Sunday, January 10, 2010

Isu kalimah Allah: Najib berjaya jadi Hero?


Lucu juga bila melihat juak-juak Umno melatah mengadakan demontrasi demi demontrasi ekoran isu Allah yang cuba digunakan oleh Hareld Catholik dalam penerbitan mereka.Sebelum ini apabila pembangkang mengadakan demontrasi akan dianggap dengan pelbagai lebel seperti pengkhianat, pembelot, pengacau keamanan dan 'bukan Budaya kita'.

Entah apa pula mimpi Perdana Menteri, Najib Razak tiba-tiba pula mengeluarkan kenyataan bahawa orang ramai berhak mengadakan perhimpunan berhubung isu kalimah Allah ini. Malah lebih ajaib lagi apabila Ulama-ulama Umno masih terkunci mulut mereka untuk mengeluarkan sebarang fatwa berhubung masalah kalimah tersebut.

Isu ini timbul ekoran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada permohonan Gereja Katholik terhadap penggunaan perkataan 'Allah'dalam penerbitan versi bahasa melayunya tidak sah.

Menurut Hakim Lau Bee Lan, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan tuhan dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Persoalan besar yang bermain di fikiran kita ialah mengapa Najib menyokong tindakan rakyat yang terdiri dari penyokong dan NGO Umno mengadakan demontrasi pada 8 Januari lalu bagi membantah penggunaan kalimah tersebut. Begitu juga dengan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein yang menyokong demontrasi ini.

Tidakkah diketahui atau disedari bahawa isu agama adalah isu yang sangat sensitif yang kalau silap langkah boleh mencetuskan kekacauan kaum dan agama.Tambahan pula pada malam sebelum di adakan demontrasi tersebut tiga buah kereja di lembah Klang telah dilontar bom api.

Persoalannya mengapa Najib seolah-olah begitu bersungguh-sungguh mahu rakyat berdemontrasi sedangkan sebelum ini pemimpin-pemimpin ini begitu lantang mengecam tindakan demontrasi yang dilakukan oleh pembangkang.

Sedangkan sebelum ini Najib sendiri berpendirian bahawa isu berhubung kalimah yang begitu sensitif kepada umat islam tersebut akan diselesaikan oleh kuasa raja-raja melayu selain rayuan yang telah dilakukan KDN terhadap keputusan mahkamah Tinggi itu.

Jawapannya tidak lain adalah disebabkan Najib dan Umno semakin terdesak apabila rakyat pelbagai kaum di negara ini begitu hambar terhadap kempen dan promosi diri beliau dimata rakyat melalui kempen 1 Malaysia gagal.

Najib yang memang terkenal dengan gelaran pemimpin 'play save' sememangnya menggemari isu kalimah Allah ini di sebabkan ia tidak melibatkan keputusan kerajaan dibawah pimpinan beliau. Tetapi isu ini membabitkan keputusan Majlis Raja-Raja Melayu. Najib akan lepas tangan berhubung isu ini dan meletakkan segalanya di atas bahu Raja-Raja Melayu yang merupakan pemegang simbol islam di Malaysia.

Justeru tindakan Najib 'menghalalkan' demontrasi juga bertujuan melihat sokongan orang melayu terhadap Umno. Sebelum ini pelbagai isu perkauman seperti isu kaum pendatang, kepala lembu, Kampong Buah Pala dan pelbagai lagi gagal menghidupkan sokongan dan simpati orang melayu pada Umno.

Najib dan KDN setentunya mendapat jawapan apabila demontrasi tajaan Umno di Masjid Kampong Bharu Kuala Lumpur pada 8 Jauari lalu hanya di sertai oleh 50 orang, di Masjid Negara hanya sekitar 200 orang dan begitu juga di Shah Alam.

Di atas kertas juga Najib dan KDN mungkin dapat membuat rujukan dihari yang sama dimana Pakatan Rakyat yang mengadakan demontrasi mengutuk kerajaan Mesir berhubung bantuan kemanusiaan yang dihadiri lautan manusia.

Sikap talam dua muka Najib dan BN dalam menangai isu-isu rakyat sedang menunggu hukuman rakyat. Sikap pemimpin-pemimpin Umno serta Isu-Isu perkauman yang cuba dimainkan secara bertali arus merupakam sekala jelas yang membuktikan negara sedang menghampiri keruntuhan perpaduan kaum yang semakin kronik.

Tempoh lebih 52 tahun yang diamanahkan rakyat kepada Umno/BN untuk menwujudkan kemakmoran negara dan keharmonian antara kaum ternyata gagal dan kini kegagalan itu sedang menghampiri detik-detik terakhir BN disaat retorik Najib melaungkan kempen 1 Malaysia.

No comments: