meyakinkan rakyat berhubung sebuah gabungan mantap mampu menumbangkan BN di Kota Seputih. Inilah antara punca mengapa BN terlalu truma dengan pilihanraya kecil selepas wujud kesepakatan sebenar PR.

PR pula harus menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai fokas utama memandangkan dua pilihanraya negeri dijangka akan diadakan pada tahun 2010 ini.BN sendiri mengakui bahawa dua negeri di Malaysia Timur ini merupakan benteng terakhir mereka.

Menurut seorang pemerhati politik, Usaha menguasai 35 peratus kerusi di dua negeri tersebut mampu mengubah lanskap politik negara dengan meletakkan BN sebagai pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

Walaupun BN akan mencurahkan segala pembangunan di kepulauan Borneo tersebut menjelang pilihanraya negeri nanti namun kesepakatan PR dan prestasi PR di semenanjung akan memberi kesan yang besar pengundi disana.

Ini disebabkan dalam pilihanraya kecil kali ini PR akan menggunakan satu misi dan satu manifesto selain satu lambang yang membuktikan kesepakatan sebenar PR.Inilah yang ditakuti BN.

No comments: